Tottenham melancarkan token peminat dengan kerjasama Socios.com untuk memberikan akses eksklusif kepada peminat kelab itu di seluruh dunia. Alami kuasa blok rantai.

Socios.com ialah aplikasi yang membolehkan peminat berinteraksi dengan pasukan dan kelab sukan kegemaran melalui aset digital yang dikenali sebagai Token Peminat (fan tokens).

Token peminat merujuk kepada token digital yang dikeluarkan oleh kelab sukan atau artis kepada peminatnya. Token ini boleh dibeli oleh peminat dan biasanya memberi mereka akses kepada beberapa faedah dan ganjaran eksklusif seperti hak mengundi, menghadiri acara-acara yang dianjurkan oleh kelab, untuk menebus barang dagangan pasukan, membeli tiket VIP dan bertemu dengan selebriti kegemaran anda. Faedah dan ganjaran yang ditawarkan berbeza-beza antara pasukan dan selalunya bergantung kepada bilangan Token Peminat yang anda pegang. Token Peminat Socios.com dibina dengan menggunakan teknologi blok rantai Chiliz.

Tottenham Hotspur melancarkan Token Peminat proprietari mereka yang dikenali sebagai SPURS dengan kerjasama Socios.com untuk peminat kelab bola sepak Liga Perdana England itu di seluruh dunia.

Nota editor KH: Anda mungkin akan menjumpai token dengan nama yang sama dengan SPURS tetapi ini tidak semestinya token SPURS yang sebenar. Adalah penting untuk kita memperoleh token ini hanya melalui aplikasi Chiliz atau pasaran kripto yang sah.

Ahli kelab dan pemegang Tiket Musim (season ticket) yang berumur 18 tahun ke atas akan ditawarkan Token Peminat Spurs secara percuma mulai 4 Oktober 2023. Bagaimanapun, token ini tidak boleh dipindah milik.

Token peminat ini menyediakan akses segera kepada perkhidmatan yang ditawarkan melalui Socios.com berkaitan dengan kelab tersebut termasuk tinjauan pendapat (polls), Peramal Socios (The Socios Predictor), kuiz dan pertandingan. Mata boleh diperoleh dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti ini untuk membuka kunci ganjaran dan faedah.

Berikut merupakan soalan-soalan lazim yang disediakan oleh kelab itu tentang token peminat mereka:

Apakah Token Peminat Spurs?

Tottenham Hotspur melancarkan Token Peminat Spurs dengan kerjasama Socios.com untuk menyediakan akses kepada peminat di seluruh dunia kepada pelbagai aktiviti unik yang berkaitan dengan kelab, ganjaran dan pengalaman. Kelab akan bekerjasama rapat dengan Socios.com untuk menyediakan ganjaran yang dibuat khas untuk peminat Spurs, seperti “Mesej Skrin Besar” (Big Screen Message) dan tiket VIP.

Nota editor KH: Mesej Skrin Besar merujuk kepada mesej, pengumuman dan iklan pada skrin besar di Stadium Tottenham Hotspur.

Siapakah yang ditawarkan Token Peminat Spurs percuma?

Semua ahli One Hotspur+ dan pemegang Tiket Musim (season ticket) yang berumur 18 tahun ke atas akan ditawarkan lima Token Peminat percuma, manakala setiap ahli One Hotspur/One Hotspur Connect akan ditawarkan satu Token Peminat percuma sebaik sahaja ia dilancarkan pada hari Rabu 4 Oktober.

Jika saya sudah ialah seorang pemegang Tiket Musim atau seorang ahli Hotspur, bagaimanakah saya boleh menuntut token percuma saya dan bagaimanakah saya menggunakan token itu? Apakah yang berlaku jika saya tidak menggunakan token itu?

Peminat akan menerima kod baucar melalui e-mel pada hari pelancaran Token Peminat Spurs, Rabu 4 Oktober dan kemudiannya boleh ditebus melalui aplikasi Socios.com. Token percuma yang tidak boleh dipindah milik akan menyediakan akses segera kepada tinjauan pendapat berkaitan dengan kelab, Peramal (Predictor), kuiz dan pertandingan, yang melaluinya mata boleh diperoleh untuk membuka kunci ganjaran dan pengalaman. Tiada kewajipan untuk menggunakan token itu.

