Home Berita Kawal selia mata wang kripto di negara kita: Jangan melabur dalam mata wang kripto sebelum membaca artikel kami ini.

Kawal selia mata wang kripto di negara kita: Jangan melabur dalam mata wang kripto sebelum membaca artikel kami ini.

by Editor Kripto Harian
Published Last updated on 379 views 4 minutes
A+A-
Reset

Mata wang digital seperti bitcoin, ethereum, dan banyak lagi, telah menjadi perbualan hangat dalam industri kewangan di seluruh dunia. Soalannya, adakah negara kita sedia untuk menerima dan menggunakan mata wang kripto?

Bagi anda yang baru mengenali mata wang kripto, mata wang kripto ialah mata wang digital yang menggunakan teknologi blok rantai (“blockchain”) untuk melaksanakan transaksi. Ia amat berbeza dengan mata wang tradisional yang dikawal oleh bank pusat atau kerajaan. Mata wang kripto membolehkan transaksi dihantar secara terus antara individu tanpa perantaraan bank atau institusi kewangan yang lain. Anda mungkin berminat dengan artikel kami ini tentang blok rantai.

Menurut artikel yang diterbitkan oleh Oppotus.com pada Oktober 2022, empat daripada lima orang rakyat Malaysia yang tinggal di bandar pernah dengar tentang “mata wang digital”. Walau bagaimanapun, hanya 21 peratus daripada mereka betul-betul memahami apa itu mata wang digital atau lebih dikenali sebagai mata wang kripto.

Turut dinyatakan dalam artikel itu bahawa pada suku kedua tahun 2021, sebanyak 41% daripada rakyat Malaysia memiliki mata wang kripto. Namun, jumlah itu menyusut kepada 34% pada awal tahun 2022 dan seterusnya kepada 25% pada suku kedua tahun yang sama.

Sehubungan dengan itu, menurut statistik yang dikemukakan oleh Triple-A yang merupakan ahli Persatuan Fintech Singapura, setakat 16 Mei 2023, lebih daripada 1.0 juta orang Malaysia, iaitu kira-kira 3.1% daripada populasi Malaysia memiliki mata wang kripto.

Walaupun statistik yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak jelasnya mempunyai jurang yang besar, namun demikian, boleh kita setuju bahawa negara kita sudah mempunyai tahap kesedaran yang tinggi tentang mata wang kripto. Cukup menarik juga, ramai rakyat Malaysia telah menyatakan minat mereka untuk melabur dalam mata wang kripto. Oleh itu, nampaknya wajar untuk kita menjangkakan penambahan jumlah pemilik mata wang kripto di negara kita pada tahun-tahun yang akan datang.

Adakah Bitcoin atau mata wang kripto diiktiraf sebagai wang yang sah di negara kita?

Apakah “wang sah” (legal tender)?

Menurut artikel ini yang kita jumpai dalam laman web Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund),

“Legal Tender” ialah wang yang tidak boleh ditolak oleh pemiutang jika ditawarkan oleh penghutang sebagai pembayaran untuk memenuhi kewajipan kewangannya.

Pendek kata, wang sah merujuk kepada wang yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk berurusan dengan institusi kewangan atau kerajaan.

Jadi, adakah Bitcoin atau mata wang kripto diiktiraf sebagai wang yang sah di negara kita?

Jawapannya: tidak!

Di negara kita, Bank Negara Malaysia (BNM) ialah agensi yang diamanahkan untuk menentukan sama ada sesuatu mata wang kripto, termasuk Bitcoin boleh dianggap sebagai wang yang sah di negara kita.

Menurut kenyataan BNM yang bertajuk “Kenyataan mengenai Bitcoin“,

Bitcoin (mata wang digital) tidak diiktiraf sebagai sah diperlakukan di Malaysia. Bank Negara Malaysia tidak mengawal selia urus niaga Bitcoin. Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati terhadap risiko berkaitan penggunaan mata wang digital tersebut.

Seperkara lagi, BNM juga merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk menilai potensi mata wang digital bank pusat (Central Bank Digital Currency) untuk mencapai objektif dasar awam negara kita.

Perdagangan dan pelaburan

Walaupun BNM merupakan pihak yang menentukan status rasmi mata wang kripto dalam kehidupan seharian kita, mereka bukanlah pihak yang diamanahkan untuk mengawal aktiviti perdagangan atau pelaburan mata wang kripto. Sebaliknya, akitiviti-aktiviti tersebut dikawal oleh Suruhajaya Sekuriti Malaysia (SC).

