Home Berita Fahami cukai urus niaga mata wang kripto di Malaysia: Pelaburan, perdagangan dan perlombongan. #LHDN #Hasil

Fahami cukai urus niaga mata wang kripto di Malaysia: Pelaburan, perdagangan dan perlombongan. #LHDN #Hasil

by Editor Kripto Harian
Published Last updated on 780 views 8 minutes
A+A-
Reset

Penafian: Artikel kami ini tidak mewakili pendirian LHDN. Anda hendaklah merujuk kepada garis panduan LHDN atau mendapatkan nasihat daripada LHDN untuk sebarang perkara berkaitan pemfailan cukai.

Walaupun ramai rakyat Malaysia sedar bahawa berdagang atau melabur dalam mata wang kripto adalah sah di negara kita, ramai tertanya-tanya sama ada keuntungan yang diperoleh daripadanya boleh dikenakan cukai.

Oleh itu, kami menyediakan artikel ini untuk membantu komuniti mata wang kripto di Malaysia untuk memahami kewajipan kita sebagai pembayar cukai dalam konteks mata wang kripto.

Di negara kita, pemfailan cukai dikawal oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). LHDN telah menerbitkan satu dokumen yang memberikan panduan mengenai layanan cukai pendapatan berkenaan dengan transaksi e-dagang termasuk layanan cukai secara am bagi mata wang digital atau token digital.

Baca artikel kami ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbezaan antara mata wang dan token dalam konteks kripto: Memahami perbezaan antara mata wang kripto, duit syiling, token dan altcoin.

 

Untuk tujuan percukaian, kos pemerolehan mata wang digital mesti ditentukan dalam Ringgit Malaysia (RM).

Rekod transaksi harus disimpan.

Cukai kripto untuk peniaga atau pelombong

Saya peniaga/pelombong

Cukai kripto untuk pelabur

Saya pelabur
Untuk peniaga atau pelombong
01

Urus niaga mata wang kripto tertakluk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967.

Urus niaga mata wang kripto tertakluk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967. Secara amnya, pendapatan mana-mana orang yang terakru di dalam atau diperolehi dari Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia akan dikenakan cukai, termasuk urus niaga mata wang kripto.

02

Pelaburan bersifat modal dan hasil dilayan secara berbeza.

Secara amnya, layanan cukai adalah berdasarkan sifat pelaburan, iaitu modal (capital gain) atau hasil (income).

03

Pelaburan bersifat modal tak kena cukai.

Keuntungan modal (capital gain) tidak dikenakan cukai.

Contoh keuntungan modal yang diberikan LHDN:

Puan Siti membeli satu unit mata wang digital pada nilai RM15,000 untuk tujuan pelaburan. Selepas 3 tahun, beliau menjual semula dengan harga RM30,000.

Nota editorial KH: Sila ambil perhatian bahawa kami sedar bahawa terdapat perbincangan berterusan tentang memperkenalkan cukai keuntungan modal (Capital Gain Tax, CGT) ke atas pelupusan saham tidak tersenarai. Bergantung pada hasilnya, ini mungkin turut mempunyai kesan atas cukai mengenai mata wang kripto.

04

Pelaburan bersifat hasil akan dikenakan cukai.

Keuntungan hasil daripada pelupusan mata wang digital akan dikenakan cukai.

Contoh keuntungan hasil yang diberikan LHDN:

Encik Ali membeli mata wang digital pada nilai RM10,000 untuk tujuan pelaburan. Secara aktifnya beliau mula membeli dan menjual mata wang digital tersebut dan menghasilkan keuntungan. Beliau telah merekodkan transaksi tersebut secara teratur. Rekod berkaitan telah disimpan dengan sempurna. 

05

Perniagaan membeli dan menjual mata wang kripto akan dikenakan cukai. Potongan cukai dibenarkan untuk perbelanjaan dan kerugian.

