Dubai mahu Binance berkhidmat kepada warganya: Pertukaran mata wang kripto pertama di dunia yang memperoleh lesen MVP daripada Pihak Berkuasa Kawal Selia Aset Maya (VARA) Dubai.

Binance berjaya merintis jalannya ke Teluk Parsi dan menjadi bursa aset maya pertama yang menerima lesen Produk Berdaya Maju Minimum (Minimun Viable Product, MVP) yang sedia untuk dikendalikan (operational) di Dubai. Pengguna-pengguna Binance yang layak kini boleh mengakses perkhidmatan aset maya terkawal di bawah penyeliaan Pihak Berkuasa Kawal Selia Aset Maya (Virtual Assets Regulatory Authority, VARA).

VARA ditubuhkan pada tahun 2022 oleh Yang Amat Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, pemerintah Dubai. Agensi kerajaan itu diamanahkan untuk melesenkan dan mengawal selia sektor aset maya di seluruh Dubai dan wilayah zon bebas.

Lesen MVP itu membenarkan Binance menawarkan perkhidmatan pertukaran aset maya dan perkhidmatan broker aset maya kepada pelabur-pelabur runcit dan institusi yang berkelayakan di Dubai. Kedua-dua perkhidmatan itu akan ditawarkan melalui anak syarikat Binance di Dubai, iaitu Binance FZE.

Sumber video: Akaun X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) Binance.

Keputusan ini dijangka akan dapat mengukuhkan kedudukan Dubai sebagai pusat kewangan kripto di rantau MENA (Timur Tengah dan Afrika Utara, Middle East and North Africa). Yang paling penting, sekali lagi ia telah membuktikan kepada seluruh dunia bahawa bandar yang mempunyai paling ramai penduduk di Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu bersedia untuk menerima produk kewangan yang berasaskan blok rantai dengan tangan terbuka.

Berikutan tindakan keras Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. (SEC) terhadap Binance dan Coinbase di negara itu, secara amnya, komuniti mata wang kripto percaya bahawa kawasan-kawasan yang mesra kripto, seperti Dubai akan timbul menjadi kegemaran perniagaan industri mata wang kripto.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

Related articles

Fetch.ai, SingularityNET, dan Ocean Protocol berpadu tenaga membentuk persekutuan intelek AI dengan jenama The Superintelligence Alliance, mencadangkan satu token universal untuk ketiga-tiga projek. $ASI

Coinbase Derivatives: Membuka pintu ke arah niaga hadapan berleveraj untuk Dogecoin, Litecoin, dan Bitcoin Cash!

KuCoin dan pengasasnya dilabelkan dengan pelbagai dakwaan – dari kesalahan jenayah hingga operasi tanpa lesen. Apakah yang membelenggu platform dagangan kripto popular ini?