Mengikut laman web rasmi SC, Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 menubuhkan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 1 Mac 1993. Pasaran modal Malaysia dikawal dan dibangunkan oleh SC.

Sebarang platform pertukaran mata wang kripto (“bursa kripto”) yang berhasrat untuk beroperasi di Malaysia atau menyediakan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia mesti berdaftar dengan SC. Sehingga hari ini, terdapat empat Bursa Aset Digital (Digital Asset Exchange, DAX) yang berjaya berdaftar sebagai Pengendali Pasaran Yang Diiktiraf (Recognized Market Operator) di negara kita, iaitu Luno Malaysia Sdn Bhd, Tokenize Technology (M) Sdn Bhd, MX Global Sdn Bhd dan SINEGY DAX Sdn Bhd.

Kesediaan dan keterbukaan SC terhadap industri mata wang kripto telah memberi keyakinan kepada para pelabur di dalam dan di luar negara dan adalah amat memberangsangkan, khusunya untuk komuniti mata wang kripto di negara kita.  

Dengan ini, jelaslah bahawa pemilikan atau perdagangan mata wang kripto di negara kita adalah sah di sisi undang-undang.

Pada 2021, SC mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Binance, salah satu platform pertukaran mata wang kripto yang terbesar di dunia kerana beroperasi secara haram di Malaysia. Anda boleh melayari artikel kami ini untuk mengetahui yang lebih lanjut tentang peristiwa itu.

Pemfailan cukai

Adakah keuntungan yang diperoleh daripada melabur atau berdagang dalam mata wang kripto akan dikenakan cukai?

Sudah pasti ini ialah soalan yang seringkali ditanya-tanya oleh anda semua.

Di negara kita, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ialah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk memantau pemfailan cukai pendapatan di negara kita. Menurut “Garis Panduan Layanan Cukai bagi Transaksi Mata Wang Digital” yang disediakan oleh LHDN, jawapan kepada soalan itu bergantung kepada motif anda.

Secara ringkas,

Keuntungan atau kerugian akibat daripada pelupusan mata wang digital atau token digital yang bersifat perdagangan akan dikenakan/boleh dipotong cukai. Pada masa yang sama, keuntungan atau kerugian akibat daripada pelupusan mata wang digital atau token digital yang bersifat modal tidak akan dikenakan/tidak boleh dipotong cukai.

Artikel kami ini mempunyai butiran yang lebih lanjut tentang hal ini.

Pada keseluruhannya, walaupun masih ada masalah dan cabaran yang perlu diatasi oleh semua pihak yang terlibat, nampaknya negara kita sedang menuju ke arah yang betul.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

You may also like

Leave a comment

Stay ahead in the crypto game with us! Get insightful news and analysis in Malay, plus expert English-Malay translation services for all your crypto content needs.

 

Don’t miss your chance to dominate the Malaysian crypto market. Translate your content now!

Editor's Choice

Latest

Warning:

The information on our website is not intended to be financial or investment advice. It is for informational and entertainment purposes only. You are encouraged to consult with a licensed or registered financial or investment advisor before making any investment decisions. Investing in cryptocurrency is a risky activity, and in the worst-case scenario, you could lose your entire investment and savings. If you don’t know what you’re doing,  it is then better for you to stay away from cryptocurrency.

Amaran:

Maklumat dalam laman web kami bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan tetapi untuk tujuan hiburan dan perkongsian maklumat sahaja. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan yang berlesen atau berdaftar sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam mata wang kripto ialah aktiviti berisiko, dan dalam kes yang paling teruk, anda boleh kehilangan keseluruhan pelaburan dan simpanan anda. Elakkan daripada melabur dalam mata wang kripto sama sekali jika anda tidak memahami risikonya.

All rights reserved. Hak cipta terpelihara 2023-2024 ©  KriptoHarian.my, a product of Kriptly Media PLT (LLP0028199-LGN) (formerly known as Discover Like Bornean PLT).

Terima kasih kerana berminat dengan artikel ini. Klik ya untuk membaca.
Baki kredit : 0
Bayaran balik hanya dibenarkan untuk kes yang dinyatakan dalam syarat penggunaan laman web kami. Adakah anda pasti ingin membatalkan langganan?
Your complete crypto content solution, from news to high-quality Malay translations, world's first.
-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00