Kes Mahkamah Binance di AS: Aset Binance.US tidak akan dibekukan.

Mengenai kes mahkamah di AS baru-baru ini yang melibatkan Binance, Binance.US dan CEO Changpeng Zhao, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) telah mengemukakan permintaan untuk membekukan semua aset Binance.US.

Binance.US ialah satu platform pertukaran mata wang kripto yang beroperasi di Amerika Syarikat. Ia ialah entiti yang bebas daripada platform pertukaran mata wang kripto yang paling terkenal, iaitu Binance.com. Platform Binance.US dilancarkan pada September 2019 dengan matlamat untuk mematuhi undang-undang negara itu.

Permintaan SEC itu mengakibatkan panik di kalangan pengguna Binance.US. Menurut Cointelegraph.com, peguam Binance menentang permintaan itu dan menyatakan bahawa pembekuan semua aset adalah sama dengan mengenakan “hukuman mati” ke atas syarikat itu.

Hakim Jackson berpendapat adalah lebih bermanfaat sekiranya semua pihak yang terlibat boleh mencapai persetujuan mengenai hal itu sebelum melibatkannya.

Pada 16 Jun, pihak-pihak yang terlibat dalam kes mahkamah itu berjaya mencapai persetujuan. Persetujuan itu membenarkan pekerja Binance.US sahaja untuk mengendalikan aset pelanggan mereka. Dengan ini, pelanggan mereka di AS masih boleh mengeluarkan aset mereka daripada platform itu tanpa bantasan.

Persetujuan itu seterusnya diluluskan oleh Hakim Jackson pada hari yang berikut, iaitu 17 Jun.

“Kami berbesar hati untuk memaklumkan kepada anda bahawa mahkamah telah menolak permintaan SEC untuk mengenakan Perintah Sekatan Sementara (Temporary Restraining Order, TRO) dan membekukan aset platform kami yang jelasnya tidak wajar dari segi fakta dan undang-undang.” kata Binance.US di Twitter.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

Related articles

Fetch.ai, SingularityNET, dan Ocean Protocol berpadu tenaga membentuk persekutuan intelek AI dengan jenama The Superintelligence Alliance, mencadangkan satu token universal untuk ketiga-tiga projek. $ASI

Coinbase Derivatives: Membuka pintu ke arah niaga hadapan berleveraj untuk Dogecoin, Litecoin, dan Bitcoin Cash!

KuCoin dan pengasasnya dilabelkan dengan pelbagai dakwaan – dari kesalahan jenayah hingga operasi tanpa lesen. Apakah yang membelenggu platform dagangan kripto popular ini?