Yay! Malaysia sudah mempunyai amanah saham Bitcoin sendiri yang pertama untuk Pelabur Sofistikated: Halogen Shariah Bitcoin Fund

Tatkala dunia sedang mengalu-alukan Dana Dagangan Bursa (Exchange Traded Fund, ETF) Bitcoin yang berkemungkinan besar akan diluluskan di Amerika Syarikat, pengurus dana tempatan kita jelasnya tidak mahu ketinggalan. Hari ini, kita sudah mempunyai satu amanah saham berasaskan Bitcoin khusus untuk Pelabur Sofistikated (Sophisticated Investors). Yang lebih menarik, amanah ini mematuhi undang-undang Syariah.

Halogen Shariah Bitcoin Fund, sebuah dana yang diuruskan oleh Halogen Capital Sdn Bhd (“Halogen”) telah dilancarkan pada 23 Ogos 2023. Halogen ialah Pengurus Dana Aset Digital (Digital Asset Fund Manager) berlesen yang dikawal selia di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Menurut Helaian Fakta Dana (Fund Fact Sheet) bertarikh 30 September 2023, dana ini bertujuan untuk menyediakan laba modal jangka panjang dengan melabur secara substansial dalam Bitcoin yang didagangkan di Pertukaran Aset Digital (Digital Asset Exchanges, DAX) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia dan/atau platform dagangan lain yang mungkin diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) kepada SC.

Untuk rujukan anda sahaja, berikut merupakan antara informasi penting tentang dana ini yang kami peroleh daripada Helaian Fakta Dana (Fund Fact Sheet) bertarikh 30 September 2023. Anda harus merujuk kepada helaian sebenar untuk butiran rasmi.

Tarikh Pelancaran: 23 Ogos 2023

Pemegang Amanah: Universal Trustee (M) Sdn Bhd

Kategori Dana: Aset Digital

Jenis Dana: Pertumbuhan (Growth)

Mata Wang Asas Dana: MYR (Ringgit)

Saiz Dana: RM 1.09 juta

NAB (Nilai Aset Bersih) seunit setakat 30 September 2023: RM 1.0320

Caj Jualan: Sehingga 2.00% NAB seunit

Yuran Pengurusan: Sehingga 1.00% NAB seunit setahun

Yuran Pemegang Amanah: Sehingga 0.06% NAB seunit setahun, tertakluk kepada minimum MYR 30,000 setahun

Pelaburan Permulaan Minimum: RM 10,000

Pelaburan Tambahan Minimum: RM 1000

Tempoh Pembayaran Penebusan: Hari perniagaan seterusnya

Peruntukan/pegangan Aset: 94.3% Bitcoin, 5.7% Tunai

Profil Pelabur: Dana ini sesuai untuk pelabur sofistikated yang: ● mempunyai toleransi risiko yang sangat tinggi; ● mempunyai horizon pelaburan jangka panjang; dan ● mencari penambahan modal jangka panjang daripada pendedahan kepada Bitcoin.

Nota editorial KH: Pelabur Sofistikated merujuk kepada individu dan entiti bernilai bersih tinggi (high net worth). Mengikut pemahaman kami, dana ini adalah lebih sesuai untuk pelabur institusi atau profesional dan bukan untuk pelabur runcit, iaitu individu atau pelabur berskala kecil yang melaburkan simpanan atau dana peribadi mereka dalam pasaran. Anda digalakkan berunding dengan Halogen untuk menyemak kelayakan dan kesesuaian profil anda sekiranya anda berminat dengan dana ini.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

Related articles

Fetch.ai, SingularityNET, dan Ocean Protocol berpadu tenaga membentuk persekutuan intelek AI dengan jenama The Superintelligence Alliance, mencadangkan satu token universal untuk ketiga-tiga projek. $ASI

Coinbase Derivatives: Membuka pintu ke arah niaga hadapan berleveraj untuk Dogecoin, Litecoin, dan Bitcoin Cash!

KuCoin dan pengasasnya dilabelkan dengan pelbagai dakwaan – dari kesalahan jenayah hingga operasi tanpa lesen. Apakah yang membelenggu platform dagangan kripto popular ini?