Kereta lumba Formula 1 akan mempromosikan NFT sepanjang Lenovo Grand Prix Amerika Syarikat 2023. Williams Racing bekerjasama dengan bursa kripto, Kraken, untuk menghebahkan keghairahan komuniti kripto kepada dunia.

Kraken, rakan kongsi rasmi kripto dan Web 3 untuk Williams Racing menawarkan peluang yang tiada tandingan untuk membawa kuasa token tidak sepiawai (Non-fungible token, NFT) ke peringkat global. Pemenang pertandingan itu akan berpeluang mempamerkan NFT mereka di sayap belakang kedua-dua kereta lumba Williams Racing sepanjang hujung minggu Formula 1 Lenovo Grand Prix Amerika Syarikat 2023 di Austin, Texas, pada 20 – 22 Oktober.

Ini merupakan usaha berterusan antara Williams dan Kraken, dua jenama yang ikonik dalam industri masing-masing. Sebenarnya, logo Kraken juga telah menghiasi bahagian halo dan sayap belakang kereta lumba FW45 Williams semasa Grand Prix Australia di Melbourne baru-baru ini.

Diasaskan pada 2011, Kraken ialah salah satu platform aset digital terbesar di dunia dengan lebih 10 juta pelanggan di seluruh dunia memperdagangkan lebih daripada 200 aset kripto dan enam mata wang fiat yang tersedia melalui aplikasi mudah alih dan platform dagangan mereka. Untuk pengetahuan anda, Kraken tidak berlesen untuk beroperasi dalam pasaran negara kita buat masa ini.

Pada 28 Mac 2023, Williams Racing dan Kraken mengumumkan perkongsian global kripto (global crypto partnership) antara mereka. Bursa kripto Kraken telah diterima sebagai Rakan Kongsi Rasmi Kripto dan Web3 (Official Crypto and Web3 Partner) untuk Williams Racing.

Foto menunjukkan pemandu Williams: Alexander Albon (sebelah kiri) dan Logan Sargeant (kanan).

James Bower, Pengarah Komersial untuk Williams Racing, mengulas mengenai pengumuman itu: “Kami berbangga kerana Kraken telah melangkah masuk ke arena Formula 1 beriringan dengan Williams Racing, menyatukan dua jenama yang paling dipercayai dan lama bertahan dalam industri kami masing-masing.”

Mayur Gupta, Ketua Pegawai Pemasaran Kraken, menambah: “Perkongsian Kraken dengan Williams Racing ini menunjukkan apa yang mampu kita lakukan apabila anda menggabungkan misi yang hebat dengan kecemerlangan, inovasi dan prestasi yang unggul.”

Empat NFT yang dipilih oleh komuniti kripto dan dua NFT yang dipilih oleh Alexander dan Logan, pemandu Williams, akan menghiasi sayap belakang dua kereta lumba Williams Racing di bawah tumpuan global semasa Grand Prix di Austin pada bulan depan.

Gambar ini memaparkan kesemua enam NFT yang telah memenangi pertandingan tersebut.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

Related articles

Fetch.ai, SingularityNET, dan Ocean Protocol berpadu tenaga membentuk persekutuan intelek AI dengan jenama The Superintelligence Alliance, mencadangkan satu token universal untuk ketiga-tiga projek. $ASI

Coinbase Derivatives: Membuka pintu ke arah niaga hadapan berleveraj untuk Dogecoin, Litecoin, dan Bitcoin Cash!

KuCoin dan pengasasnya dilabelkan dengan pelbagai dakwaan – dari kesalahan jenayah hingga operasi tanpa lesen. Apakah yang membelenggu platform dagangan kripto popular ini?