Home Berita Sawadeekap! Thailand bertekad untuk menghapuskan penipuan berkaitan dengan mata wang kripto. Facebook terpaksa ditutup jika tidak bekerjasama.

Sawadeekap! Thailand bertekad untuk menghapuskan penipuan berkaitan dengan mata wang kripto. Facebook terpaksa ditutup jika tidak bekerjasama.

by Editor Kripto Harian
Published Last updated on 211 views 2 minutes
A+A-
Reset

Negara jiran kita Thailand tidak sanggup lagi bertolak ansur dengan aktiviti penipuan yang berkaitan dengan mata wang kripto di negara itu. Kerajaan yang berada di bawah pemerintahan Raja Maha Vajiralongkorn itu merancang untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk memaksa Facebook menutup platform sosial sekiranya platform itu gagal mengambil langkah untuk mengawal iklan berunsur penipuan yang ditemui dalam platform mereka.

Menurut kenyataan akhbar Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat negara itu yang bertarikh 21 Ogos, lebih daripada 200,000 orang telah ditipu oleh iklan Facebook yang berniat untuk menipu dan mengakibatkan kerugian melebihi 100,000 juta Baht.

Penipu-penipu ini sering mempersembahkan sendiri sebagai guru pelaburan dengan tujuan untuk meningkatkan kredibiliti mereka. Anda mungkin sedar, cara ini terbukti amat berhasil dan merupakan taktik yang turut diamalkan oleh ramai “guru pelaburan” di tanah air kesayangan kita.

Turut dinyatakan bahawa kementerian itu telah menghantar sepucuk surat kepada Meta, syarikat di sebalik platform sosial itu dan meminta mereka menyelesaikan isu tersebut.

Agensi kerajaan itu sedang dalam proses mengumpul bukti untuk menyokong tuntutan mereka terhadap Facebook sebagai persediaan untuk mengemukakan permohonan mereka kepada mahkamah pada hujung bulan ini yang akan memerlukan Facebook ditutup dalam masa 7 hari.

Kenyataan akhbar tersebut turut memberikan beberapa petunjuk mengenai taktik penipu kepada orang ramai untuk membolehkan mereka mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

a) Pulangan yang tinggi dalam tempoh yang singkat.

b) Pulangan yang terjamin, seperti 30% seminggu.

c) Mengeksploitasi nama orang terkenal atau gambar selebriti, artis atau ahli perniagaan yang berjaya dan membuat kenyataan bahawa mereka turut melabur dalam skim pelaburan itu.

d) Maklumat tentang perniagaan tersebut tidak dapat diperoleh. Produk pelaburan tidak dibekalkan dan mendakwa bahawa platform perniagaan itu terletak di luar negara yang menyebabkan maklumat kewangan tentang perniagaan itu tidak dapat dikaji.

e) Anda terdesak untuk membuat keputusan untuk melabur pada masa itu juga. Jika tidak, anda akan terlepas peluang keemasan untuk menerima keuntungan yang lumayan.

Buat masa ini, walaupun perdagangan mata wang kripto adalah sah di negara itu, namun menggunakan mata wang kripto untuk membuat pembayaran dalam apa jua bentuk adalah sebaliknya haram.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

You may also like

Stay ahead in the crypto game with us! Get insightful news and analysis in Malay, plus expert English-Malay translation services for all your crypto content needs.

 

Don’t miss your chance to dominate the Malaysian crypto market. Translate your content now!

Editor's Choice

Latest

Warning:

The information on our website is not intended to be financial or investment advice. It is for informational and entertainment purposes only. You are encouraged to consult with a licensed or registered financial or investment advisor before making any investment decisions. Investing in cryptocurrency is a risky activity, and in the worst-case scenario, you could lose your entire investment and savings. If you don’t know what you’re doing,  it is then better for you to stay away from cryptocurrency.

Amaran:

Maklumat dalam laman web kami bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan tetapi untuk tujuan hiburan dan perkongsian maklumat sahaja. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan yang berlesen atau berdaftar sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam mata wang kripto ialah aktiviti berisiko, dan dalam kes yang paling teruk, anda boleh kehilangan keseluruhan pelaburan dan simpanan anda. Elakkan daripada melabur dalam mata wang kripto sama sekali jika anda tidak memahami risikonya.

All rights reserved. Hak cipta terpelihara 2023-2024 ©  KriptoHarian.my, a product of Kriptly Media PLT (LLP0028199-LGN) (formerly known as Discover Like Bornean PLT).

Terima kasih kerana berminat dengan artikel ini. Klik ya untuk membaca.
Baki kredit : 0
Bayaran balik hanya dibenarkan untuk kes yang dinyatakan dalam syarat penggunaan laman web kami. Adakah anda pasti ingin membatalkan langganan?
Your complete crypto content solution, from news to high-quality Malay translations, world's first.
-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00