Home Berita PayPal yang enggan ketinggalan dalam industri mata wang kripto mengeluarkan mata wang kriptonya sendiri yang bersandarkan dolar Amerika: PayPal USD (PYUSD)

PayPal yang enggan ketinggalan dalam industri mata wang kripto mengeluarkan mata wang kriptonya sendiri yang bersandarkan dolar Amerika: PayPal USD (PYUSD)

by Editor Kripto Harian
Published Last updated on 137 views 3 minutes
A+A-
Reset

PayPal merupakan sebuah platform perkhidmatan pembayaran yang membenarkan individu dan perniagaan menghantar dan menerima wang dalam talian. Ia diperkenalkan untuk memudahkan transaksi kewangan melalui internet tanpa perlu berkongsi maklumat perbankan yang sensitif dengan pihak lain. Pengguna boleh mendaftar akaun PayPal secara percuma dan menghubungkan akaun bank atau kad kredit mereka dengan akaun PayPal mereka.

Reputasi PayPal di kalangan komuniti mata wang kripto agak bercampur-campur. Apabila PayPal mengumumkan penglibatannya dalam ruang mata wang kripto pada Oktober 2020, keputusan itu dikendalikan sebagai pengesahan yang penting untuk mata wang kripto dan teknologi blok rantai. Menurut kenyataan akhbar yang diterbitkan oleh PayPal, semua pengguna akaun PayPal yang layak di Amerika Syarikat kini boleh membeli, memegang dan menjual mata wang kripto secara terus dengan PayPal.

Reaksi awal adalah positif kerana ia menjadikan mata wang kripto tumpuan seluruh dunia, khususnya di antara pengguna-pengguna PayPal. Di samping itu, ia membolehkan penggunanya mengakses pasaran kripto dengan lebih mudah. Walau bagaimanapun, terdapat juga kebimbangan dan kritikan yang dibangkitkan oleh komuniti mata wang kripto atas sebab-sebab seperti pemusatan (centralization) dan kemungkinan sekatan akaun yang diarahkan oleh pihak kawal selia.

Untuk komuniti mata wang kripto, pemusatan (centralization) dan campur tangan pihak kawal selia adalah ciri yang paling tidak diingini. Hakikatnya, Bitcoin diperkenalkan sebagai satu instrumen kewangan yang diharapkan boleh menyelesaikan isu-isu yang seringkali dikaitkan dengan konsep kewangan berpusat dan kehadiran perantaraan dalam transaksi kewangan harian kita.

Dua tahun kemudian, pada tahun 2022, platform pembayaran global itu memperkenalkan fungsi yang lebih meluas kepada penggunanya di Amerika Syarikat.

Dengan fungsi yang baharu ini, penggunanya yang layak akan dapat mendepositkan, memindahkan dan menghantar mata wang kripto melalui akaun PayPal mereka.

Mendepositkan (transfer) empat mata wang kripto ke akaun PayPal mereka, iaitu Bitcoin, Ethereum, Bitcoin Cash dan Litecoin.

Memindahkan (move) mata wang kripto daripada akaun PayPal mereka ke akaun yang diuruskan oleh pihak ketiga termasuk bursa dan dompet perkakasan kripto (hardware wallets).

Menghantar (send) kripto ke akaun PayPal ahli keluarga dan rakan tanpa dikenakan bayaran atau caj rangkaian.

Hari ini, PayPal sekali lagi menggemparkan dunia mata wang kripto dengan inisiatif mengeluarkan mata wang kripto stabil proprietari mereka, iaitu PayPal USD (PYUSD).

Apakah mata wang kripto stabil (stablecoin)?

Mata wang kripto stabil ialah mata wang kripto yang nilainya ditetapkan mengikut aset kripto atau mata wang sah yang lain. Dalam kes PayPal USD, nilai satu PayPal USD ditetapkan kepada satu dolar Amerika Syarikat (USD). Pendek kata, 1 PayPal USD = 1 USD.

