Projek Rosalind: Adakah Pound Sterling digital akan direalisasikan tidak lama lagi?

Menurut laporan Parlimen UK yang bertajuk “Mata wang digital bank pusat: Paun digital” (Central bank digital currencies: The digital pound), kerajaan UK dan Bank of England sedang meneroka idea untuk memperkenalkan mata wang digital bank pusat (Central Bank Digital Currency, CBDC), iaitu “Paun digital”.

Pada February 2023. kerajaan itu mengumumkan bahawa walaupun keputusan belum dibuat sama ada untuk melancarkan Paun digital atau tidak, tetapi mereka percaya “kemungkinan besar” wang digital itu akan diperlukan pada masa hadapan. Oleh itu, mereka sedang berunding mengenai prinsip dan rancangan untuk membangunkannya.

Tetapi sebelum itu, terdapat beberapa soalan penting yang perlu dijawab, antaranya,

Bagaimanakah kerjasama antara sektor awam dan swasta boleh dipertingkatkan? Bagaimana untuk memaksimumkan kesalingoperasian, menggalakkan persaingan dan membolehkannya diterima pakai? Bagaimanakah CBDC dalam pasaran runcit memenuhi keperluan pengguna pada hari ini dan masa hadapan dalam landskap pembayaran yang berubah pantas?

Soalan-soalan ini akan dijawab melalui Projek Rosalind, satu eksperimen yang diketuai Pusat London Hab Inovasi BIS (BIS Innovation Hub London Centre), iaitu Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa (Bank for International Settlements).

Projek ini akan mengkaji pelbagai aspek tentang kebolehlaksanaan dan penggunaan Application Programming Interface (API) yang universal dan boleh skala sebagai perantaraan infrastruktur bank pusat dan sektor swasta. Hasil akhir adalah untuk membolehkan orang ramai menggunakan wang digital itu dalam kehidupan seharian mereka.

Baru-baru ini, projek tersebut telah dimuktamadkan oleh Bank of England (BoE) dan Bank for International Settlements (BIS). 

Kesimpulannya, Projek Rosalind telah menunjukkan bahawa lapisan API yang direka bentuk dengan baik boleh berfungsi dengan aplikasi sektor swasta dan reka bentuk lejar bank pusat yang berbeza. Selain itu, satu set fungsi API yang ringkas dan terpiawai boleh menyokong pelbagai kes penggunaan.

Nota editor: Harus difahami bahawa untuk komuniti mata wang kripto, CBDC, atau mata wang digital bank pusat adalah satu ancaman dan juga satu lagi usaha kerajaan untuk mengawal semula sistem ekonomi.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

Related articles

Fetch.ai, SingularityNET, dan Ocean Protocol berpadu tenaga membentuk persekutuan intelek AI dengan jenama The Superintelligence Alliance, mencadangkan satu token universal untuk ketiga-tiga projek. $ASI

Coinbase Derivatives: Membuka pintu ke arah niaga hadapan berleveraj untuk Dogecoin, Litecoin, dan Bitcoin Cash!

KuCoin dan pengasasnya dilabelkan dengan pelbagai dakwaan – dari kesalahan jenayah hingga operasi tanpa lesen. Apakah yang membelenggu platform dagangan kripto popular ini?