Home Berita Citigroup bersiap sedia untuk menawarkan penyelesaian generasi baru kepada pelanggan institusi dengan bantuan teknologi blok rantai dan kontrak pintar. #Citibank

Citigroup bersiap sedia untuk menawarkan penyelesaian generasi baru kepada pelanggan institusi dengan bantuan teknologi blok rantai dan kontrak pintar. #Citibank

by Editor Kripto Harian
Published Last updated on 117 views 4 minutes
A+A-
Reset

Menurut kenyataan akhbar Citigroup, syarikat perkhidmatan kewangan global induk di sebalik Citibank itu akan memanfaatkan teknologi blok rantai (blockchain) dan kontrak pintar (smart contract) untuk menawarkan penyelesaian aset digital kepada pelanggan institusi mereka.

Perbendaharaan dan Penyelesaian Perdagangan (Citi Treasury and Trade Solutions , TTS) bank yang terkemuka itu mengumumkan pelancaran projek perintis Perkhidmatan Token Citi (Citi Token Services) untuk tujuan pengurusan tunai (cash management) dan kewangan perdagangan (trade finance). Perkhidmatan yang inovasi ini akan mengintegrasikan “deposit bertoken” atau deposit yang “ditokenisasikan” (tokenized deposit) dan kontrak pintar ke dalam rangkaian global bank itu.

Apakah “tokenized deposit”?

Deposit bertoken atau deposit yang telah ditokenisasikan ialah deposit wang fiat (seperti Ringgit) yang telah diubah menjadi token digital. Token digital ialah sejenis aset kripto yang boleh dipindah milik dengan mudah dan cepat.

Deposit token boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, seperti untuk membeli barangan dan perkhidmatan dalam talian, untuk membayar bil, atau untuk melabur dalam aset kripto yang lain.

Berikut ialah beberapa kelebihan menggunakan deposit token:

  • Pindahan wang yang cepat dan mudah: Deposit token boleh dipindah milik dengan cepat dan mudah, tanpa perlu melalui sistem perbankan tradisional yang sering kali dihadkan oleh waktu perbankan.
  • Kos yang rendah: Deposit token biasanya mempunyai kos yang lebih rendah berbanding dengan kaedah pembayaran tradisional, seperti kad kredit dan pindahan bank antarabangsa.
  • Keselamatan yang tinggi: Deposit token menggunakan teknologi blok rantai untuk memastikan keselamatan dan ketelusan transaksi.

Deposit token masih merupakan teknologi yang baharu, tetapi ia mempunyai potensi yang besar untuk mengubah cara kita berinteraksi dengan wang dan sistem kewangan.

Perkhidmatan perintis itu akan memungkinkan perkhidmatan perbankan sepanjang hari selama 24 jam dan 7 hari seminggu.

Ini sesungguhnya satu ciri teknologi blok rantai yang amat dialu-alukan oleh pelanggan institusi kerana mereka memerlukan perkhidmatan kewangan yang boleh diaturcarakan (programmable) dan “sentiasa beroperasi”(always-on), dalam kata lain, tanpa perlu bergantung pada waktu perbankan.

Shahmir Khaliq, Ketua Perkhidmatan Global (Global Head of Services) bank tersebut, berkata, “Teknologi aset digital berpotensi untuk menaikkan taraf sistem kewangan terkawal (regulated financial system) dengan mengaplikasikan teknologi baharu untuk digunakan oleh instrumen sah yang sedia ada (existing legal instruments) dan rangka kerja pengawalseliaan yang telah mantap.”

Menurut beliau, perkhidmatan tersebut adalah sebahagian daripada usaha bank itu untuk menawarkan perkhidmatan perbankan transaksi generasi baharu kepada pelanggan institusi mereka.

Beliau juga menekankan bahawa perkembangan ini adalah selaras dengan usaha mereka dalam menerajui teknologi Rangkaian Liabiliti Terkawal (Regulated Liability Network).

Rangkaian Liabiliti Terkawal (Regulated Liability Network, RLN)

RLN ialah rangkaian berasaskan teknologi lejar kongsi (shared ledger technology) yang dibangunkan oleh institusi-institusi kewangan TradFi (Traditional Finance) daripada sektor swasta dan awam termasuk Citi, OCBC, SWIFT, BNY Mellon, HSBC, ANZ, Wells Fargo, Lloyds Bank, TD Bank, U.S. Bank, dan Truist Financial Corporation.

Projek tersebut bertujuan untuk mengenal pasti aspek-aspek teknikal, perundangan, dan perniagaan yang diperlukan untuk membolehkan penyelesaian muktamad (final settlement) bagi mata wang yang diiktiraf oleh kerajaan (sovereign currencies) secara dalam talian (on-chain) pada bila-bila masa. Pendek kata, ia boleh dikatakan satu inisiatif institusi kewangan tradisional untuk membolehkan transaksi wang sah dijalankan dengan lebih cekap, murah, dan secara automatik.

