Do Kwon mungkin diekstradisi ke Korea Selatan untuk dibicarakan kerana didakwa melanggar undang-undang pasaran modal negara asalnya. #Terra #UST #Luna

Menurut laporan CoinDesk, Do Kwon, pengasas bersama Terraform Labs, mungkin akan diekstradisi ke negara asalnya, Korea Selatan selepas 23 Mac, berikutan keputusan daripada mahkamah tinggi Montenegro.

Watak utama di sebalik malapetaka pasaran kripto pada tahun 2022 akibat kegagalan stablecoin algoritma TerraUSD (UST) (2020-2022) itu telah ditahan di Montenegro atas tuduhan pemalsuan dokumen rasmi kerana menggunakan pasport palsu apabila cuba berlepas ke Dubai dari Podgorica, Montenegro.

Do Kwon kemudiannya disabitkan kesalahan dan dihukum penjara empat bulan di negara yang terletak di rantau Balkan itu. Selepas selesai menjalani hukuman, dia mungkin akan dihantar pulang ke Korea Selatan untuk dibicarakan, menurut Goran Rodic, peguam Do Kwon. Mahkamah Korea Selatan mengeluarkan waran tangkap terhadap Do Kwon pada September 2022 yang mendakwa warganegara mereka itu telah melanggar undang-undang pasaran modal.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

Related articles

Fetch.ai, SingularityNET, dan Ocean Protocol berpadu tenaga membentuk persekutuan intelek AI dengan jenama The Superintelligence Alliance, mencadangkan satu token universal untuk ketiga-tiga projek. $ASI

Coinbase Derivatives: Membuka pintu ke arah niaga hadapan berleveraj untuk Dogecoin, Litecoin, dan Bitcoin Cash!

KuCoin dan pengasasnya dilabelkan dengan pelbagai dakwaan – dari kesalahan jenayah hingga operasi tanpa lesen. Apakah yang membelenggu platform dagangan kripto popular ini?