Tahukah anda di Malaysia Timur terdapat satu tempat yang bernama Bandar Victoria? Bandar ini ialah ibu kota kepada Labuan, satu-satunya Wilayah Persekutuan yang terletak di Pulau Borneo, jiran kepada Sabah, Sarawak, dan Brunei Darussalam.
Kegiatan kewangan di wilayah yang diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong ini dikawal oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan Financial Services Authority) atau Labuan FSA.
FSA ialah badan berkanun yang bertanggungjawab untuk pembangunan dan pentadbiran Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan Labuan International Business and Financial Centre, IBFC).
Salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh IBFC ialah Perkhidmatan Kewangan Digital (Digital Financial Services, DFS), perkhidmatan yang didedikasikan untuk perbankan digital, Robo-advisors, dan yang penting sekali, bursa aset digital, platform dagangan kripto, dan token blok rantai.
Fakta menarik:
Tahukah anda, Hata Capital Limited, sebuah syarikat yang diasaskan oleh David Low yang turut merupakan CEO kepada Hata.io, sebuah bursa aset digital berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dilesenkan untuk beroperasi sebagai Perniagaan Pembrokeran Wang dan Pengendali Sistem Pembayaran oleh Labuan FSA?
