Home Berita SBF, pengasas bursa kripto FTX disabitkan kesalahan atas tujuh pertuduhan penipuan jenayah, hadapi hukuman penjara tidak melebihi 115 tahun.

SBF, pengasas bursa kripto FTX disabitkan kesalahan atas tujuh pertuduhan penipuan jenayah, hadapi hukuman penjara tidak melebihi 115 tahun.

by Editor Kripto Harian
Published Last updated on 175 views 2 minutes
A+A-
Reset

Panel juri telah mencapai keputusan (verdict), menurut laporan CNBC. Sam Bankman-Fried atau lebih dikenali sebagai SBF didapati bersalah atas peranannya dalam keruntuhan pertukaran kripto FTX. Sepanjang kes mahkamah itu, penjenayah kewangan itu enggan mengaku bersalah. Walau bagaimanapun, segala bukti yang dikemukakan kepada mahkamah berjaya meyakinkan panel juri bahawa bekas CEO FTX itu harus dihukum.

FTX diasaskan oleh tertuduh dan juga Gary Wang pada tahun 2019. Setahu kami, SBF disaman atas lapan pertuduhan dan tujuh daripada lapan pertuduhan itu telah dapat disabitkan. Usahawan muda yang juga merupakan seorang graduan Massachusetts Institute of Technology (MIT) disaman atas pertuduhan berikut:

  1. Konspirasi untuk melakukan penipuan wayar terhadap pelanggan (Conspiracy to commit wire fraud on customers)
  2. Penipuan wayar terhadap pelanggan (Wire fraud on customers)
  3. Konspirasi untuk melakukan penipuan wayar terhadap pemberi pinjaman (Conspiracy to commit wire fraud on lenders)
  4. Penipuan wayar terhadap pemberi pinjaman (Wire fraud on lenders)
  5. Konspirasi untuk melakukan penipuan komoditi (Conspiracy to commit commodities fraud)
  6. Konspirasi untuk melakukan penipuan sekuriti (Conspiracy to commit securities fraud)
  7. Konspirasi untuk melakukan pengubahan wang haram (Conspiracy to commit money launderig)
  8. Konspirasi untuk menipu Amerika Syarikat dan melanggar Undang-undang Kewangan Kempen (Consipiracy to defraud the United States and violate the Campaign Finance Laws)

Mengikut laporan CNBC yang sama, dalam sesi taklimat selepas keputusan itu dibacakan, Damiam Williams, penguam A.S. untuk Daerah Selatan New York berkata “Sam Bankman-Fried telah melakukan salah satu penipuan kewangan yang terbesar dalam sejarah Amerika”. Turut kata beliau, “Walaupun industri mata wang kripto ini mungkin masih muda dan pemain industri seperti Sam Bankman-Fried mungkin juga baharu, pada hakikatnya amalan yang buruk seperti ini sudah lama wujud. Kes ini adalah mengenai pembohongan, penipuan, dan pencurian, dan kami tiada kesabaran untuknya.”

Tambahan pula, Peguam Negara negara itu Merrick Garland turut menyatakan pandangannya tentang kes itu. Menurut beliau “Sam Bankman-Fried berpendapat bahawa dia berada di atas undang-undang. Keputusan hari ini membuktikan dia salah.”

CNN melaporkan bahawa SBF nampak amat putus asa (sunken) ketika keputusan dibacakan kepada mahkamah. Dia menundukkan kepala dan menggeleng-geleng ketika peguamnya bercakap di telinganya. Ibu bapanya kelihatan berdiri di beberapa kaki di belakangnya. Semasa SBF diiringi keluar dari bilik mahkamah, dia berpaling ke belakang dan senyum kepada ibu bapanya. Bapanya, Joe Bankman, merangkul bahu isterinya. Pada saat itu, ibunya tidak dapat lagi menahan air matanya dan mula menangis.

Menyedihkan? Jika anda tahu apa yang SBF telah lakukan kepada mereka yang telah mengamanahkan wang hasil titik peluh mereka kepadanya, anda sudah pasti akan menarik balik simpati anda. Bagi kami, dalam kes ini, keadilan telah ditegakkan.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

You may also like

Leave a comment

Stay ahead in the crypto game with us! Get insightful news and analysis in Malay, plus expert English-Malay translation services for all your crypto content needs.

 

Don’t miss your chance to dominate the Malaysian crypto market. Translate your content now!

Editor's Choice

Latest

Warning:

The information on our website is not intended to be financial or investment advice. It is for informational and entertainment purposes only. You are encouraged to consult with a licensed or registered financial or investment advisor before making any investment decisions. Investing in cryptocurrency is a risky activity, and in the worst-case scenario, you could lose your entire investment and savings. If you don’t know what you’re doing,  it is then better for you to stay away from cryptocurrency.

Amaran:

Maklumat dalam laman web kami bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan tetapi untuk tujuan hiburan dan perkongsian maklumat sahaja. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan yang berlesen atau berdaftar sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam mata wang kripto ialah aktiviti berisiko, dan dalam kes yang paling teruk, anda boleh kehilangan keseluruhan pelaburan dan simpanan anda. Elakkan daripada melabur dalam mata wang kripto sama sekali jika anda tidak memahami risikonya.

All rights reserved. Hak cipta terpelihara 2023-2024 ©  KriptoHarian.my, a product of Kriptly Media PLT (LLP0028199-LGN) (formerly known as Discover Like Bornean PLT).

Terima kasih kerana berminat dengan artikel ini. Klik ya untuk membaca.
Baki kredit : 0
Bayaran balik hanya dibenarkan untuk kes yang dinyatakan dalam syarat penggunaan laman web kami. Adakah anda pasti ingin membatalkan langganan?
Your complete crypto content solution, from news to high-quality Malay translations, world's first.
-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00