Senat Arizona menggalakkan “KWSP” negeri itu mempertimbangkan ETF aset digital dalam portfolio pelaburan agensi kerajaan itu.

Senat Negeri Arizona di Amerika Syarikat menggalakkan Sistem Persaraan Negeri Arizona (Arizona State Retirement System, ASRS) dan Sistem Persaraan Kakitangan Keselamatan Awam (Public Safety Personnel Retirement System, PSPRS) untuk memantau ETF Bitcoin dan ETF aset digital lain dan mempertimbangkan kemungkinan untuk menerima ETF aset digital dalam portfolio pelaburan mereka.

ASRS ialah agensi negeri Arizona yang mentadbir pelan pencen, pelan hilang upaya jangka panjang, pelan insurans kesihatan pesara dan faedah lain untuk pekerja kerajaan yang berkelayakan. Fungsi agensi ini lebih kurang sama dengan KWSP negara kita. Manakala PSPRS menyelia faedah persaraan untuk pegawai keselamatan awam di negara Patung Liberty itu.

Secara khusus, badan perundangan negeri itu menggalakkan kedua-dua agensi itu,

a) Mempertimbangkan implikasi sekiranya ETF aset digital dimasukkan ke dalam portfolio pelaburan mereka.

b) Memantau dengan teliti perkembangan ETF bitcoin dan ETF aset digital lain dan mempertimbangkan implikasi sekiranya aset tersebut dimasukkan ke dalam portfolio pelaburan mereka, selepas berunding dengan mana-mana firma yang telah diberikan kelulusan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa negara itu untuk menawarkan ETF aset digital.

c) Serahkan laporan komprehensif tentang kemungkinan, risiko dan potensi faedah jika sebahagian daripada wang sistem persaraan negeri itu disalurkan ke dalam ETF aset digital, termasuk senarai yang memberikan pilihan dan cadangan tentang bagaimana negeri itu boleh melabur dengan selamat dalam kelas aset digital, kepada Bendahari Negeri, Yang Dipertua Negeri dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum permulaan Dewan Undangan Kelima Puluh Tujuh, Sidang Biasa Pertama.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

Related articles

Fetch.ai, SingularityNET, dan Ocean Protocol berpadu tenaga membentuk persekutuan intelek AI dengan jenama The Superintelligence Alliance, mencadangkan satu token universal untuk ketiga-tiga projek. $ASI

Coinbase Derivatives: Membuka pintu ke arah niaga hadapan berleveraj untuk Dogecoin, Litecoin, dan Bitcoin Cash!

KuCoin dan pengasasnya dilabelkan dengan pelbagai dakwaan – dari kesalahan jenayah hingga operasi tanpa lesen. Apakah yang membelenggu platform dagangan kripto popular ini?