Oreo, Cadbury, dan Toblerone jatuh cinta dengan blok rantai. Gergasi pengilang snek, Mondelēz International, menjadi ahli terbaru Hedera Council.

Mondelēz International, sebuah syarikat pengeluar snek jenama global yang paling popular seperti Oreo, Ritz, Clif Bar, Cadbury Dairy Milk, Milka dan coklat Toblerone, memberi sokongan mereka kepada komuniti mata wang kripto dengan menyertai Hedera Council sebagai ahli yang terbaru untuk majlis itu.

Hedera Council ialah sebuah konsortium yang terdiri daripada organisasi-organisasi terkemuka di dunia, termasuk Google, IBM, LG, Hitashi, DBS Bank, Boeing, LG dan berfungsi untuk mentadbir rangkaian Hedera, sebuah lejar awam yang mampan untuk ekonomi terdesentralisasi.

Menurut kenyataan akhbar Hedera, penglibatan Mondelēz dalam teknolog DLT bermatlamat untuk merevolusikan penglibatan pelanggan (customer engagement) dan meningkatkan kecekapan dan kemampanan perniagaan mereka melalui aplikasi Web3 dan teknologi DLT.

Syarikat itu akan membangunkan penyelesaian berasaskan Hedera dengan tumpuan diberikan kepada inisiatif transformasi digital, pengurusan rantaian bekalan (supply chain management), dan proses perniagaan yang diperkaya (enriched) untuk menambah baik pengalaman pelanggan mereka.

Hedera memiliki mata wang kripto asli sendiri yang dipanggil Hbar (ℏ). Hbar bukan sahaja boleh digunakan untuk membayar kos untuk transaksi yang dilaksanakan melalui rangkaian Hedera, aset kripto ini juga berperanan untuk melindungi rangkaian Hedera daripada serangan jenis bukti pegangan (proof-of-stake).

Hbar mempunyai bekalan tetap sebanyak 50 bilion dan boleh dijual beli melalui pertukaran mata wang kripto seperti yang disenaraikan di Coinmarketcap.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

Related articles

Fetch.ai, SingularityNET, dan Ocean Protocol berpadu tenaga membentuk persekutuan intelek AI dengan jenama The Superintelligence Alliance, mencadangkan satu token universal untuk ketiga-tiga projek. $ASI

Coinbase Derivatives: Membuka pintu ke arah niaga hadapan berleveraj untuk Dogecoin, Litecoin, dan Bitcoin Cash!

KuCoin dan pengasasnya dilabelkan dengan pelbagai dakwaan – dari kesalahan jenayah hingga operasi tanpa lesen. Apakah yang membelenggu platform dagangan kripto popular ini?