Anak syarikat kripto untuk bank pelaburan terbesar di Jepun, Nomura, melancarkan dana Bitcoin untuk pelabur institusi yang optimis terhadap masa depan kripto yang paling popular itu.

Laser Digital Asset Management, anak syarikat bank pelaburan terbesar di Jepun, Nomura, telah melancarkan dana Laser Digital Bitcoin Adoption Fund untuk pelabur institusi. Pelancaran produk kewangan ini diumumkan melalui laman web rasmi Laser Digital pada 19 September 2023.

Nomura ialah gergasi kewangan bernilai 500 bilion dolar AS yang menyediakan perkhidmatan pembrokeran, perbankan pelaburan dan pengurusan aset. Menurut kenyataan akhbar Laser Digital, dana ini menawarkan pendedahan Bitcoin dengan harapan harga Bitcoin akan naik (long-only exposure to Bitcoin) dan mengikut syarikat pengurusan aset itu, produk ini dikatakan salah satu penyelesaian pelaburan yang paling kos efektif dan selamat.

Dana Bitcoin itu adalah sebahagian portfolio terasing (segregated portfolio) Laser Digital Funds SPC, sebuah Syarikat Portfolio Terpisah (Segregated Portfolio Company) yang didaftarkan sebagai dana bersama (mutual fund) menurut seksyen 4(3) Akta Dana Bersama dengan CIMA (Pihak Berkuasa Kawal Selia kepulauan Cayman) – Mutual Funds Act with CIMA (Cayman islands Regulatory Authority). Pendek kata, dana Digital Bitcoin Adoption Fund ialah dana yang dikawal selia oleh kepulauan Cayman.

Menurut pemahaman kami berdasarkan kenyataan penafian yang diberikan oleh Laser Digital, dana ini sama ada tersedia atau tidak tersedia di rantau atau negara berikut. Walau apa pun, untuk mengesahkan kelayakan anda, anda hendaklah sentiasa menyemak dengan pengurus dana. Anda dinasihati untuk menghubungi Laser Digital untuk sebarang pertanyaan anda mengenai dana ini.

UAE (Emiriah Arab Bersatu) – tidak termasuk Pasaran Global Abu Dhabi (Abu Dhabi Gobal Market, ADGM) dan Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (Dubai International Financial Centre, DIFC): Dana ini boleh didapati di UAE melalui Laser Digital Middle East FZE (“LDME”). LDME ialah pengurus pelaburan dana yang dikawal oleh Pihak Berkuasa Kawal Selia Aset Maya Dubai (VARA) dan berdaftar di Dubai. LDME hanya berurusan dengan Pelabur Berkelayakan (Qualified Investors) dan Pelabur Institusi (Institutional Investors) seperti yang ditakrifkan oleh VARA. Tiada urus niaga akan dimuktamadkan di UAE dan sebarang pertanyaan mengenai saham dana hendaklah dibuat kepada Laser Digital UK Ltd di 1 Angel Lane, London, EC4R 3AB.

Nota:

Pasaran Global Abu Dhabi (ADGM) ialah pusat kewangan antarabangsa yang terletak di Kepulauan Al Maryah dan Al Reem di luar pantai Abu Dhabi, meliputi kawasan seluas 14.38 juta meter persegi, menjadikannya salah satu pusat kewangan terbesar di dunia.

Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC) ialah hab kewangan untuk Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan (MEASA), yang terdiri daripada 72 negara dengan anggaran penduduk 3 bilion orang dan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar/GDP) nominal AS$ 8 trilion.

UK: Dana ini tersedia di United Kingdom dan adalah untuk pelabur profesional seperti yang ditakrifkan oleh Peraturan Pengurus Dana Pelaburan Alternatif 2013 (Alternative Investment Fund Managers Regulations 2013). Pengurus dana di UK, menurut pemahaman kami, ialah United Kingdom by Laser Digital UK Ltd. Pelabur dana tidak dilindungi oleh pampasan di bawah Skim Pampasan Perkhidmatan Kewangan United Kingdom (United Kingdom Financial Services Compensation Scheme).

EEA (Kawasan Ekonomi Eropah): Setakat hari ini, dana ini belum diluluskan, dimaklumkan, atau didaftarkan untuk pemasaran kepada pelabur profesional di mana-mana negara anggota EEA. Walau bagaimanapun, status ini mungkin berubah pada masa hadapan.

Jepun: Saham dana ini tidak didaftarkan untuk jualan di Jepun, dan ia tidak boleh ditawarkan atau dijual di Jepun, secara langsung atau tidak langsung, kepada penduduk Jepun atau orang lain untuk dijual semula di Jepun, kecuali dalam keadaan yang mematuhi undang-undang dan peraturan Jepun .

Switzerland: Dana ini tersedia secara eksklusif untuk pelabur yang layak di Switzerland seperti yang ditakrifkan dalam undang-undang Switzerland, tidak termasuk Pelabur Layak Dikecualikan (Excluded Qualified Investors). Dana belum lagi dan tidak akan didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (Swiss Financial Market Supervisory Authority) dan tiada wakil atau ejen pembayar (paying agent) telah atau akan dilantik di negara itu.

Kepulauan Cayman: Tiada tawaran atau jemputan boleh dibuat kepada orang ramai di Kepulauan Cayman untuk melanggan saham tersebut.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

Related articles

Fetch.ai, SingularityNET, dan Ocean Protocol berpadu tenaga membentuk persekutuan intelek AI dengan jenama The Superintelligence Alliance, mencadangkan satu token universal untuk ketiga-tiga projek. $ASI

Coinbase Derivatives: Membuka pintu ke arah niaga hadapan berleveraj untuk Dogecoin, Litecoin, dan Bitcoin Cash!

KuCoin dan pengasasnya dilabelkan dengan pelbagai dakwaan – dari kesalahan jenayah hingga operasi tanpa lesen. Apakah yang membelenggu platform dagangan kripto popular ini?