Home Berita Ikat jamin dibatalkan: Pengasas blok rantai Terra, token LUNA dan mata wang kripto stabil TerraUSD (UST), Do Kwon, harus kekal di penjara.

Ikat jamin dibatalkan: Pengasas blok rantai Terra, token LUNA dan mata wang kripto stabil TerraUSD (UST), Do Kwon, harus kekal di penjara.

by Editor Kripto Harian
Published Last updated on 178 views 1 minutes
A+A-
Reset

Menurut laporan Decrypt, ikat jamin Do Kwon, iaitu pengasas Terraform Labs yang disaman atas tuduhan pemalsuan dokumen rasmi, telah dibatalkan.

Mahkamah Tinggi Montenegro di Podgorica telah membatalkan keputusan Mahkamah Rendah untuk membebaskan Do Kwon dan bekas ketua pegawai kewangannya Han Chong-joon dengan ikat jamin €400,000 ($436,000) masing-masing. Keputusan ini dibuat atas rayuan pihak pendakwa.

Kedua-dua lelaki itu telah didakwa menggunakan pasport negara Belgium dan Costa Rica yang palsu apabila cuba berlepas ke Dubai dari Podgorica. Mereka menegaskan bahawa pasport yang digunakan oleh mereka pasa masa itu adalah pasport yang sah.

Dalam masa yang sama, Do Kwon juga menghadapi kes mahkamah di Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Kes di Korea Selatan

Mahkamah Korea Selatan mengeluarkan waran tangkap terhadap Do Kwon pada September 2022 yang mendakwa dia telah melanggar undang-undang pasaran modal negara itu. Waran itu dikeluarkan empat bulan selepas kegagalan mata wang kripto stabil (stablecoin) Terraform Labs, UST. Kegagalan UST membawa kesan yang amat dahsyat terhadap industri mata wang kripto. Banyak perniagaan terkenal dalam dunia mata wang kripto terjejas atau muflis, termasuk Three Arrows Capital (3AC) dan Celsius Network.

Kes di Amerika Syarikat

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat mendakwa Terraform Labs PTE Ltd dan CEO Do Kwon mendalangi penipuan yang melibatkan mata wang kripto stabil (stablecoin) dan sekuriti aset kripto yang lain. Menurut kenyataan akhbar suruhajayan AS itu, “Terraform dan Do Kwon gagal memberikan pendedahan penuh, adil dan jujur kepada orang ramai seperti yang diperlukan untuk pelbagai sekuriti aset kripto, khususnya mengenai LUNA dan Terra USD.”

Pengerusi SEC Gary Gensler turut berkata “Kami juga mendakwa bahawa mereka melakukan penipuan dengan mengulangi kenyataan palsu dan mengelirukan untuk membina kepercayaan sebelum mengakibatkan kerugian besar kepada pelabur.”

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

You may also like

Leave a comment

Stay ahead in the crypto game with us! Get insightful news and analysis in Malay, plus expert English-Malay translation services for all your crypto content needs.

 

Don’t miss your chance to dominate the Malaysian crypto market. Translate your content now!

Editor's Choice

Latest

Warning:

The information on our website is not intended to be financial or investment advice. It is for informational and entertainment purposes only. You are encouraged to consult with a licensed or registered financial or investment advisor before making any investment decisions. Investing in cryptocurrency is a risky activity, and in the worst-case scenario, you could lose your entire investment and savings. If you don’t know what you’re doing,  it is then better for you to stay away from cryptocurrency.

Amaran:

Maklumat dalam laman web kami bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan tetapi untuk tujuan hiburan dan perkongsian maklumat sahaja. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan yang berlesen atau berdaftar sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam mata wang kripto ialah aktiviti berisiko, dan dalam kes yang paling teruk, anda boleh kehilangan keseluruhan pelaburan dan simpanan anda. Elakkan daripada melabur dalam mata wang kripto sama sekali jika anda tidak memahami risikonya.

All rights reserved. Hak cipta terpelihara 2023-2024 ©  KriptoHarian.my, a product of Kriptly Media PLT (LLP0028199-LGN) (formerly known as Discover Like Bornean PLT).

Terima kasih kerana berminat dengan artikel ini. Klik ya untuk membaca.
Baki kredit : 0
Bayaran balik hanya dibenarkan untuk kes yang dinyatakan dalam syarat penggunaan laman web kami. Adakah anda pasti ingin membatalkan langganan?
Your complete crypto content solution, from news to high-quality Malay translations, world's first.
-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00