Home Berita Ripple mendarat di Mikronesia sekarang. Republik Palau lancar projek rintis mata wang kripto stabil bersandarkan USD yang berasaskan lejar XRP.

Ripple mendarat di Mikronesia sekarang. Republik Palau lancar projek rintis mata wang kripto stabil bersandarkan USD yang berasaskan lejar XRP.

by Editor Kripto Harian
Published Last updated on 293 views 2 minutes
A+A-
Reset

Kerajaan Palau telah melancarkan projek rintis mata wang kripto stabilnya (stablecoin) sendiri dengan kerjasama syarikat di sebalik mata wang kripto XRP. Republik Palau ialah sebuah negara pulau yang terletak di Lautan Pasifik dan berjiran dengan Filipina dan Jepun. Negara ini terkenal sebagai negara yang pertama di dunia yang mewujudkan kawasan perlindungan jerung di perairan negara itu. Tambahan pula, negara ini juga ialah satu-satunya negara di dunia yang menerima bahasa Jepun sebagai bahasa rasmi.

Mata wang kripto stabil (stablecoin) ialah mata wang kripto yang nilainya ditetapkan mengikut aset kripto atau mata wang sah yang lain. Sebagai contoh, nilai The Palau Stablecoin (PSC), iaitu mata wang kripto stabil yang dilancarkan oleh negara pulau itu ditetapkan mengikut nilai dolar AS. Pendek kata, 1 PSC = 1 USD. Yang penting sekali, PSC adalah bersandarkan dolar AS.

Untuk mengeluarkan dan menggunakan stablecoin, sebuah lejar kripto online seperti blok rantai akan diperlukan. Kerajaan Palau, selaku pengeluar stablecoin sama ada boleh memilih untuk membangunkan sebuah blok rantai yang baru atau lebih senang lagi, menumpang blok rantai yang sedia ada. Dalam kes ini, kerajaan pulau itu memutuskan untuk menumpang blok rantai gred institusi proprietari Ripple, lejar XRP.

Menurut soalan lazim yang disediakan oleh kerajaan Palau, projek rintis stablecoin itu ditaja oleh Kementerian Kewangan Palau sebagai usaha untuk meneroka alternatif untuk membolehkan penduduknya membuat pembayaran dengan lebih mudah dan berpatutan. Kumpulan penduduk pulau yang sebelum ini gagal diberikan perkhidmatan kewangan yang sepatutnya diharapkan akan dapat menerima manfaat daripada projek ini. Selain itu, caj perkhidmatan yang terlibat dalam transaksi kewangan, seperti pemindahan tunai dan bayaran melalui kad kredit turut diharapkan akan dapat dikurangkan. Dengan adanya PSC, kecekapan perkhidmatan kewangan di seluruh Republik Palau mungkin juga akan dipertingkatkan. Akhir sekali, stablecoin ini turut diharapkan dapat membantu mengurangkan jejak karbon negara yang amat bergantung kepada industri pelancongan itu.

Pada peringkat awal, hanya peruncit terpilih dan kakitangan kerajaan akan dapat mengambil bahagian. Matlamatnya adalah untuk menguji teknologi tersebut dan memperoleh maklum balas sebelum pelaksanaan yang lebih meluas. Projek ini terhad kepada 100 orang kakitangan kerajaan secara sukarela. Sekiranya sambutan tidak cukup baik, maka pemilihan akan dilakukan secara rawak.

Menurut businesswire.com, untuk memberi keyakinan kepada orang ramai tentang projek ini, Kementerian Kewangan Palau berjanji untuk menempa (mint), mengedar dan memproses penebusan pada bila-bila masa sepanjang tahun. Kakitangan kerajaan yang memegang PSC akan dapat membeli barang dan perkhidmatan di peruncit terpilih melalui terminal titik jualan (point-of-sale).

Peruncit yang mengambil bahagian dalam projek ini akan dapat menerima dan mengesahkan pembayaran dalam PSC dengan selamat dan kemudiannya boleh menebus PSC yang diterima ke mata wang fiat (dolar AS) melalui akaun bank tempatan mereka. Untuk pengetahuan anda, dolar AS ialah duit yang sah di negara itu.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

You may also like

Leave a comment

Stay ahead in the crypto game with us! Get insightful news and analysis in Malay, plus expert English-Malay translation services for all your crypto content needs.

 

Don’t miss your chance to dominate the Malaysian crypto market. Translate your content now!

Editor's Choice

Latest

Warning:

The information on our website is not intended to be financial or investment advice. It is for informational and entertainment purposes only. You are encouraged to consult with a licensed or registered financial or investment advisor before making any investment decisions. Investing in cryptocurrency is a risky activity, and in the worst-case scenario, you could lose your entire investment and savings. If you don’t know what you’re doing,  it is then better for you to stay away from cryptocurrency.

Amaran:

Maklumat dalam laman web kami bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan tetapi untuk tujuan hiburan dan perkongsian maklumat sahaja. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan yang berlesen atau berdaftar sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam mata wang kripto ialah aktiviti berisiko, dan dalam kes yang paling teruk, anda boleh kehilangan keseluruhan pelaburan dan simpanan anda. Elakkan daripada melabur dalam mata wang kripto sama sekali jika anda tidak memahami risikonya.

All rights reserved. Hak cipta terpelihara 2023-2024 ©  KriptoHarian.my, a product of Kriptly Media PLT (LLP0028199-LGN) (formerly known as Discover Like Bornean PLT).

Terima kasih kerana berminat dengan artikel ini. Klik ya untuk membaca.
Baki kredit : 0
Bayaran balik hanya dibenarkan untuk kes yang dinyatakan dalam syarat penggunaan laman web kami. Adakah anda pasti ingin membatalkan langganan?
Your complete crypto content solution, from news to high-quality Malay translations, world's first.
-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00