Biayai percutian anda dengan kripto. Beli tiket penerbangan dan tempah hotel dengan mata wang kripto melalui Travala.com.

Salah satu soalan yang paling banyak ditanya oleh skeptik kripto ialah: Bolehkah saya gunakan mata wang kripto untuk membeli-belah? Jawapannya, memang boleh. Sebenarnya, banyak artikel dalam laman web kami didedikasikan untuk mendidik komuniti kita tentang kebergunaan mata wang kripto dalam kehidupan harian kita.

Seperti biasa, dalam artikel ini, akan kami perkenalkan kepada anda satu lagi kegunaan mata wang kripto yang semestinya amat menarik untuk mereka yang suka melancong. Bagi kita orang Malaysia, biasanya kita menempah hotel atau tiket penerbangan melalui laman web seperti Agoda, Trivago dan Booking.com. Sebetulnya ada satu lagi alternatif, iaitu Travala.com. Walaupun kurang popular, untuk komuniti mata wang kripto di negara kita, laman web ini tidak kurang menarik berbanding dengan Agoda kerana ia menerima bayaran dalam mata wang kripto.

Travala.com diasaskan pada tahun 2017 oleh Juan Otero yang turut merupakan CEO platform tempahan hotel dan tiket penerbangan itu. Pada tahun 2020, platform itu mengumumkan kerjasama strategik dengan Agoda.com. Menurut blog yang diterbitkan oleh Travala, kerjasama itu membenarkan pelanggan mereka mengakses lebih daripada 600,000 hotel daripada Agoda menjadikan jumlah penginapan yang tersedia di platform tempahan pelancongan berasaskan blok rantai yang terkemuka itu kepada lebih 2,200,000 dan meliputi 90,124 destinasi di 230 negara dan wilayah pada ketika itu.

Memandangkan sudah lebih tiga tahun sejak pengumuman itu dibuat, kami tidak pasti sama ada kerjasama strategik ini masih aktif atau tidak hari ini.

Anda boleh membuat bayaran dengan mata wang kripto yang popular, termasuk BTC, ETH, BNB, USDT, AVA, XRP, ADA, TRX, LTC, DOT, DAI, BCH, LINK, XLM dan banyak lagi. Untuk senarai lengkap mata wang kripto yang disokong oleh mereka, anda seharusnya merujuk kepada laman web mereka.

Platform itu mempunyai token ganjaran kesetiaan (loyalty reward token) yang dipanggil AVA. Pemegang token ini akan dapat menikmati faedah-faedah istimewa. Sebagai contoh, semua tempahan yang dibuat dengan menggunakan token AVA melalui Travala.com akan menerima diskaun mengikut jumlah AVA yang “dikunci” (locked) seperti yang diberikan dalam program kesetiaan mereka yang dipanggil Smart Program.

Penafian: Artikel kami ini tidak harus dikendalikan sebagai candangan atau syor untuk menggunakan Travala.com atau membeli token AVA. Walaupun token AVA dipersembahkan sebagai sejenis token kesetiaan (loyalty token) oleh Travala, namun demikian, setahu kami, token ini boleh didagangkan melalui platform pertukaran mata wang kripto seperti Binance. Pendek kata, nilai token ini mungkin naik turun mengikut keadaan pasaran. Dalam kes yang paling teruk, anda mungkin mengalami kerugian apabila anda memutuskan untuk menjual token AVA yang anda pegang.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

Related articles

Fetch.ai, SingularityNET, dan Ocean Protocol berpadu tenaga membentuk persekutuan intelek AI dengan jenama The Superintelligence Alliance, mencadangkan satu token universal untuk ketiga-tiga projek. $ASI

Coinbase Derivatives: Membuka pintu ke arah niaga hadapan berleveraj untuk Dogecoin, Litecoin, dan Bitcoin Cash!

KuCoin dan pengasasnya dilabelkan dengan pelbagai dakwaan – dari kesalahan jenayah hingga operasi tanpa lesen. Apakah yang membelenggu platform dagangan kripto popular ini?