Perniagaan yang membeli dan menjual mata wang digital dalam perjalanan biasa perniagaan mereka akan dikenakan cukai ke atas keuntungan yang diperoleh daripada perdagangan dalam mata wang digital sama seperti stok dagangan. Sebarang perbelanjaan yang dilakukan dalam menghasilkan pendapatan bercukai atau kerugian yang ditanggung daripada aktiviti perdagangan mata wang digital boleh dibenarkan potongan cukai.

Contoh yang diberikan LHDN:

Esbisee Sdn Bhd menjalankan perniagaan membeli dan
menjual mata wang digital. Pada 12 Januari 2021 syarikat membeli 100 unit Syiling Y dengan harga RM1,000,000 dan menjual 50 unit Syiling Z pada harga RM1,700,000. Memandangkan Esbisee Sdn Bhd menjalankan perniagaan perdagangan mata wang digital, penjualan Coin Z sebanyak RM1,700,000 harus dilaporkan sebagai jualan dan kos pembelian Coin Y boleh dibenarkan potongan. Jika syarikat mengalami kerugian, kerugian tersebut boleh dibenarkan potongan cukai.

06

Jika bersifat modal, pelupusan token ganjaran yang diperoleh daripada aktiviti perlombongan tidak akan dikenakan cukai.

Belajar tentang perlombongan melalui artikel kami ini. Pendek kata, dengan menggunakan Bitcoin sebagai contoh, pelombong yang berjaya melombong blok baru dalam blok rantai Bitcoin berhak untuk menerima mata wang bitcoin sebagai ganjaran.

07

Jika bersifat hasil, pelupusan token ganjaran yang diperoleh daripada aktiviti perlombongan akan dikenakan cukai.

Belajar tentang perlombongan melalui artikel kami ini. Pendek kata, dengan menggunakan Bitcoin sebagai contoh, pelombong yang berjaya melombong blok baru dalam blok rantai Bitcoin berhak untuk menerima mata wang bitcoin sebagai ganjaran.

08

Yuran yang diterima oleh pelombong sebagai "gaji upah" untuk perkhidmatan perlombongan yang ditawarkan oleh mereka akan dikenakan cukai.

Yuran, dalam konteks ini, berbeza dengan ganjaran yang diterima oleh pelombong yang berjaya melombong blok baru. Ia mungkin lebih sesuai untuk dianggap sebagai gaji upah.

09

Perniagaan yang menerima atau menggunakan mata wang kripto sebagai wang pembayaran akan dikenakan cukai berdasarkan nilai pasaran terbuka mata wang kripto itu dalam Ringgit Malaysia (RM).

Contoh-contoh yang diberikan oleh LHDN:

Contoh 1:

Event League Company Sdn Bhd ialah penganjur perlawanan bola sepak antarabangsa di Stadium Bukit Jalil. Tiket yang dijual boleh dibayar menggunakan mata wang digital. Mata wang digital yang diterima untuk harga tiket (dalam RM) diiktiraf sebagai jualan Event League Company Sdn Bhd. Dalam situasi di mana urus niaga dipersetujui berdasarkan bilangan mata wang digital, nilai barang yang dijual atau dibeli, atau kontrak perkhidmatan adalah ditentukan berdasarkan nilai mata wang digital pada titik urus niaga.

Contoh 2: 

Ain Enterprise membeli peralatan terpakai daripada Cafe Alif Sdn Bhd untuk 1 unit mata wang digital B. Pada titik urus niaga, 1 unit mata wang digital B adalah bersamaan dengan RM15,000. Nilai mata wang digital yang diterima untuk peralatan tersebut (RM15,000) diiktiraf sebagai jualan peralatan oleh Cafe Alif Sdn Bhd. Ain Enterprise akan mengiktiraf peralatan terpakai sebagai aset untuk perniagaan pada nilai RM15,000.

Contoh 3:

Encik Rajesh menyediakan perkhidmatan perundingan IT kepada Envisage Sdn Bhd dan menerima 10 Ether sebagai bayaran untuk perkhidmatannya. Nilai 1 Ether pada masa ia dibayar ialah RM18,970. Jumlah yang bersamaan RM189,700 untuk 10 Ether adalah pendapatan Encik Rajesh pada masa ia diperoleh. Potongan bagi sebarang perbelanjaan yang ditanggung menggunakan mata wang digital dalam menghasilkan pendapatan bercukai akan dibenarkan sebagai potongan cukai, tertakluk kepada subseksyen 33(1) ACP 1967.

