Apakah blok rantai (Blockchain)?

Secara ringkasnya, blok rantai ialah rantaian transaksi mata wang kripto yang disimpan dalam struktur data yang dipanggil blok.

Setiap komputer yang mengambil bahagian dalam rangkaian akan menyimpan satu salinan blok rantai yang dikemaskini dari semasa ke semasa.

Semua transaksi baru akan ditambahkan ke dalam blok rantai melalui blok yang baru dicipta.

Proses penciptaan atau pembentukan blok baru ini dikenali sebagai perlombongan. Dalam konteks bitcoin, perlombongan juga ialah proses yang mencipta atau memasukkan bitcoin baru ke dalam peredaran.

Bitcoin dicipta melalui proses perlombongan.

Pelombong yang berjaya melombong blok baru berhak untuk menerima bitcoin sebagai ganjaran. Setiap empat tahun, ganjaran ini akan dikurangkan separuh. Peristiwa ini dipanggil “halving.”

Untuk memahami cara kerja blok rantai, harus kita fahami bahawa blok rantai ialah satu teknologi yang menggabungkan konsep dan teknologi seperti kriptografi, rangkaian komputer terdesentralisasi dan lejar digital akses terbuka.

Kriptografi: buktikan bahawa anda ialah pemilik mata wang kripto yang ingin anda gunakan.

Kriptografi ialah teknologi yang digunakan dalam blok rantai untuk menunjukkan bahawa anda ialah pemilik aset kripto dan untuk memastikan bahawa semua transaksi yang dimasukkan ke dalam blok rantai boleh dipercayai dan tidak pernah dikacau atau diubah selepas dimasukkan.

Selain itu, setiap komputer dalam rangkaian menyimpan satu salinan blok rantai yang sentiasa dikemas kini. Konsep ini dipanggil terdesentralisasi. Dengan kata lain,

Tiada organisasi terpusat yang mengawal penyimpanan rekod dan diamanahkan untuk membuat sebarang keputusan.

Akhir sekali, maklumat transaksi yang disimpan dalam bentuk digital ini boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai internet tanpa batasan.

Blok rantai ialah satu lejar digital yang boleh digunakan dan diakses oleh sesiapa sahaja.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

Related articles

Lawan FOMO! Fahami indeks yang membaca emosi parasan kripto. Jangan panik. Jadi investor bijak. Crypto Fear & Greed Index.

Apakah itu Bitcoin Halving? Bitcoin Separuh Harga? Tidak! Separuh Ganjaran!

Ethereum: Blok rantai selain daripada Bitcoin yang mesti anda kenali sebelum anda layak menjadi seorang ahli komuniti kripto.