Home Berita Visa percaya blok rantai memasuki era “internet jalur lebar” versi mereka. Giliran untuk blok rantai gelak kali ini.

Visa percaya blok rantai memasuki era “internet jalur lebar” versi mereka. Giliran untuk blok rantai gelak kali ini.

by Editor Kripto Harian
Published Last updated on 239 views 4 minutes
A+A-
Reset

Adakah anda masih ingat tentang dial-up? Mungkin anda terlalu muda untuk mengenali terminologi “purba” ini. Bagi mereka yang tahu, tahniah kerana kita telah berjaya melangkah ke abad ini tanpa menyerah kalah kepada teknologi yang berubah dengan begitu pantas sekali dari hari ke hari. Kitalah yang menyaksikan kelahiran internet dan evolusi teknologi siber itu dari dial-up ke jalur lebar (broadband), gentian optik (fiber optic), dan akhir sekali 5G pada hari ini.

Kita mungkin berpeluang untuk turut mengambil bahagian dalam satu lagi teknologi yang bakal mengubah cara hidup kita. Tiada yang lain. Teknologi yang berpotensi untuk mengganggu (secara positif) sistem kewangan tradisional ini dipanggil blockchain atau blok rantai. Visa, syarikat yang terkenal dengan kad kreditnya berpendapat teknologi ini seumpana internet zaman awal dan sedang memasuki era “jalur lebar” versi mereka.

Suatu ketika dahulu, semasa internet baru diperkenalkan, ramai orang memegang pandangan yang amat negatif terhadap masa depan teknologi tersebut. Sentimen yang optimis ini tidak susah untuk difahami. Manusia cenderung untuk mengekalkan status quo dan teragak-agak untuk menerima idea baru yang mungkin mengacau zon selesa mereka.

Prospek blok rantai sering dikaitkan dengan sejarah perkembangan internet. Berita yang diterbitkan oleh Daily Mail pada tahun 2000 yang bertajuk “Internet mungkin hanya satu trend yang akan berlalu kerana berjuta-juta orang telah berhenti menggunakan internet” selalu digunakan sebagai rujukan untuk meramal masa depan blok rantai. Menurut berita yang berusia dua dekad itu, ramai orang kecewa dengan pembatasan internet dan tidak sanggup membayar yuran akses yang tinggi. Mereka juga mengatakan bahawa e-mel telah menyumbang kepada lebihan informasi. Bukankah semua ini rungutan yang turut kami dengar tentang blok rantai hari ini juga? Blok rantai adalah sukar untuk digunakan, perlahan, mahal, tiada kes penggunaan dan sebagainya.

Cuy Sheffield selaku Ketua Kripto untuk Visa, berkongsi pendirian korporat itu tentang masa depan blok rantai. Menurut beliau, blok rantai berkongsi persamaan dengan masa lepas internet. Pada peringkat permulaan, internet adalah lambat, mahal, dan sukar untuk digunakan. Mara laju, hari ini ia cukup pantas untuk menstrim video langsung dari angkasa lepas, cukup murah untuk ditawarkan secara percuma di banyak tempat dan cukup mudah untuk digunakan oleh kanak-kanak berumur enam tahun.

Visa telah mendahului industri teknologi pembayaran untuk lebih daripada enam dekad. Sebelum ini, mereka nampak potensi dalam teknologi internet dan cepat bertindak. Hari ini, mereka nampak potensi besar dalam industri blok rantai dan seperti biasa, mereka enggan ketinggalan.

Syarikat yang berpangkalan di San Francisco itu nampaknya amat yakin dengan strategi blok rantai mereka. Tumpuan utama diberikan kepada penjelasan global (global settlement), pemindahan wang rentas sempadan (cross-border money movement), dan usaha untuk membantu klien mereka memahami dan memanfaatkan blok rantai.

Pada tahun 2021, Visa melancarkan projek rintis yang membenarkan Crypto.com, sebuah syarikat pertukaran mata wang kripto yang berpangkalan di Singapura, menyelesaikan pembayaran dengan menggunakan stablecoin USDC (USD Coin) melalui blok rantai Ethereum untuk pembelian yang dibuat oleh pemegang kad Visa Crypto.com mereka di Australia. Untuk menjelaskan bil, Crypto.com boleh menghantar USDC merentas sempadan melalui blok rantai Ethereum terus ke tabung perbendaharaan Visa yang diuruskan oleh pengeluar stablecoin berkenaan, Circle. Setahu kami, kad Visa yang dikeluarkan oleh Crypto.com bukan kad kredit tetapi kad prabayar. Pemengang kad perlu menambah nilai kepada kad sebelum berbelanja.

Sebelum ini, pembayaran rentas sempadan melibatkan penukaran mata wang yang mengambil masa beberapa hari, pemindahan antarabangsa yang mahal, dan mungkin memerlukan Crypto.com mendepositkan dana terlebih dahulu (prefunding). Tambahan pula, penyelesaian hanya dapat dilaksanakan semasa waktu perbankan.