 

10

Gaji atau upah yang dibayar dalam mata wang kripto dibenarkan potongan cukai.

Contoh yang diberikan oleh LHDN:

Patrick Wong bekerja di Capital Blockchain Sdn Bhd. Kontrak pekerjaan yang telah ditandatanganinya memerlukan gajinya dibayar dalam mata wang digital bersamaan RM10,000 sebulan. Pendapatan penggajian Patrick Wong adalah dikenakan cukai dan Capital Blockchain Sdn Bhd berhak menuntut potongan cukai ke atas bayaran gaji sebanyak RM10,000 sebulan masing-masing.

11

Tanggungjawab majikan di bawah Peraturan Potongan Cukai Bulanan (PCB) yang sedia ada adalah terpakai.

12

Tanggungjawab majikan di bawah Peraturan Potongan Cukai Bulanan (PCB) yang sedia ada adalah terpakai.

Untuk pelabur
13

Kebolehcukaian ke atas keuntungan daripada pelaburan bergantung pada sama ada keuntungan itu bersifat modal atau hasil.

Contoh-contoh yang diberikan LHDN.

Contoh 1:

Cafe Alif Sdn Bnd menjual peralatan terpakai kepada Ain Enterprise dengan 1 unit mata wang digital B. Pada titik urus niaga, 1 unit mata wang digital B adalah bersamaan dengan RM15,000. 

Selepas 3 tahun, nilai mata wang digital B itu meningkat daripada RM15,000 kepada RM30,000. Mata wang digital B telah dilupuskan oleh Cafe Alif Sdn Bhd dan keuntungan daripada pelupusan mata wang digital B berjumlah RM15,000. Jika Cafe Alif memegang mata wang digital B yang memenuhi kriteria keuntungan modal, pelupusan itu tidak tertakluk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967.

Contoh 2:

Encik Effendi telah membeli 2 unit mata wang digital bernilai RM64,000 pada 30 Jun 2019 untuk tujuan pelaburan. Pada 31 Disember 2019, beliau telah melupuskan 2 unit mata wang digital pada harga RM80,000. Ini adalah satu-satunya transaksi yang dibuat oleh Encik Effendi dalam tempoh 3 tahun yang lalu. Keuntungan RM16,000 tidak dikenakan cukai kerana ia bersifat modal.

14

Membeli mata wang kripto hanya semata-mata untuk digunakan untuk "membeli-belah" tidak menimbulkan percukaian.

Contoh yang diberikan LHDN:

Fakhri ingin menghadiri persembahan di Istana Budaya. Penganjur menawarkan diskaun sebanyak 20% daripada harga tiket jika pembayaran dibuat menggunakan mata wang digital. Fakhri membeli mata wang digital A bersamaan dengan harga tiket diskaun RM250 dan membayarnya kepada penganjur.

Walau bagaimanapun, sebarang pelupusan token pembayaran mungkin masih tertakluk kepada cukai jika pihak LHDNM mendapati bahawa niat pembelian adalah berkaitan dengan perdagangan atau sebarang tujuan menghasilkan pendapatan lain.

 

15

Mata wang kripto yang diterima secara percuma daripada aktiviti promosi (seperti 'airdrop') atau pemasaran atau pecahan mata wang kripto yang sedia ada (sperti 'hardfork') tidak dikenakan cukai.

Walau bagaimanapun, keuntungan daripada pelupusan token ini pada masa hadapan akan dikenakan cukai jika keuntungan itu bersifat hasil. 

16

Keuntungan yang diperoleh daripada penukaran mata wang kripto A ke mata wang kripto B akan dikenakan cukai sekiranya penukaran itu bersifat hasil.

"Petunjuk perdagangan seperti motif mencari keuntungan, sifat aset dan perubahan pada aset adalah dipertimbangkan semasa menentukan sama ada keuntungan tersebut boleh dikenakan cukai."

