Home BeritaHata.io: Satu lagi bursa aset digital berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Bekas pengurus besar Asia Pasifik Luno melancarkan platform baharu yang menjadi pesaing kepada bekas majikan.

Hata.io: Satu lagi bursa aset digital berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Bekas pengurus besar Asia Pasifik Luno melancarkan platform baharu yang menjadi pesaing kepada bekas majikan.

by Editor Kripto Harian
Published Last updated on 1.3K views 2 minutes
A+A-
Reset

Baru-baru ini, satu lagi pertukaran mata wang kripto berjaya disenaraikan dalam laman web rasmi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai Pengendali Pasaran Diiktiraf BerdaftarPertukaran Aset Digital (Registered Recognized Market Operators – Digital Asset Exchanges, DAX), menjadikan platform baharu ini DAX berdaftar yang kelima dan terbaru dalam senarai itu.

Bursa baru ini beroperasi melalui laman web hata.io. Menurut laman web tersebut, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah meluluskan permohonan Hata secara bersyarat (conditionally) sebagai Pertukaran Aset Digital (DAX) dan Broker Digital (Digital Broker, DB) di Malaysia. Menariknya, CEO dan pengasas bersama hata.io, David Low merupakan bekas pengurus besar Asia Pasifik untuk Luno.com, sebuah bursa kripto yang turut berlesen untuk beroperasi dalam pasaran negara kita.

Tangkapan skrin bertarikh 20 Oktober 2023 yang menunjukkan HATA Digital Sdn Bhd dalam senarai Registered Recognized Market Operators – Digital Asset Exchanges.

Sehubungan dengan itu, Hata juga merupakan DAX pertama di Malaysia yang menerima kelulusan Broker Digital (Digital Broker) daripada SC dan membolehkan platform itu beroperasi sebagai broker untuk aset digital.

Mengikut definisi yang diberikan oleh SC, Broker Digital merujuk kepada pengendali DAX yang bertindak sebagai “pihak lain yang terlibat” (counterparty) kepada pelabur untuk setiap pesanan beli/jual yang dilaksanakan melalui platform DAX yang berkenaan. Hak ini membenarkan hata.io menawarkan perkhidmatan jual/beli segera (instant buy/sell) melalui platform mereka.

Tangkapan skrin yang menunjukkan perkhidmatan jual/beli segera (instant buy/sell) hana.io.

Walaupun perkhidmatan yang sama turut ditawarkan oleh Luno.com tetapi dalam syarat penggunaan laman web (terms of use) bekas majikan CEO hana.io itu, mereka menyatakan bahawa platform itu tidak berperanan sebagai broker.

Kami tidak pasti apa yang membezakan kedua-dua platform ini dari segi aspek itu. Yang boleh kita pasti, kedua-dua platform ini membenarkan perdagangan melalui model buku pesanan (order book). Di bawah model ini, pengendali DAX bertindak sebagai pihak yang menyediakan sebuah platform untuk orang ramai berdagang dengan memadankan pesanan beli dan jual mereka.

Setakat hari ini (20 Oktober 2023), bursa kripto yang terbaru di negara kita ini masih belum menawarkan pasangan dagangan (trading pair) dalam Ringgit tetapi USDT/USD sahaja. Tangkapan skin berikut menunjukkan buku pesanan (order book) hata.io untuk pasangan dagangan USDT/USD.

Tuntutan lain yang dibuat oleh hata.io termasuk:

  • Mereka dikawal selia secara aktif oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan Financial Services Authority).
  • Dana pelanggan sentiasa selamat dan disokong 1:1 pada setiap masa.
  • Mereka telah bekerjasama dengan Universal Trustee Berhad, pemegang amanah berlesen untuk melindungi mata wang fiat pelanggan. Dana pelanggan tidak akan bercampur dengan dana mereka sendiri.

Mengikut maklumat yang dipaparkan dalam laman web hata.io, selain daripada USDT yang sudah boleh didagangkan melalui platform mereka, pelanggan juga akan dapat berdagang Bitcoin (BTC), Ether (ETH), dan XRP (XRP) tidak lama lagi.

Penafian:

Kami tidak mempunyai sebarang hubungan perniagaan dengan Luno.com atau Hata.io. Artikel ini tidak harus dikendalikan sebagai pengesyoran atau ketaksetujuan dengan mana-mana platform.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

You may also like

Leave a comment

Stay ahead in the crypto game with us! Get insightful news and analysis in Malay, plus expert English-Malay translation services for all your crypto content needs.

 

Don’t miss your chance to dominate the Malaysian crypto market. Translate your content now!

Editor's Choice

Latest

Warning:

The information on our website is not intended to be financial or investment advice. It is for informational and entertainment purposes only. You are encouraged to consult with a licensed or registered financial or investment advisor before making any investment decisions. Investing in cryptocurrency is a risky activity, and in the worst-case scenario, you could lose your entire investment and savings. If you don’t know what you’re doing,  it is then better for you to stay away from cryptocurrency.

Amaran:

Maklumat dalam laman web kami bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan tetapi untuk tujuan hiburan dan perkongsian maklumat sahaja. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan yang berlesen atau berdaftar sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam mata wang kripto ialah aktiviti berisiko, dan dalam kes yang paling teruk, anda boleh kehilangan keseluruhan pelaburan dan simpanan anda. Elakkan daripada melabur dalam mata wang kripto sama sekali jika anda tidak memahami risikonya.

All rights reserved. Hak cipta terpelihara 2023-2024 ©  KriptoHarian.my, a product of Kriptly Media PLT (LLP0028199-LGN) (formerly known as Discover Like Bornean PLT).

Terima kasih kerana berminat dengan artikel ini. Klik ya untuk membaca.
Baki kredit : 0
Bayaran balik hanya dibenarkan untuk kes yang dinyatakan dalam syarat penggunaan laman web kami. Adakah anda pasti ingin membatalkan langganan?
Your complete crypto content solution, from news to high-quality Malay translations, world's first.
-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00