Yang menjadikan aset jenis ini menarik dan walaupun bukan selalu, untuk memastikan nilainya tidak berubah banyak daripada aset rujukannya dan untuk memberi keyakinan kepada pemilik mata wang itu, aset ini biasanya bersandarkan aset fizikal yang benar.

Sebagai contoh, dalam kes PayPal USD, untuk setiap unit PayPal USD yang dikeluarkan atau dalam peredaran (circulation), pengeluarnya iaitu PayPal akan membeli 1 dolar A.S. atau mana-mana instrumen kewangan yang bernilai 1 dolar A.S sebagai rizab. Dengan ini, pemilik PayPal USD berhak menebus 1 PayPal USD mereka untuk 1 dolar A.S. pada bila-bila masa. Dalam erti kata yang lain, andaikan terdapat 10 juta PayPal USD dalam pasaran, maka PayPal seharusnya turut mempunyai aset cair yang bernilai 10 juta dolar A.S. dalam rizab mereka.

Pengeluaran mata wang kripto stabil PayPal itu diuruskan oleh sebuah syarikat amanah berlesen yang bernama Paxos Trust Company.

“Peralihan ke mata wang digital memerlukan instrumen stabil yang asli secara digital dan mudah dihubungkan dengan mata wang fiat seperti dolar A.S.,” kata Dan Schulman, presiden dan ketua pegawai eksekutif PayPal.

Turut dikatakan beliau, “Komitmen kami terhadap inovasi dan pematuhan melalui pendekatan yang bertanggungjawab, berserta rekod prestasi kami dalam menyampaikan pengalaman baharu kepada pelanggan kami, kesemua ini menyediakan asas yang diperlukan untuk menyumbang kepada pertumbuhan pembayaran digital melalui PayPal USD.”

Langkah strategik PayPal ini ialah perkembangan yang menarik dalam landskap kewangan mata wang kripto. Tidak dapat kita nafikan bahawa PayPal secara konsisten memantau dan menyesuaikan dasar mata wang kripto mereka berdasarkan perkembangan semasa industri dan juga keperluan pengguna platform mereka.

Sumber foto: Paxos.com

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

You may also like

Leave a comment

Stay ahead in the crypto game with us! Get insightful news and analysis in Malay, plus expert English-Malay translation services for all your crypto content needs.

 

Don’t miss your chance to dominate the Malaysian crypto market. Translate your content now!

Editor's Choice

Latest

Warning:

The information on our website is not intended to be financial or investment advice. It is for informational and entertainment purposes only. You are encouraged to consult with a licensed or registered financial or investment advisor before making any investment decisions. Investing in cryptocurrency is a risky activity, and in the worst-case scenario, you could lose your entire investment and savings. If you don’t know what you’re doing,  it is then better for you to stay away from cryptocurrency.

Amaran:

Maklumat dalam laman web kami bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan tetapi untuk tujuan hiburan dan perkongsian maklumat sahaja. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan yang berlesen atau berdaftar sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam mata wang kripto ialah aktiviti berisiko, dan dalam kes yang paling teruk, anda boleh kehilangan keseluruhan pelaburan dan simpanan anda. Elakkan daripada melabur dalam mata wang kripto sama sekali jika anda tidak memahami risikonya.

All rights reserved. Hak cipta terpelihara 2023-2024 ©  KriptoHarian.my, a product of Kriptly Media PLT (LLP0028199-LGN) (formerly known as Discover Like Bornean PLT).

Terima kasih kerana berminat dengan artikel ini. Klik ya untuk membaca.
Baki kredit : 0
Bayaran balik hanya dibenarkan untuk kes yang dinyatakan dalam syarat penggunaan laman web kami. Adakah anda pasti ingin membatalkan langganan?
Your complete crypto content solution, from news to high-quality Malay translations, world's first.
-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00