Jika saya sudah ialah pemegang Tiket Musim atau ahli kelab, mengapakah saya memerlukan Token Peminat untuk mengakses faedah tambahan?

Pemegang Tiket Musim dan ahli One Hotspur akan kekal mempunyai akses kepada pelbagai manfaat keahlian mereka, termasuk program One Hotspur Moments. Token Peminat Spurs memperkenalkan penglibatan tambahan dan kami menawarkan Token Peminat percuma kepada ahli dan pemegang Tiket Musim kami semasa pelancaran.

Jika saya bukan seorang pemegang Tiket Musim atau ahli kelab, bagaimanakah boleh saya dapatkan Token Peminat Spurs?

Token Peminat boleh dibeli oleh mereka yang bukan ahli kelab dengan harga awal AS$ 2 (kira-kira £1.65) mulai Rabu 4 Oktober. Token ini boleh dibeli dengan menggunakan aset kripto blok rantai Chiliz, Chiliz (CHZ). Oleh sebab Socios.com ialah aplikasi global yang mempunyai pengguna di seluruh dunia, Chiliz menyediakan satu nilai dan pengukuran tunggal merentas pelbagai jenis mata wang.

Nota editor KH: Pendek kata, anda memerlukan token $CHZ untuk membeli token peminat $SPURS. $CHZ boleh diperoleh melalui bursa kripto yang popular atau aplikasi Chiliz. Selepas itu, $SPURS yang diperoleh perlu didepositkan ke aplikasi Socios.com anda untuk menikmati hak-hak istimewa yang ditawarkan oleh kelab ini kepada pemengang $SPURS. Buat masa ini, $CHZ belum dapat dibeli dengan Ringgit melalui bursa kripto yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Sehingga bila Token Peminat Spurs akan tersedia untuk dibeli orang ramai?

Token Peminat Spurs pada mulanya akan tersedia untuk pembelian dalam tiga fasa (three waves), bermula dari 12 tengah hari BST (British Summer Time) pada hari Rabu 4 Oktober dan sehingga Jumaat 6 Oktober pada 9 malam apabila tawaran awal AS$2 ditutup (kecuali habis dijual sebelum itu). Selepas itu, token ini akan tersedia untuk pembelian di pasaran yang lebih luas dalam masa 30 hari selepas tawaran awal ditutup.

Adakah harga token sentiasa kekal pada AS$2 setiap satu atau bolehkah nilai token itu naik atau turun bergantung pada pasaran kripto?

Walaupun pasaran tidak akan memberi kesan pada harga awal dalam tempoh pelancaran, iaitu AS$2, harga token mungkin berubah pada masa hadapan.

Nota editor KH: Ini adalah kerana token ini boleh dijual beli di pasaran terbuka. Harga token boleh turun naik mengikut penawaran dan permintaan.

Bolehkah saya menjual atau menukar token peminat saya?

Token Peminat bukan produk pelaburan tetapi sekadar aset utiliti – nilai sebenar mereka bergantung pada pengalaman sebenar yang mereka berikan kepada peminat, bukan pada nilai masa hadapan yang dijangka (perceived). Token peminat tidak boleh dipindah milik dan hanya boleh digunakan untuk menebus ganjaran dan pengalaman yang berkaitan dengan Spurs. Walau bagaimanapun, jika anda membeli token peminat Spurs dengan harga AS$2, ia boleh didagangkan pada harga pasaran kemudian.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

Related articles

Fetch.ai, SingularityNET, dan Ocean Protocol berpadu tenaga membentuk persekutuan intelek AI dengan jenama The Superintelligence Alliance, mencadangkan satu token universal untuk ketiga-tiga projek. $ASI

Coinbase Derivatives: Membuka pintu ke arah niaga hadapan berleveraj untuk Dogecoin, Litecoin, dan Bitcoin Cash!

KuCoin dan pengasasnya dilabelkan dengan pelbagai dakwaan – dari kesalahan jenayah hingga operasi tanpa lesen. Apakah yang membelenggu platform dagangan kripto popular ini?