Penduduk di Jepun kini boleh membeli 34 token kripto dengan menggunakan Yen Jepun melalui Binance Japan, termasuk BNB, DOGE, XRP, SHIB, dan banyak lagi. KYC diperlukan.

Pada November 2022, Binance membuat langkah strategik untuk memperoleh pertukaran mata wang kripto berlesen sedia ada di Jepun, iaitu SAKURA Exchange BitCoin, Inc. (SEBC) dan menjenamakan semula entiti itu kepada Binance Japan Inc.

Selepas itu, pada 1 Ogos 2023, Binance mengumumkan bahawa pelanggan Binance baharu di Jepun kini boleh menikmati akses kepada pasaran spot untuk 34 token melalui Binance Japan Inc. Setakat ini, tiada pertukaran mata wang kipto di negara itu menawarkan sebegitu banyak token untuk perdagangan.

Cukup menarik juga, BNB, iaitu mata wang kripto asli untuk blok rantai Binance Smart Chain, akan membuat debutnya di pasaran mata wang kripto Jepun melalui platform itu.

Pelanggan sedia ada Binance global (Binance.com) yang menetap di Jepun akan dapat memulakan proses migrasi selepas 14 Ogos 2023, melalui proses KYC (pengesahan ID) yang baharu.

Dengan pelancaran Binance Japan, penduduk di Jepun boleh berdagang mata wang kripto dengan menggunakan duit sah negara itu, iaitu Yen Jepun (JPY).

Buat masa ini, platform Binance yang berasaskan di Jepun ini membolehkan penggunanya menukar (convert) 34 tokens melalui pasaran spot, termasuk BTC, ETH, BNB, ADA, ALGO, ASTR, ATOM, AVAX, AXS, BAT, BCH, CHZ, DAI, DOGE, DOT, ENJ, ETC, IOST, JASMY, LINK, LTC, MATIC, MKR, ONT, QTUM, SAND, SHIB, SOL, TRX, XEM, XLM, XRP, XTZ, and ZIL.

Mereka juga boleh berdagang melalui pasaran spot untuk kesemua token yang disenaraikan di atas kecuali JASMY dan XEM.

Di samping itu, platform tersebut turut menawarkan perkhidmatan “Simple Earn” dan “Auto-invest”. Kedua-dua perkhidmatan ini mengizinkan penggunanya memperoleh ganjaran harian dengan mendepositkan aset digital mereka dan juga mengautomasikan pelaburan kripto mengikut selang masa dan jumlah yang ditetapkan terlebih dahulu.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

Related articles

Fetch.ai, SingularityNET, dan Ocean Protocol berpadu tenaga membentuk persekutuan intelek AI dengan jenama The Superintelligence Alliance, mencadangkan satu token universal untuk ketiga-tiga projek. $ASI

Coinbase Derivatives: Membuka pintu ke arah niaga hadapan berleveraj untuk Dogecoin, Litecoin, dan Bitcoin Cash!

KuCoin dan pengasasnya dilabelkan dengan pelbagai dakwaan – dari kesalahan jenayah hingga operasi tanpa lesen. Apakah yang membelenggu platform dagangan kripto popular ini?