Ini merujuk kepada sifat mata wang digital yang sedang dibeli dan dijual. Mata wang digital boleh dianggap sebagai subjek perdagangan apabila ia dibeli dalam kuantiti yang banyak.

Ini merujuk kepada tempoh pegangan mata wang digital. Lebih pendek tempoh pegangan, lebih besar kemungkinan ia akan dianggap sebagai dipegang untuk perdagangan.

Kekerapan yang tinggi bagi urus niaga mata wang digital yang serupa adalah lebih menunjukkan sifat perdagangan berbanding transaksi terpencil.

Ini merujuk kepada kerja tambahan yang dilakukan pada mata wang digital untuk menjadikannya lebih boleh dipasarkan atau usaha tambahan dilakukan untuk mencari atau menarik pembeli. Jika ini dilakukan, kemungkinan besar pelupusan berikutnya akan dianggap sebagai perdagangan. 

Sesetengah keadaan kurang berkemungkinan  menunjukkan perdagangan (cth. syarikat terpaksa menjual mata wang digital disebabkan pemerolehan wajib, keperluan wang tunai yang mendesak secara tiba-tiba atau ancaman perampasan oleh pemiutang).

Ini merujuk kepada sama ada terdapat niat untuk
berdagang pada masa pemerolehan mata wang digital. Jika seseorang melakukan aktiviti dengan cara perniagaan seperti membangunkan rancangan perniagaan, menyediakan rekod perakaunan dan mengiklankan perniagaan mata wang digital, niat pastinya adalah untuk menjalankan perniagaan mata wang digital.

Ini merujuk kepada cara pembelian mata wang digital itu dibiayai. Pembiayaan jangka pendek lebih menunjukkan perdagangan daripada pembiayaan jangka panjang. Kedudukan kewangan syarikat dan keupayaan untuk memegang mata wang digital juga akan diambil kira.

Faktor lain termasuk sama ada terdapat sebarang kajian kebolehlaksanaan yang dijalankan, ketersediaan
dokumentasi atau bukti lain yang ada dengan syarikat
untuk menunjukkan hasratnya berkenaan dengan mata wang digital.

Tiada petunjuk tunggal yang menjadi penunjuk penentuan kepada kewujudan perdagangan. Ia harus dipertimbangkan dengan kesemua faktor-faktor yang berkaitan.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

You may also like

Leave a comment

Stay ahead in the crypto game with us! Get insightful news and analysis in Malay, plus expert English-Malay translation services for all your crypto content needs.

 

Don’t miss your chance to dominate the Malaysian crypto market. Translate your content now!

Editor's Choice

Latest

Warning:

The information on our website is not intended to be financial or investment advice. It is for informational and entertainment purposes only. You are encouraged to consult with a licensed or registered financial or investment advisor before making any investment decisions. Investing in cryptocurrency is a risky activity, and in the worst-case scenario, you could lose your entire investment and savings. If you don’t know what you’re doing,  it is then better for you to stay away from cryptocurrency.

Amaran:

Maklumat dalam laman web kami bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan tetapi untuk tujuan hiburan dan perkongsian maklumat sahaja. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan yang berlesen atau berdaftar sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam mata wang kripto ialah aktiviti berisiko, dan dalam kes yang paling teruk, anda boleh kehilangan keseluruhan pelaburan dan simpanan anda. Elakkan daripada melabur dalam mata wang kripto sama sekali jika anda tidak memahami risikonya.

All rights reserved. Hak cipta terpelihara 2023-2024 ©  KriptoHarian.my, a product of Kriptly Media PLT (LLP0028199-LGN) (formerly known as Discover Like Bornean PLT).

Terima kasih kerana berminat dengan artikel ini. Klik ya untuk membaca.
Baki kredit : 0
Bayaran balik hanya dibenarkan untuk kes yang dinyatakan dalam syarat penggunaan laman web kami. Adakah anda pasti ingin membatalkan langganan?
Your complete crypto content solution, from news to high-quality Malay translations, world's first.
-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00