Home Pandangan Pemodal teroka Nic Carter berkongsi pendapatnya tentang fenomena berbahaya “maxi” yang menganggap bitcoin sebagai agama.

Pemodal teroka Nic Carter berkongsi pendapatnya tentang fenomena berbahaya “maxi” yang menganggap bitcoin sebagai agama.

by Editor Kripto Harian
Published Last updated on 186 views 2 minutes
A+A-
Reset

Kami menemui satu tweet yang menarik daripada kapitalis teroka dan penyelidik blok rantai Nic Carter mengenai pendapatnya tentang satu fenomena berbahaya yang sentiasa menimbulkan perdebatan di kalangan komuniti mata wang kripto.

Bitcoin, mata wang kripto yang paling popular, ialah punca fenomena ini.

Pemilik bitcoin biasanya terbahagi kepada dua kategori: pengguna biasa bitcoin dan mereka yang menganggap bitcoin sebagai kepercayaan mereka, dan memusuhi komuniti mata wang kripto yang lain.

“Maxi” atau “maximalist bitcoin” ialah istilah untuk mereka ini. Dengan kata lain, mereka ialah penyokong yang fanatik kepada bitcoin atau penyokong yang ekstrem. Nic Carter menggambarkan mereka sebagai penganut agama sesat yang berasaskan bitcoin.

Pemerhatian Carter menunjukkan bahawa kebanyakan penganut “agama sesat” ini tertarik kepada bitcoin semasa harga bitcoin mencapai puncaknya pada tahun 2021. Selain itu, mereka tertarik dengan idea bahawa bitcoin mempunyai kekuatan moral dan kewangan.  Mereka berpendapat bahawa bitcoin adalah lebih unggul daripada mata wang kripto yang lain dan wang sah yang dikeluarkan oleh kerajaan. 

“Mata wang yang tidak berguna (shitcoin)” ialah istilah yang digunakan mereka untuk merujuk kepada semua mata wang kripto yang lain.

Selain itu, mereka berpendapat bahawa bitcoin mempunyai keupayaan untuk menjadikan dunia lebih adil. Mereka akan menjadi salah seorang daripada segolongan kecil yang dipilih untuk menjadi raja dan pemerintah di dunia baharu apabila wang sah dan segala-galanya runtuh.

Walau bagaimanapun, mereka tidak berminat langsung dengan keberhasilan bitcoin. Tujuan mereka adalah untuk mencari persaudaraan sosial dalam kumpulan orang yang mengikuti “cara hidup bitcoin.” Mereka berada di sini untuk bersuka-sukaan (parti) sahaja.

Ini ialah cara hidup golongan di pinggir masyarakat, menurut Carter. Mereka ialah orang yang menyokong dan mempromosikan teori konspirasi, menentang atau mengkritik penggunaan mata wang sah dan menyokong sistem mata wang berasaskan emas, atau yang radikal dalam falsafah libertarianisme.

Secara amnya, mereka tidak berpuas hati dengan keadaan semasa dan senang menyalahkan kerajaan dan bank pusat untuk perkara seperti inflasi, peperangan dan hutang.

Nic Carter, rakan kongsi Castle Island Ventures (Sumber: https://niccarter.info/about/)

Carter menekankan bahawa tuduhan yang dikemukakan oleh maxi bitcoin tidaklah salah sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara antara semata-mata tidak berpuas hati dan menjadikannya asas untuk penubuhan agama sesat berasaskan bitcoin.

Maxi bitcoin, seperti agama sesat yang lain, dibentuk kerana penganutnya tidak memahami makna kehidupan dalam masyarakat kontemporari. Walaupun Carter bersimpati dengan situasi mereka, malangnya sikap mereka sudah melampau.

Akhir sekali, Carter mengulangi bahawa maxi bitcoin tidak berminat langsung dengan kejayaan bitcoin; sebaliknya, mereka hanya berminat untuk memajukan bitcoin sebagai satu teologi. Selain itu, dia menyatakan bahawa perangai mereka ini bukan sahaja tidak berfaedah, sebaliknya, akan menjejaskan kemungkinan bitcoin menjadi alat kewangan yang boleh digunakan untuk mempromosikan kebebasan kewangan.

Oleh itu, dia mendesak untuk melawan sepenuhnya maxi bitcoin.

Nota editorial: Pandangan Carter tidak mewakili pendapat kami.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

You may also like

Leave a comment

Stay ahead in the crypto game with us! Get insightful news and analysis in Malay, plus expert English-Malay translation services for all your crypto content needs.

 

Don’t miss your chance to dominate the Malaysian crypto market. Translate your content now!

Editor's Choice

Latest

Warning:

The information on our website is not intended to be financial or investment advice. It is for informational and entertainment purposes only. You are encouraged to consult with a licensed or registered financial or investment advisor before making any investment decisions. Investing in cryptocurrency is a risky activity, and in the worst-case scenario, you could lose your entire investment and savings. If you don’t know what you’re doing,  it is then better for you to stay away from cryptocurrency.

Amaran:

Maklumat dalam laman web kami bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan tetapi untuk tujuan hiburan dan perkongsian maklumat sahaja. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan yang berlesen atau berdaftar sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam mata wang kripto ialah aktiviti berisiko, dan dalam kes yang paling teruk, anda boleh kehilangan keseluruhan pelaburan dan simpanan anda. Elakkan daripada melabur dalam mata wang kripto sama sekali jika anda tidak memahami risikonya.

All rights reserved. Hak cipta terpelihara 2023-2024 ©  KriptoHarian.my, a product of Kriptly Media PLT (LLP0028199-LGN) (formerly known as Discover Like Bornean PLT).

Terima kasih kerana berminat dengan artikel ini. Klik ya untuk membaca.
Baki kredit : 0
Bayaran balik hanya dibenarkan untuk kes yang dinyatakan dalam syarat penggunaan laman web kami. Adakah anda pasti ingin membatalkan langganan?
Your complete crypto content solution, from news to high-quality Malay translations, world's first.
-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00