Anugerah Kripto 2024 CMC. Pemenang telah diumumkan. Adakah kripto kesayangan anda pemenang atau cuba lagi tahun depan?

CoinMarketCap atau lebih senang lagi, CMC, ialah sebuah platform terkemuka yang menyediakan maklumat mengenai mata wang kripto dan pasaran mata wang kripto secara keseluruhan.

Anugerah Kripto 2024 CMC (CMC Crypto Awards 2024) merupakan acara penghargaan tahunan yang dianjurkan oleh CMC untuk memberi pengiktirafan kepada individu, produk, dan projek terbaik dalam industri mata wang kripto dan Web3. Setahu kami, acara ini diadakan pada tahun 2024 buat pertama kalinya.

Anugerah ini dibahagikan kepada beberapa kategori, termasuk Mata Wang Kripto Terbaik (Crypto of the Year), Meme Coin Terbaik (Meme Coin of the Year), Projek NFT & Gaming yang Paling Inovatif (Most Innovative NFT & Gaming Project), “Pembina Jambatan” Terbaik (Bridge Builder of the Year), Projek DeFi yang Paling Inovatif (Most Innovative DeFi Project), dan Project L1/L2/Rentas-Rantai yang Paling Inovatif (Most Innovative L1/L2/Cross Chain Project).

Mata Wang Kripto Terbaik

Kategori ini adalah untuk mata wang kripto yang dianggap paling berimpak sepanjang 12 bulan lepas, tanpa mengira permodalan pasaran. Projek-projek ini menonjol atas sebab inovasi, daya tahan dan impaknya terhadap industri kripto.

Calon-calon: XRP ($XRP), SOLANA ($SOL), CHAINLINK ($LINK), ETHEREUM ($ETH), TONCOIN ($TON)

Pemenang: SOLANA ($SOL)

Meme Coin Terbaik

Kategori anugerah ini adalah untuk meraikan mata wang kripto jenis meme coin yang paling menghiburkan, berimpak dan berasaskan komuniti. Projek-projek ini mempunyai penyokong yang sanggup berjuang bermati-matian untuk mereka, memanfaatkan trend dan minat budaya semasa (budaya zeitgeist), dan menyerbu medan perang blok rantai dengan berjaya sekali.

Calon-calon: PEPE ($PEPE), MILADY ($LADYS), MEMECOIN ($MEME), BONK ($BONK), ORDI ($ORDI)

Pemenang: BONK ($BONK)

Projek NFT & Gaming yang Paling Inovatif

Kategori ini adalah untuk projek-projek yang menggabungkan dunia NFT dengan seni dan permainan, mencipta alam hiburan interaktif baharu dalam blok rantai.

Calon-calon: BLUR ($BLUR), PUDGY PENGUINS, BendDAO ($BEND), BIG TIME ($BIGTIME), IMMUTABLE ($IMX)

Pemenang: PUDGY PENGUINS

Amaran! Janganlah nampak ada token yang namanya sama dengan Pudgy Penguins lepas itu terus beli. Setahu kami, Pudgy Penguins tidak pernah mengeluarkan token sendiri. Jangan beli kalau tidak pasti. Tahukah anda apakah cara yang betul untuk memastikan token yang anda nampak ialah token yang sah atau tidak? Kalau anda tidak pasti, anda mungkin belum bersedia untuk berdagang melalui DeFi. Kami berjanji untuk membantu anda mempelajarinya dalam artikel kami yang akan datang. Ikuti halaman Facebook kami ini untuk menerima kemas kini.

“Pembina Jambatan” Terbaik

Anugerah ini mengiktiraf jenama, syarikat dan institusi terkenal yang percaya Web3 dapat memberikan nilai baharu kepada pelanggan mereka. Mereka sudah melabur dalam ruang kripto, mencipta pengalaman baharu yang inovatif dan membawa teknologi kripto, NFT dan blok rantai kepada berbilion orang di seluruh dunia.

Calon-calon: BlackRock, PayPal, Starbucks, Nike, Reddit

Pemenang: BlackRock

Projek DeFi yang Paling Inovatif

Anugerah ini adalah untuk projek-projek yang mempercepatkan ruang DeFi, termasuk pertukaran tak terpusat, bot dagangan, penyelesaian perdagangan dan staking yang inovatif.

Calon-calon: Uniswap, Unibot, EigenLayer, MakerDAO, Friend.tech

Pemenang: Uniswap

Project L1/L2/Rentas-Rantai yang Paling Inovatif 

Anugerah ini adalah untuk projek-projek yang berusaha untuk memperbaik kebolehskalaan, keselamatan dan kebolehkendalian (interoperability) blok rantai.

Calon-calon: Arbitrum, Axelar, ZKSync Era, Celestia, Aptos

Pemenang: Celestia

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

Related articles

Fetch.ai, SingularityNET, dan Ocean Protocol berpadu tenaga membentuk persekutuan intelek AI dengan jenama The Superintelligence Alliance, mencadangkan satu token universal untuk ketiga-tiga projek. $ASI

Coinbase Derivatives: Membuka pintu ke arah niaga hadapan berleveraj untuk Dogecoin, Litecoin, dan Bitcoin Cash!

KuCoin dan pengasasnya dilabelkan dengan pelbagai dakwaan – dari kesalahan jenayah hingga operasi tanpa lesen. Apakah yang membelenggu platform dagangan kripto popular ini?