Untuk kegunaan perdagangan

Projek perintis Citi itu melibatkan Maersk, syarikat perkapalan yang terkemuka di dunia dan juga satu pihak berkuasa terusan (canal authority) yang tidak disebutkan nama dalam kenyataan akhbar itu. Gabungan itu bekerjasama untuk mendigitalkan penyelesaian yang menyerupai jaminan bank (bank guarantees) dan surat kredit (letters of credit).

Jaminan bank dan surat kredit digunakan dalam ekosistem perkapalan untuk mengurangkan risiko dan membina kepercayaan antara pembeli dan penjual.

Jaminan bank biasanya digunakan oleh penghantar (shippers) untuk menjamin kepada pembeli (buyer) barangan akan sampai di destinasi tepat pada masanya. Jika penghantar gagal menghantar barang tepat pada masanya, bank akan membayar pembeli sehingga jumlah jaminan.

Surat kredit biasanya digunakan oleh pembeli untuk menjamin pembayaran kepada penjual. Sekiranya pembeli gagal membayar kepada penjual, bank akan membayar penjual sehingga jumlah surat kredit.

Kedua-dua jaminan bank dan surat kredit boleh digunakan untuk menjamin pelbagai transaksi penghantaran, termasuk:

  1. Bayaran untuk perkhidmatan pengangkutan
  2. Bayaran pelabuhan
  3. Duti kastam
  4. Insurans kargo
  5. Yuran pergudangan dan penyimpanan

Jaminan bank dan surat kredit adalah amat penting dalam penghantaran antarabangsa disebabkan risiko penipuan dan “tidak membayar” (non-payment) yang tinggi.

Marie-Laure Martin, Pengurus Perbendaharaan Serantau (Regional Treasury Manager) Maersk untuk Benua Amerika berpuas hati dengan kerjasama itu dan berpendapat penyelesaian yang inovatif itu mempunyai aplikasi yang menjanjikan untuk perdagangan.

Untuk kegunaan pengurusan tunai

Selain itu, perkhidmatan yang inovatif itu juga dicuba dalam pengurusan tunai secara global. Pelanggan Citi dapat memindahkan kecairan (liquidity) antara cawangan-cawangan mereka pada bila-bila masa sepanjang tahun (24/7).

Ryan Rugg, Ketua Global Aset Digital Citi Treasury and Trade Solutions berkata,

“Perkhidmatan Token Citi menyediakan alat baharu kepada perbendaharaan korporat dan membolehkan mereka mengurus kecairan global berdasarkan asas “tepat pasa masa yang diperlukan (just in time)” dan “boleh diaturcarakan” (programmable). Geseran yang disebabkan oleh “masa akhir” (cut off time) dan “jurang dalam tetingkap perkhidmatan” (gaps in the service window) akan dikurangkan. ”

Menurut kenyataan akhbar itu, teknologi blok rantai yang digunakan oleh gergasi perbankan itu ialah teknologi swasta (private) dan memerlukan kebenaran (permissioned). Teknologi itu dimiliki dan diuruskan oleh Citi. Oleh itu, pelanggan mereka tidak akan dikehendaki untuk mengambil bahagian sebagai nod dalam blok rantai itu untuk mengakses perkhidmatan tersebut.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

You may also like

Leave a comment

Stay ahead in the crypto game with us! Get insightful news and analysis in Malay, plus expert English-Malay translation services for all your crypto content needs.

 

Don’t miss your chance to dominate the Malaysian crypto market. Translate your content now!

Editor's Choice

Latest

Warning:

The information on our website is not intended to be financial or investment advice. It is for informational and entertainment purposes only. You are encouraged to consult with a licensed or registered financial or investment advisor before making any investment decisions. Investing in cryptocurrency is a risky activity, and in the worst-case scenario, you could lose your entire investment and savings. If you don’t know what you’re doing,  it is then better for you to stay away from cryptocurrency.

Amaran:

Maklumat dalam laman web kami bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan tetapi untuk tujuan hiburan dan perkongsian maklumat sahaja. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan yang berlesen atau berdaftar sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam mata wang kripto ialah aktiviti berisiko, dan dalam kes yang paling teruk, anda boleh kehilangan keseluruhan pelaburan dan simpanan anda. Elakkan daripada melabur dalam mata wang kripto sama sekali jika anda tidak memahami risikonya.

All rights reserved. Hak cipta terpelihara 2023-2024 ©  KriptoHarian.my, a product of Kriptly Media PLT (LLP0028199-LGN) (formerly known as Discover Like Bornean PLT).

Terima kasih kerana berminat dengan artikel ini. Klik ya untuk membaca.
Baki kredit : 0
Bayaran balik hanya dibenarkan untuk kes yang dinyatakan dalam syarat penggunaan laman web kami. Adakah anda pasti ingin membatalkan langganan?
Your complete crypto content solution, from news to high-quality Malay translations, world's first.
-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00