Tiket untuk memasuki pasaran suasana Bull 2024? Wall Street sudah bersedia untuk berdagang Produk Dagangan Bursa (ETP) Spot Bitcoin.

Pada 10 Januari 2024, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS mengumumkan melalui laman web mereka bahawa agensi itu telah meluluskan penyenaraian dan perdagangan beberapa produk dagangan bursa (Exchange Traded Products, ETP). Kenyataan akhbar daripada pengerusi SEC Gary Gensler yang turut dianggap sebagai musuh oleh komuniti mata wang kripto itu sesungguhnya satu tanda kemenangan untuk penyokong mata wang kripto di seluruh dunia. Halangan kini terhapus.

Nama produkBursa sekuritiJenis saham
Grayscale Bitcoin TrustNYSE ArcaAmanah Saham Berasaskan Komoditi*
Bitwise Bitcoin ETFNYSE ArcaAmanah Saham Berasaskan Komoditi*
Hashdex Bitcoin ETFNYSE ArcaUnit Amanah**
iShares Bitcoin TrustNasdaqAmanah Saham Berasaskan Komoditi*
Valkyrie Bitcoin FundNasdaqAmanah Saham Berasaskan Komoditi*
ARK 21Shares Bitcoin ETFCboe BZXAmanah Saham Berasaskan Komoditi*
Invesco Galaxy Bitcoin ETFCboe BZXAmanah Saham Berasaskan Komoditi*
VanEck Bitcoin TrustCboe BZXAmanah Saham Berasaskan Komoditi*
WisdomTree Bitcoin FundCboe BZXAmanah Saham Berasaskan Komoditi*
Fidelity Wise Origin Bitcoin FundCboe BZXAmanah Saham Berasaskan Komoditi*
Franklin Bitcoin ETFCboe BZXAmanah Saham Berasaskan Komoditi*
Produk Dagangan Bursa (Exchange Traded Products) yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS untuk disenaraikan dan didagangkan di bursa AS tertentu. Rujukan: https://www.sec.gov/files/rules/sro/nysearca/2024/34-99306.pdf

*Commodity-Based Trust Shares

**Trust Units

Dalam kenyataan akhbar itu, Gensler menyatakan bahawa lebih daripada 20 permohonan ETP spot bitcoin ditolak semenjak tahun 2018. Pada ketika itu, SEC adalah di bawah pimpinan Jay Clayton, bukan beliau sendiri. Dengan membuat kenyataan sedemikian, Gensler seolah-olah mencadangkan bahawa pendekatan SEC yang selama ini seteru terhadap permohonan ETP spot bitcoin diwarisi sejak era Clayton. Oleh itu, beliau tidak patut dipersalahkan?

Gensler kemudiannya mengulas bahawa keadaan itu kini telah berubah disebabkan oleh keputusan Mahkamah Rayuan AS Daerah Columbia yang berpendapat bahawa agensi AS itu gagal menjelaskan alasan dengan secukupnya mengenai kes permohonan ETP Grayscale yang telah ditolak sebelum ini. Sekali lagi, pengerusi itu seolah-olah mengatakan bahawa agensi itu, atas tekanan luar, terpaksa akur untuk meluluskan 11 ETP hari ini. Oleh itu, mereka tidak patut dipersalahkan atas sebarang isu yang mungkin timbul selepas ini.

Harus diperhatikan bahawa semua ETP yang diberikan laluan hijiau kali ini merupakan ETP yang berasaskan bitcoin sahaja. Sebenarnya, bitcoin mungkin satu-satunya mata wang kripto yang bukan sekuriti dalam mata SEC.

Apakah yang istimewa tentang Spot Bitcoin ETF?

Pendedahan langsung kepada bitcoin: Berbeza dengan ETF yang berasaskan niaga hadapan (future-based ETF) dengan menjejaki harga bitcoin melalui derivatif tanpa memegang bitcoin sebenar, Spot Bicoin ETF sebaliknya memegang bitcoin sebenar, memberikan pelabur pendedahan langsung kepada bitcoin.

Memudahkan akses pelabur: Produk ini menyediakan cara terkawal kepada pelabur-pelabur yang berminat untuk memperoleh pendedahan kepada bitcoin tanpa memiliki atau menghabiskan masa untuk belajar mengurus mata wang kripto itu sendiri. Produk seperti ini menarik minat individu dan institusi yang biasa dengan produk pelaburan tradisional tetapi teragak-agak untuk melabur dalam kripto secara langsung.

Potensi untuk penerimagunaan yang lebih meluas: Dengan memudahkan akses kepada pelabur, Spot Bitcoin ETF boleh menarik kumpulan pelabur yang lebih luas, berpotensi meningkatkan permintaan dan menjadikan bitcoin lebih bernilai. Ini boleh memberi manfaat kepada pemegang bitcoin yang sedia ada dan menyumbang kepada penerimagunaan arus perdana.

Setahu kami, dua daripada sebelas Spot Bitcoin ETF dalam senarai tersebut, iaitu iShares Bitcoin Trust (IBIT) dan ARK 21Shares Bitcoin ETF (ARKB) sudah boleh didagang melalui eToro, broker yang dikenali oleh ramai orang Malaysia walaupun tidak berlesen untuk beroperasi di negara kita.

Akhir sekali, harus diingati bahawa biasanya saham Spot Bitcoin ETF yang dibeli tidak boleh digunakan untuk menebus individu bitcoin kecuali dalam unit penciptaan (creation units), iaitu dalam kuantiti yang banyak dan ditentukan oleh pengeluar ETF tersebut. Untuk mereka yang berminat melabur dalam Spot Bitcoin ETF, anda seharusnya berunding dengan pengeluar ETF yang anda minati sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

Related articles

Fetch.ai, SingularityNET, dan Ocean Protocol berpadu tenaga membentuk persekutuan intelek AI dengan jenama The Superintelligence Alliance, mencadangkan satu token universal untuk ketiga-tiga projek. $ASI

Coinbase Derivatives: Membuka pintu ke arah niaga hadapan berleveraj untuk Dogecoin, Litecoin, dan Bitcoin Cash!

KuCoin dan pengasasnya dilabelkan dengan pelbagai dakwaan – dari kesalahan jenayah hingga operasi tanpa lesen. Apakah yang membelenggu platform dagangan kripto popular ini?