Kini, dengan pelancaran projek rintis Visa ini, penyelesaian boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun tanpa perlu risau tentang waktu perbankan. Lebih-lebih lagi, masa pemprosesan dipendekkan dan proses dipermudahkan. Sesungguhnya berita yang baik untuk Crypto.com.

Berdasarkan pemahaman kami, projek perintis ini bermula dengan menguji kaji segmen penerimaan dalam kitaran proses penyelesaian, iaitu proses untuk Visa menerima USDC daripada pihak pengeluar (issuers), dalam kes ini, Crypto.com. Baru-baru ini, uji kaji untuk segmen penghantaraan turut dimulakan serentak. Proses ini memerlukan Visa menghantar USDC ke pihak ketiga yang dipanggil “pemeroleh” (acquirers). Pemeroleh ialah institusi kewangan yang bertindak sebagai perantara antara peniaga dan rangkaian pembayaran kad seperti Visa dan Mastercard. Pemeroleh memproses pembayaran kad kredit atau debit bagi pihak peniaga dan kemudian menyelesaikan pembayaran dengan pengeluar kad.

Pemeroleh yang dipilih untuk menyertai esksperimen blok rantai Visa ini ialah Worldpay dan Nuvei. Tambahan pula, walaupun pada asalnya hanya blok rantai Ethereum digunakan untuk melaksanakan transaksi USDC, Visa telah membuat keputusan untuk menambah sokongan kepada blok rantai Solana. Dengan ini, rakan perniagaan Visa yang mengambil bahagian dalam projek perintis tersebut akan dapat menghantar dan menerima USDC melalui blok rantai Ethereum dan Solana.

Berbanding the Ethereum, Solana adalah lebih laju dan dapat memproses sehingga 50,000 transaksi sesaat, manakala Ethereum hanya boleh memproses kira-kira 15 transaksi sesaat. Ini menjadikan Solana lebih pantas untuk aplikasi yang memerlukan banyak transaksi, seperti DeFi dan NFT. Selain itu, Solana boleh mengendalikan lebih banyak trafik berbanding dengan lapisan 1 (layer 1) Ethereum. Akhir sekali, kos transaksi melalui Solana adalah jauh lebih murah daripada transaksi melalui lapisan 1 Ethereum.

Sumber utama:

  1. https://usa.visa.com/about-visa/newsroom/press-releases.releaseId.19881.html
  2. https://usa.visa.com/visa-everywhere/blog/bdp/2023/09/01/blockchains-are-entering-1693585962590.html?linkId=233541406
  3. https://cts.businesswire.com/ct/CT?id=smartlink&url=https%3A%2F%2Fusa.visa.com%2Fcontent%2Fdam%2FVCOM%2Fregional%2Fna%2Fus%2FSolutions%2Fdocuments%2Fvisa-crypto.com-usdc-case-study.pdf&esheet=53548911&newsitemid=20230905549860&lan=en-US&anchor=successful+pilot&index=1&md5=ed92985bbcd06c6b0c8c2a2b496e4bce

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

You may also like

Leave a comment

Stay ahead in the crypto game with us! Get insightful news and analysis in Malay, plus expert English-Malay translation services for all your crypto content needs.

 

Don’t miss your chance to dominate the Malaysian crypto market. Translate your content now!

Editor's Choice

Latest

Warning:

The information on our website is not intended to be financial or investment advice. It is for informational and entertainment purposes only. You are encouraged to consult with a licensed or registered financial or investment advisor before making any investment decisions. Investing in cryptocurrency is a risky activity, and in the worst-case scenario, you could lose your entire investment and savings. If you don’t know what you’re doing,  it is then better for you to stay away from cryptocurrency.

Amaran:

Maklumat dalam laman web kami bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan tetapi untuk tujuan hiburan dan perkongsian maklumat sahaja. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan yang berlesen atau berdaftar sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam mata wang kripto ialah aktiviti berisiko, dan dalam kes yang paling teruk, anda boleh kehilangan keseluruhan pelaburan dan simpanan anda. Elakkan daripada melabur dalam mata wang kripto sama sekali jika anda tidak memahami risikonya.

All rights reserved. Hak cipta terpelihara 2023-2024 ©  KriptoHarian.my, a product of Kriptly Media PLT (LLP0028199-LGN) (formerly known as Discover Like Bornean PLT).

Terima kasih kerana berminat dengan artikel ini. Klik ya untuk membaca.
Baki kredit : 0
Bayaran balik hanya dibenarkan untuk kes yang dinyatakan dalam syarat penggunaan laman web kami. Adakah anda pasti ingin membatalkan langganan?
Your complete crypto content solution, from news to high-quality Malay translations, world's first.
-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00