Hola! Binance kini berlesen untuk beroperasi di negara yang paling mesra kripto di dunia: El Salvador

Binance, platform pertukaran kripto terkemuka di dunia, baru-baru ini telah diberikan lesen untuk beroperasi secara sah di El Salvador. Peristiwa ini bukan sahaja menjadi episod yang penting dalam usaha platform itu memperluaskan kehadirannya di rantau Amerika Tengah tetapi juga lembaran yang baru dalam sejarah mata wang kripto.

Platform pertukaran itu telah diberikan lesen Pembekal Perkhidmatan Bitcoin (Bitcoin Services Provider) dan lesen “bukan-sementara” (non-provisional) Pembekal Perkhidmatan Aset Digital (Digital Assets Services Provider) yang pertama. Dengan ini, Binance secara rasminya diberikan hak untuk berkhidmat kepada pasaran yang berbahasa Sepanyol itu.

Untuk kalian yang baru mengenali mata wang kripto, El Salvador ialah negara yang pertama di dunia menerima Bitcoin sebagai mata wang sah. Presiden negara itu, Nayib Bukele terkenal sebagai seorang pendokong teknologi blok rantai dan Bitcoin. Beliau telah mengambil pendekatan yang progresif dan proaktif terhadap mata wang kripto dan menyifatkan Bitcoin sebagai satu aset yang amat penting dalam usaha memodernkan sistem kewangan negara itu.  

Pada 30 Mei 2023, Dr. Saifedean Ammous, pengarang buku “The Bitcoin Standard”, telah dilantik sebagai penasihat ekonomi untuk Pejabat Bitcoin Nasional negara itu.

Pencapaian ini sekali lagi mempersaksikan komitmen berterusan Binance untuk berkhidmat kepada penduduk global melalui pendekatan yang sah. Dengan ini, syarikat itu dikatakan memperoleh kelulusan untuk beroperasi di 18 pasaran di seluruh dunia, termasuk Perancis, Itali, Sepanyol, Sweden, Dubai dan Jepun. Setakat ini, tiada platform pertukaran mata wang kripto lain memiliki sebegitu banyak lesen.

Min Lin, ketua Binance Amerika Latin mengulas melalui laman web Binance.com:

Kami berbesar hati diberikan lesen ini kerana Binance terus bekerjasama dengan agensi kawal selia di seluruh dunia untuk menyokong piawaian global untuk industri kripto dan blok rantai.

Daniel Acosta, pengurus besar Binance untuk Colombia, Amerika Tengah dan Caribbean berkata:

Lesen ini membolehkan Binance mengembangkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, termasuk opsyen (options) yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan kami di El Salvador. Ia juga merupakan peluang yang baik untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kerajaan untuk menyokong pengambilan (adoption) aset kripto di negara ini, memupuk keterangkuman kewangan dan inovasi, dan menjamin perlindungan pelanggan.

Kehadiran Binance di El Salvador dijangka memberikan pelbagai manfaat kepada ekosistem mata wang kripto tempatan dan juga membuka pintu kepada lebih ramai penduduk El Salvador untuk mengakses dunia kripto yang berkembang pesat.

Yang paling penting, turut diharapkan kejayaan Binance mampu memberi rangsangan kepada platform pertukaran kripto lain yang turut berminat untuk beroperasi di negara itu.

Semoga El Salvador akan bebas daripada belenggu kemiskinan di bawah pimpinan presiden yang berwawasan kripto itu tidak lama lagi.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

Related articles

Fetch.ai, SingularityNET, dan Ocean Protocol berpadu tenaga membentuk persekutuan intelek AI dengan jenama The Superintelligence Alliance, mencadangkan satu token universal untuk ketiga-tiga projek. $ASI

Coinbase Derivatives: Membuka pintu ke arah niaga hadapan berleveraj untuk Dogecoin, Litecoin, dan Bitcoin Cash!

KuCoin dan pengasasnya dilabelkan dengan pelbagai dakwaan – dari kesalahan jenayah hingga operasi tanpa lesen. Apakah yang membelenggu platform dagangan kripto popular ini?