Michael Saylor menjual saham MicroStrategy. Hilang keyakinan terhadap bitcoin? Adakah ini alasan yang cukup baik untuk FUD?

Tiga hari yang lalu, pada 4 Mac 2024, MicroStrategy mengumumkan hasrat untuk membeli lebih banyak bitcoin. Sehari selepas itu, pengasas bersama syarikat itu, Michael Saylor dilaporkan menjual 2,063 saham MicroStrategy, menurut laporan Yahoo Finance hari ini. MicroStrategy ialah pemegang korporat bitcoin terbesar di dunia, kata Ketua Pegawai Kewangan syarikat itu, Andrew Kang, mengikut laporan CNBC.

Laporan Yahoo Finance yang disediakan oleh GuruFocus itu tidak mengandungi sebarang maklumat berkenaan dengan sebab di sebalik keputusan penjualan itu. Walau bagaimanapun, GuruFocus, sebuah laman web kewangan yang menyediakan penyelidikan pasaran saham, data dan alatan untuk pelabur, memberi MicroStrategy (NAS:MSTR) GF Score 61, yang mencadangkan bahawa syarikat itu mungkin mempunyai potensi prestasi masa depan yang lemah.

Menurut informasi yang didapati di laman web GuruFocus, GF Score ialah sistem penarafan prestasi saham yang dibangunkan oleh GuruFocus dengan menggunakan lima aspek penilaian, yang mereka dapati berkait rapat dengan prestasi jangka panjang saham melalui ujian balik dari 2006 hingga 2021. Saham dengan GF Score yang lebih tinggi biasanya menjana pulangan yang lebih tinggi daripada mereka yang mempunyai GF Score yang lebih rendah.

Berita penjualan saham oleh Michael Saylor ini berkemungkinan besar akan menimbulkan sentimen ketakutan, ketidakpastian, dan keraguan (Fear, Uncertainty, Doubt, FUD) di kalangan pelabur mata wang kripto.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

Related articles

Fetch.ai, SingularityNET, dan Ocean Protocol berpadu tenaga membentuk persekutuan intelek AI dengan jenama The Superintelligence Alliance, mencadangkan satu token universal untuk ketiga-tiga projek. $ASI

Coinbase Derivatives: Membuka pintu ke arah niaga hadapan berleveraj untuk Dogecoin, Litecoin, dan Bitcoin Cash!

KuCoin dan pengasasnya dilabelkan dengan pelbagai dakwaan – dari kesalahan jenayah hingga operasi tanpa lesen. Apakah yang membelenggu platform dagangan kripto popular ini?