Home Berita Bank harus menyokong platform pertukaran kripto yang berlesen, kata Hong Kong.

Bank harus menyokong platform pertukaran kripto yang berlesen, kata Hong Kong.

by Editor Kripto Harian
Published Last updated on 109 views 2 minutes
A+A-
Reset

Hong Kong berhasrat untuk berkembang menjadi pusat aset digital global. Namun, bank-bank di wilayah itu nampaknya belum bersedia untuk menerima pelanggan daripada industri mata wang kripto.  Walaupun Hong Kong ialah antara pihak yang paling bertolak ansur terhadap mata wang kripto di dunia, pengawal selia kewangan wilayah itu berpendapat bahawa keadaan itu masih perlu dipertingkatkan.

Secara amnya, bank konvensional di wilayah itu masih enggan memberi sokongan kepada sektor mata wang kripto. Sebagai contoh, kebanyakan bank utama tidak mengizinkan firma aset digital membuka akaun dengan mereka.

Ini mungkin kerana bank-bank ini cuba mengelak daripada terlibat dalam aktiviti jenayah kewangan seperti pengubahan wang haram (money laundering) yang seringkali dikaitkan dengan industri mata wang kripto.

Selain itu, faktor lain yang juga mungkin dipertimbangkan termasuk peristiwa negatif yang berkaitan dengan mata wang kripto, seperti kegagalan FTX untuk mengendalikan dana pelanggan dengan jujur. Sebelum ini, FTX ialah salah satu pertukaran mata wang kripto terbesar di dunia. Walau bagaimanapun, mereka didakwa menyalahgunakan dana pelanggan untuk kepentingan sendiri. Pada Disember 2022, Bankman-Fried (CEO FTX), Gary Wang dan Caroline Ellison, kesemuanya pihak yang memainkan peranan utama dalam kes FTX, telah disaman oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC). Agensi itu mendakwa bahawa mereka terlibat dalam “skim untuk menipu pelabur ekuiti FTX Trading Ltd.”.

Menurut Financial Times, bank HSBC and Standard Chartered sedang menghadapi tekanan daripada Pihak Berkuasa Kewangan Hong Kong (Hong Kong Monetary Authority, HKMA) mengenai hal itu.

Surat HKMA kepada bank menyatakan bahawa bank tidak harus “memperkenalkan beban yang tidak wajar” untuk Pembekal Perkhidmatan Aset Maya (Virtual Asset Service Provider, VASP), juga dikenali sebagai platform pertukaran mata wang kripto, yang berminat untuk meneroka peluang baharu di wilayah itu.

Pihak berkuasa itu juga menggesa Bank of China untuk menerima lebih banyak platform pertukaran mata wang kripto sebagai pelanggannya.

Setakat ini, ketiga-tiga bank utama itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang mata wang kripto. Jurucakap Standard Chartered menyatakan bahawa bank itu terus mengadakan “dialog tetap” dengan pengawal selia tanpa memberikan sebarang butiran lanjut.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

You may also like

Leave a comment

Stay ahead in the crypto game with us! Get insightful news and analysis in Malay, plus expert English-Malay translation services for all your crypto content needs.

 

Don’t miss your chance to dominate the Malaysian crypto market. Translate your content now!

Editor's Choice

Latest

Warning:

The information on our website is not intended to be financial or investment advice. It is for informational and entertainment purposes only. You are encouraged to consult with a licensed or registered financial or investment advisor before making any investment decisions. Investing in cryptocurrency is a risky activity, and in the worst-case scenario, you could lose your entire investment and savings. If you don’t know what you’re doing,  it is then better for you to stay away from cryptocurrency.

Amaran:

Maklumat dalam laman web kami bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan tetapi untuk tujuan hiburan dan perkongsian maklumat sahaja. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan yang berlesen atau berdaftar sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam mata wang kripto ialah aktiviti berisiko, dan dalam kes yang paling teruk, anda boleh kehilangan keseluruhan pelaburan dan simpanan anda. Elakkan daripada melabur dalam mata wang kripto sama sekali jika anda tidak memahami risikonya.

All rights reserved. Hak cipta terpelihara 2023-2024 ©  KriptoHarian.my, a product of Kriptly Media PLT (LLP0028199-LGN) (formerly known as Discover Like Bornean PLT).

Terima kasih kerana berminat dengan artikel ini. Klik ya untuk membaca.
Baki kredit : 0
Bayaran balik hanya dibenarkan untuk kes yang dinyatakan dalam syarat penggunaan laman web kami. Adakah anda pasti ingin membatalkan langganan?
Your complete crypto content solution, from news to high-quality Malay translations, world's first.
-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00