Home Kripto101 Alternatif untuk memiliki kripto dengan mudah: Apakah produk dagangan bursa kripto (Crypto Exchange Traded Products, ETP)?

Alternatif untuk memiliki kripto dengan mudah: Apakah produk dagangan bursa kripto (Crypto Exchange Traded Products, ETP)?

by GustoLearn.com
Published Last updated on 252 views 2 minutes
A+A-
Reset

Produk Dagangan Bursa (Exchange Traded Products, ETP) merupakan sejenis instrumen pelaburan yang diperkenalkan untuk mirip prestasi sekuriti, indeks atau instrumen kewangan yang tertentu. Sama seperti saham, ETP didagangkan melalui bursa dan nilainya naik turun mengikut keadaan pasaran.

Produk Dagangan Bursa Kripto atau ETP kripto (Crypto ETP) merujuk kepada ETP yang berasaskan mata wang kripto. Produk dagangan jenis ini biasanya bersandarkan aset kripto yang popular seperti Bitcoin (BTC), XRP (XRP), Ethereum (ETH), Bitcoin Cash (BCH) dan Litecoin (LTC).

Mata wang kripto ialah aset pelaburan yang bukan sahaja berisiko tinggi, malah memerlukan pemahaman dan pengetahuan yang khusus tentang teknologi di sebalik aset digital itu. Sebagai contoh, apakah Secret Recovery Phrase atau Seed Phrase? Bagaimanakah dompet kripto berfungsi? Adakah bijak untuk menyimpan aset kripto anda dalam akaun bursa atau dompet kripto peribadi anda? Tanpa pemahaman yang tepat dan mencukupi, kemungkinan besar anda akan kehilangan aset digital anda pada suatu hari nanti akibat daripada kecuaian anda atau salah faham.

Soalannya, bolehkah pelabur mempelbagaikan (diversify) pelaburan mereka melalui pendedahan kepada mata wang kripto tanpa memegang mata wang kripto yang sebenar?

Jawapannya: boleh!

Kepada mereka yang berminat untuk melabur dalam mata wang kripto tanpa memegang mata wang kripto yang sebenar, ETP kripto ialah penyelesainnya. Seperti yang diterangkan di atas, ETP kripto ialah sejenis sekuriti yang bersandarkan mata wang kripto.

Pendek kata, anda menjadi seorang pemilik Bitcoin dengan melabur dalam ETP kripto yang bersandarkan Bitcoin. Perbezaannya, anda tidak perlu risau tentang isu-isu praktikal yang mungkin dihadapi oleh mereka yang memegang Bitcoin di bawah jagaan peribadi mereka. Sebaliknya, Bitcoin anda berada di bawah jagaan pihak kompeten yang diamanahkan oleh pengeluar ETP itu. Perlu diingatkan bahawa bagi kebanyakan pemilik mata wang kripto, mereka masih lebih suka memegang aset kripto mereka di bawah jagaan mereka sendiri (non custodial).

Tahukah anda Exchange Traded Fund (ETF) atau Dana Dagangan Bursa ialah sejenis ETP? 

Pada 15 Jun yang lepas, pengurus aset yang terbesar di dunia, BlackRock mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat untuk melancarkan spot Bitcoin ETF. Untuk pengetahuan anda, ETF merujuk kepada Exchange Traded Fund atau Dana Dagangan Bursa. Berita itu disambut baik oleh ahli-ahli komuniti kripto.

Walau bagaimanapun, harus kita fahami bahawa bergantung kepada ETF yang ditawarkan, anda mungkin tidak dapat menebus (redeem) aset kripto yang anda miliki. Penebusan, dalam konteks ini bermaksud mengeluarkan aset kripto daripada Dana Dagangan Bursa (ETF) yang anda miliki. Oleh itu, sekiranya perihal ini penting untuk anda, pastikan anda memahami terma dan syarat yang berkaitan dengan perihal penebusan sebelum membuat keputusan untuk membeli ETF kripto.

Setakat yang kita tahu, ETP yang berasaskan kripto masih belum ada di negara kita buat masa ini.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

You may also like

Leave a comment

Stay ahead in the crypto game with us! Get insightful news and analysis in Malay, plus expert English-Malay translation services for all your crypto content needs.

 

Don’t miss your chance to dominate the Malaysian crypto market. Translate your content now!

Editor's Choice

Latest

Warning:

The information on our website is not intended to be financial or investment advice. It is for informational and entertainment purposes only. You are encouraged to consult with a licensed or registered financial or investment advisor before making any investment decisions. Investing in cryptocurrency is a risky activity, and in the worst-case scenario, you could lose your entire investment and savings. If you don’t know what you’re doing,  it is then better for you to stay away from cryptocurrency.

Amaran:

Maklumat dalam laman web kami bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan tetapi untuk tujuan hiburan dan perkongsian maklumat sahaja. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan yang berlesen atau berdaftar sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam mata wang kripto ialah aktiviti berisiko, dan dalam kes yang paling teruk, anda boleh kehilangan keseluruhan pelaburan dan simpanan anda. Elakkan daripada melabur dalam mata wang kripto sama sekali jika anda tidak memahami risikonya.

All rights reserved. Hak cipta terpelihara 2023-2024 ©  KriptoHarian.my, a product of Kriptly Media PLT (LLP0028199-LGN) (formerly known as Discover Like Bornean PLT).

Terima kasih kerana berminat dengan artikel ini. Klik ya untuk membaca.
Baki kredit : 0
Bayaran balik hanya dibenarkan untuk kes yang dinyatakan dalam syarat penggunaan laman web kami. Adakah anda pasti ingin membatalkan langganan?
Your complete crypto content solution, from news to high-quality Malay translations, world's first.
-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00