Home Berita Menurut blog Bank Pusat Eropah: Nilai saksama (fair value) bitcoin masih kekal kosong. Bitcoin hanya sekadar mata wang untuk penjenayah sahaja.

Menurut blog Bank Pusat Eropah: Nilai saksama (fair value) bitcoin masih kekal kosong. Bitcoin hanya sekadar mata wang untuk penjenayah sahaja.

by Editor Kripto Harian
156 views 3 minutes
A+A-
Reset

Pendirian Bank Pusat Eropah (European Central Bank, ECB) di bawah pimpinan Christine Largarde yang selama ini boleh dikatakan “bermusuhan” dengan bitcoin nampaknya kekal tidak berubah. Menurut blog yang diterbitkan di laman web bank pusat yang berpangkalan di Frankfurt Jermany itu, bitcoin telah gagal menunaikan janjinya untuk menjadi mata wang digital tak terpusat (decentralized) pada peringkat global.

Tambahan pula, pengarang artikel itu berpendapat mata wang kripto yang paling popular ini masih jarang digunakan untuk pemindahan yang sah. Kelulusan spot bitcoin ETF di Amerika Syarikat baru-baru ini tidak mengubah fakta (pada pendapat ECB) bahawa bitcoin tidak sesuai digunakan sebagai cara pembayaran atau sebagai pelaburan.

Christine Largarde, ketua ECB yang sebelum ini dengan terang-terangan mengaku bahawa anak lelakinya kehilangan “hampir semua” pelaburannya dalam aset kripto jelasnya bukan peminat bitcoin dan mata wang kripto. Untuk memberikan anda sedikit konteks, pada tahun 2022, Largarde, secara terbuka menyatakan bahawa mata wang kripto tidak bernilai langsung.

Menurut artikel tersebut, hari ini, urus niaga yang melibatkan bitcoin masih kekal menyusahkan, perlahan dan mahal. Melainkan darknet, iaitu dunia tersembunyi internet untuk aktiviti jenayah, mata wang kripto ciptaan Satoshi Nakamoto itu hampir tidak digunakan untuk tujuan pembayaran dalam kehidupan seharian kita.

Pengarang artikel itu berpendapat bahawa inisiatif kawal selia untuk memerangi penggunaan besar-besaran blok rantai Bitcoin oleh penjenayah masih belum mencapai keberhasilan. Lagipun, sokongan kerajaan El Salvador yang mengiktiraf bitcoin sebagai wang sah di negara yang berbahasa Sepanyol itu juga gagal menggalakkan penggunaan bitcoin sebagai medium pembayaran.

Baiklah. Namun begitu, menurut pengetahuan kami, negara tersebut telah mencapai keuntungan belum direalisasikan (unrealized profit) yang cukup lumayan melalui strategi bitcoin mereka. Sekurang-kurangnya, berdasarkan harga bitcoin hari ini dan harga bitcoin pada masa Nayib Bukele, presiden negara itu berkongsi kenyataan mengenai potensi pulangan pelaburan bitcoin mereka melalui akaun platform sosialnya pada bulan Disember tahun lalu. Menurut beliau, jika kerajaan El Salvador menjual semua pegangan bitcoin mereka pada masa itu, mereka akan segera mendapat keuntungan sekitar RM17.3 juta secara langsung.


Tambahan pula, artikel itu juga menyatakan bahawa bitcoin masih tidak sesuai digunakan sebagai instrumen pelaburan. Di samping itu, bitcoin tidak menjana sebarang aliran tunai (seperti hartanah) atau dividen (seperti saham), tidak boleh digunakan secara produktif (seperti komoditi), dan tidak menawarkan faedah sosial (seperti emas yang boleh digunakan untuk perhiasan) atau tidak memiliki penghargaan subjektif berdasarkan “kebolehan yang cemerlang” (outstanding abilities) (seperti karya seni). Selain itu, pelabur runcit yang kurang berpengetahuan dari aspek kewangan dan takut ketinggalan (fear of missing out, FOMO) berpotensi kehilangan wang.

Dari perspektif artikel itu, pemulihan harga bitcoin baru-baru ini didorong oleh faktor-faktor yang bersifat sementara, seperti kelulusan spot bitcoin ETF di Amerika Syarikat kebelakangan ini dan juga peristiwa halving yang akan berlaku April ini kerana mengikut sejarah harga bitcoin, halving biasanya diikuti oleh kenaikan harga.

Selain itu, daya tahan pemulihan harga ini boleh dijelaskan dengan tiga sebab berstruktur (structural reasons) berikut, iaitu manipulasi harga yang berterusan dalam pasaran yang tidak terkawal (tanpa pengawasan dan tanpa nilai saksama), permintaan yang semakin meningkat terhadap “mata wang jenayah”, dan kelemahan dalam pertimbangan pihak berkuasa.

Artikel itu kemudiannya membuat kesimpulan bahawa harga bitcoin bukanlah penunjuk kemampanannya. Tiada data ekonomi asas dan tiada nilai saksama yang mana ramalan serius boleh diperolehi. Tidak wujud “bukti harga” dalam gelembung spekulatif ini. Sebaliknya, reflasi gelembung spekulatif ini hanya menunjukkan keberkesanan kempen lobi bitcoin.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

You may also like

Leave a comment

Stay ahead in the crypto game with us! Get insightful news and analysis in Malay, plus expert English-Malay translation services for all your crypto content needs.

 

Don’t miss your chance to dominate the Malaysian crypto market. Translate your content now!

Editor's Choice

Latest

Warning:

The information on our website is not intended to be financial or investment advice. It is for informational and entertainment purposes only. You are encouraged to consult with a licensed or registered financial or investment advisor before making any investment decisions. Investing in cryptocurrency is a risky activity, and in the worst-case scenario, you could lose your entire investment and savings. If you don’t know what you’re doing,  it is then better for you to stay away from cryptocurrency.

Amaran:

Maklumat dalam laman web kami bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan tetapi untuk tujuan hiburan dan perkongsian maklumat sahaja. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan yang berlesen atau berdaftar sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam mata wang kripto ialah aktiviti berisiko, dan dalam kes yang paling teruk, anda boleh kehilangan keseluruhan pelaburan dan simpanan anda. Elakkan daripada melabur dalam mata wang kripto sama sekali jika anda tidak memahami risikonya.

All rights reserved. Hak cipta terpelihara 2023-2024 ©  KriptoHarian.my, a product of Kriptly Media PLT (LLP0028199-LGN) (formerly known as Discover Like Bornean PLT).

Terima kasih kerana berminat dengan artikel ini. Klik ya untuk membaca.
Baki kredit : 0
Bayaran balik hanya dibenarkan untuk kes yang dinyatakan dalam syarat penggunaan laman web kami. Adakah anda pasti ingin membatalkan langganan?
Your complete crypto content solution, from news to high-quality Malay translations, world's first.
-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00