Syarikat-syarikat swasta boleh memperoleh modal yang diperlukan untuk membiayai operasi harian mereka atau untuk menbayar hutang dengan menawarkan saham kepada orang ramai. Dengan ini, mereka dikatakan menjadi awam (going public).
Saham itu boleh ditawarkan kepada orang ramai melalui dua cara yang utama, iaitu Penyenaraian Langsung (Direct Listing) atau Tawaran Awam Permulaan (Initial Public Offering, IPO). Perbezaan yang paling ketara antara kedua-dua pendekatan itu ialah, IPO biasanya melibatkan orang tengah (perantara) manakala Penyenaraian Langsung tidak. Di negara kita, Penyenaraian Langsung bukan satu pilihan buat masa ini.
Tawaran Syiling Permulaan (Initial Coin Offering) ialah aktiviti yang amat menyerupai IPO. Cumanya, IPO melibatkan mata wang sah yang dikeluarkan oleh kerajaan manakala ICO melibatkan mata wang kripto yang dikeluarkan oleh projek kripto tertentu.
Seperkara lagi, walaupun IPO biasanya melibatkan orang tengah, ICO sebaliknya dikendalikan oleh project kripto itu sendiri.
Selain daripada ICO, terdapat satu lagi jenis tawaran syiling yang menjadi popular kebelakangan ini, iaitu IEO (Initial Exchange Offering). Aktiviti ini merujuk kepada ICO yang ditawarkan melalui bursa kripto.
Melabur dalam ICO atau IEO mungkin boleh dikategorikan sebagai aktiviti yang spekulatif. Mengapakah tidak memberikan projek kripto yang baru sedikit masa untuk membuktikan kesahan projek itu kepada anda?