Home Kripto101 Kelahiran Bitcoin: Sistem tunai elektronik rakan setara (“Peer-to-Peer”)

Kelahiran Bitcoin: Sistem tunai elektronik rakan setara (“Peer-to-Peer”)

by GustoLearn.com
Published Last updated on 291 views 2 minutes
A+A-
Reset

Bitcoin diperkenalkan pada tahun 2008 melalui kertas putih yang ditulis oleh Satoshi Nakamoto. Siapakah Satoshi Nakamoto? Sehigga hari ini, tiada siapa yang tahu, atau sekurang-kurangnya, komuniti mata wang kripto masih belum mencapai persetujuan yang kolektif mengenai identiti sebenar pengarang misteri itu.

Bitcoin: Sistem Tunai Elektronik Rakan Setara (“Peer-to-Peer”)

Apakah yang mendorong Satoshi memperkenalkan Bitcoin?

Dalam kertas putih itu, Satoshi menyerlahkan kelemahan dalam sistem e-dagang yang sedia ada, iaitu, adalah mustahil untuk mewujudkan transaksi urus niaga yang tidak dapat ditarik balik oleh mana-mana pihak (“irreversible”), masalah yang jelasnya gagal diselesaikan oleh pihak yang diamanahkan untuk mengendalikan proses pembayaran (“trusted party”). Ini adalah berdasarkan fakta bahawa mereka tidak dapat mengelak daripada menjadi pengantaraan untuk sebarang pertikaian yang timbul akibat itu.

Secara ringkasnya, pihak-pihak yang diamanahkan ini merujuk kepada institusi kewangan, seperti bank. Mereka ini diamanahkan untuk memantau dan mengelakkan berlakunya isu yang dikenali sebagai “double spending”.

Apakah “double spending”?

Sebagai contoh, David mempunyai RM 100,000 dalam akaunnya. Dia berminat untuk membeli sebuah kereta Toyota Vios yang berharga RM 100,000. David berjaya meyakinkan penjual kereta itu bahawa dia mempuyai wang yang cukup dalam akaunnya dan berjanji akan membayar duit kemudian. Tanpa curiga, Amin, penjual kereta itu bersetuju untuk membenarkan David membawa pulang kereta Vios itu. Sejurus selepas itu, dengan pantas, David melawat pengedar kereta yang berhampiran dengan rumahnya dan berbelanja RM 100,00 untuk membeli Proton X70. Padahal, dalam akaun banknya, David hanya mempuyai duit yang cukup untuk sebuah kereta. Situasi ini dipanggil “double spending”, iaitu duit yang telah dibelanjakan, dibelanja semula.  

 

Apa salahnya dengan kos pengataraan?

Menurut kertas putih Satoshi itu, kos pengantaraan yang terlibat dalam menyelesaikan pertikaian urus niaga akan meningkatkan kos transaksi, mengehadkan saiz transaksi praktikal yang minimum dan menyusahkan transaksi bersahaja yang berjumlah kecil.

Selain itu, peniaga terpaksa meminta pelanggan mereka membekalkan informasi yang diperlukan untuk membolehkan mereka mengendalikan kes-kes bayaran balik, kadang-kala, termasuk maklumat yang tidak diperlukan sebenarnya.

Mengikut Satoshi, kesemua itu boleh diselesaikan melalui satu sistem tunai elektronik yang tidak memerlukan institusi kewangan untuk memainkan peranan pihak pengantaraan. Tambahan pula, sistem tunai elektronik ini akan dapat mewujudkan transaksi yang tidak dapat ditarik balik oleh mana-mana pihak, mustahil untuk “double spending”, dan mengekalkan privasi para pengguna. Sistem ini dinamakan “Bitcoin”.

Satoshi mencadangkan untuk menggunakan teknologi kriptografi dan skim insentif untuk mencapai impiannya. Dengan itu, transaksi yang boleh dipercayai dan tidak dapat diubah atau ditarik balik boleh dijalankan antara individu-individu setara (peer-to-peer) tanpa melibatkan institusi kewangan.

Sistem yang dicadangkannya itu turut memerlukan kerjasama semua orang yang mengambil bahagian untuk mengesahkan butiran transaksi. Tambahan pula, tidak ada mana-mana satu entiti atau pihak berpusat yang diamanahkan untuk membuat sebarang keputusan untuk semua orang. Idea ini dipanggil “terdesentralisasi” oleh komuniti mata wang kripto.

Lazimnya, untuk komuniti mata wang kripto, istilah bitcoin, dengan huruf kecil “b” merujuk kepada mata wang bitcoin, manakala Bitcoin, dengan huruf besar “B” merujuk kepada blok rantai Bitcoin.

Artikel kami ini akan membantu anda memahami blok rantai: Apakah blok rantai?

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

You may also like

Leave a comment

Stay ahead in the crypto game with us! Get insightful news and analysis in Malay, plus expert English-Malay translation services for all your crypto content needs.

 

Don’t miss your chance to dominate the Malaysian crypto market. Translate your content now!

Editor's Choice

Latest

Warning:

The information on our website is not intended to be financial or investment advice. It is for informational and entertainment purposes only. You are encouraged to consult with a licensed or registered financial or investment advisor before making any investment decisions. Investing in cryptocurrency is a risky activity, and in the worst-case scenario, you could lose your entire investment and savings. If you don’t know what you’re doing,  it is then better for you to stay away from cryptocurrency.

Amaran:

Maklumat dalam laman web kami bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan tetapi untuk tujuan hiburan dan perkongsian maklumat sahaja. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan yang berlesen atau berdaftar sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam mata wang kripto ialah aktiviti berisiko, dan dalam kes yang paling teruk, anda boleh kehilangan keseluruhan pelaburan dan simpanan anda. Elakkan daripada melabur dalam mata wang kripto sama sekali jika anda tidak memahami risikonya.

All rights reserved. Hak cipta terpelihara 2023-2024 ©  KriptoHarian.my, a product of Kriptly Media PLT (LLP0028199-LGN) (formerly known as Discover Like Bornean PLT).

Terima kasih kerana berminat dengan artikel ini. Klik ya untuk membaca.
Baki kredit : 0
Bayaran balik hanya dibenarkan untuk kes yang dinyatakan dalam syarat penggunaan laman web kami. Adakah anda pasti ingin membatalkan langganan?
Your complete crypto content solution, from news to high-quality Malay translations, world's first.
-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00