Seekor “ikan paus” kripto kehilangan $541K (~RM2.5 juta) selepas melabur $2.46 juta (~RM11.5 juta) dalam mata wang kripto meme PEPE.

“Memecoin”, juga dikenali sebagai mata wang kripto meme, ialah sejenis mata wang kripto yang berasaskan “meme” iaitu imej atau video yang menjadi popular di kalangan pengguna internet kerana ia lucu, berkait rapat dengan kehidupan harian mereka atau untuk mengejek fenomena sosial tertentu.

Mata wang kripto berasaskan meme biasanya tidak mempunyai nilai sebenar dan nilainya selalu dipengaruhi oleh sokongan selebriti dan keghairahan media sosial.

Sebagai contoh, apabila Elon Musk, CEO Tesla, mengumumkan bahawa syarikat itu akan menerima Dogecoin sebagai pembayaran untuk barangan yang dijual di kedai online Tesla, nilai mata wang kripto meme itu melonjak 35.7%.

PEPE juga ialah satu mata wang kripto meme. Mata wang ini dicipta berasaskan Si Katak Pepe, satu watak kartun internet yang muncul dalam komik bersiri Boy’s Club yang direka oleh Matt Furie.

Nilai PEPE jatuh drastik sebanyak 38% dalam tempoh tiga hari selepas pelancarannya pada hari Jumaat, 5 Mei 2023 di Binance, salah satu platform pertukaran mata wang kripto terbesar di dunia.

Pada hari pelancaran, nilai mata wang meme itu mencapai kemuncaknya sekitar $0.00000420. Walau bagaimanapun, pada hari Ahad, ia jatuh kembali ke sekitar $0.00000259.

Akibatnya, mereka yang melabur dalam mata wang kripto meme yang menjadi popular ini mengalami kerugian yang besar.

Dalam dunia kripto, pelabur yang mempunyai banyak mata wang kripto biasanya dipanggil “ikan lumba-lumba”, “ikan yu”, “ikan paus” atau “ikan paus bungkuk.”

“Seekor” ikan paus telah kehilangan $541K (~ RM2.5 juta) selepas melabur $2.46 juta dalam PEPE, menurut tweet Lookonchain.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

Related articles

Robert Kiyosaki, pengarang Rich Dad Poor Dad, sekali lagi galakkan membeli emas, perak, dan bitcoin.

Pengarang buku “Rich Dad Poor Dad”, Robert Kiyosaki: Amerika Syarikat sudah pokai. Beli GSBC hari ini sebelum pasaran saham dan hartanah jatuh. #Emas #Perak #Bitcoin

Baca fikiran CEO Binance melalui temu bual yang dianjurkan eksklusif untuk menyambut Ramadan 2023.