Circle: Tebus atau pindahkan USDC (TRON) anda. Pengeluar USDC berhenti menyokong TRON secara berperingkat.

Tiga tahun yang lalu, pada bulan Julai 2021, Circle mengumumkan bahawa mereka akan menyokong USD Coin (USDC) yang dikeluarkan di rangkaian TRON, salah satu rangkaian blok utama dan paling banyak digunakan di dunia. Hari ini, takdir mengubah haluan, Circle membuat keputusan untuk berhenti menyokong TRON secara progresif.

Circle akan menyokong pemindahan USDC TRON pelanggan Circle Mint mereka ke blok rantai yang lain sehingga Februari 2025. Selain itu, mereka juga boleh menebus USDC TRON mereka untuk menerima mata wang fiat secara langsung dengan Circle. Untuk pengetahuan anda, Circle Mint merupakan perkhidmatan yang ditawarkan kepada perniagaan berdaftar di wilayah tertentu yang akan menempa (mint) dan mengedarkan USDC dalam skala besar. Produk Circle ini tidak ditawarkan kepada pengguna runcit atau mereka yang menempa USDC untuk kegunaan peribadi. Tambahan pula, perkhidmatan itu juga tidak sesuai untuk kegunaan perniagaan harian. Pendek kata, Circle Mint boleh dikatakan perkhidmatan yang didedikasikan untuk “pemborong” USDC.

Sementara itu, pengguna runcit seperti kebanyakan kita semua boleh memindahkan USDC TRON kita ke bursa mata wang kripto atau pengedar di mana ia boleh dipindahkan ke blok rantai lain yang disokong oleh Circle.

Yang penting sekali, USDC boleh ditebus 1:1 untuk dolar AS.

Sekiranya anda tertanya-tanya, pada Julai 2023, Biro Kebangsaan bagi Pembiayaan Keganasan Israel (National Bureau for Counter Terror Financing of Israel) mengeluarkan perintah rampasan aset yang menyasarkan kumpulan Jihad Islam Palestin (Palestinian Islamic Jihad) yang kemudiannya mengenal pasti 26 dompet TRON yang memegang tiga jenis mata wang kripto, iaitu USDC (TRON), TRX (mata wang kripto asli TRON), dan USD Tether, dengan jumlah nilai AS$93 juta.

Kami tidak pasti sama ada peristiwa itu berkaitan dengan keputusan Circle hari ini atau tidak.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

Related articles

Fetch.ai, SingularityNET, dan Ocean Protocol berpadu tenaga membentuk persekutuan intelek AI dengan jenama The Superintelligence Alliance, mencadangkan satu token universal untuk ketiga-tiga projek. $ASI

Coinbase Derivatives: Membuka pintu ke arah niaga hadapan berleveraj untuk Dogecoin, Litecoin, dan Bitcoin Cash!

KuCoin dan pengasasnya dilabelkan dengan pelbagai dakwaan – dari kesalahan jenayah hingga operasi tanpa lesen. Apakah yang membelenggu platform dagangan kripto popular ini?