Menurut artikel Cointelegraph ini, Binance Coin BNB yang mencatat harga tertinggi (AS$489.50) dalam jangka masa dua tahun ini pada 8 Mac yang lalu mungkin disebabkan oleh pemulihan pasaran secara keseluruhan. Peningkatan harga ini berjaya mengukuhkan kedudukan BNB sebagai mata wang kripto ketiga terbesar mengikut modal pasaran, tanpa mengambil kira mata wang kripto jenis stablecoin, USDT. Padahal, sesetengah pelabur membuat jangkaan bahawa harga BNB pasti akan menembusi AS$500.
Pada hakikatnya, sebelum ini, ramai orang tidak yakin BNB mampu menuntut semula harga ini, terutamanya setelah pengasas Binance dan bekas CEO, Changpeng Zhao (CZ), mengaku bersalah atas tuduhan terhadapnya dan Binance, dan bersetuju untuk membayar AS$ 4,316,126,163 (kira-kira RM 20 bilion) sebagai denda pada November tahun lepas. CZ turut meletakkan jawatan sebagai CEO. Semua ini ialah sebahagian daripada rundingan bagi pengakuan bersalah (plea deal) antara Binance, CZ, dan Suruhanjaya Perdagangan Niaga Hadapan Komoditi (Commodity Futures Trading Commission, CFTC) Amerika Syarikat. Berita baiknya, penyelesaian kes luar mahkamah Binance itu telah menghapuskan keraguan pelabur mengenai masa depan BNB.
Binance, yang kini di bawah pimpinan CEO baru, diarahkan untuk melaksanakan struktur korporat yang formal, termasuk menubuhkan jawatankuasa pematuhan dan audit, manakala CZ diarahkan untuk tinggal di Amerika Syarikat sehingga tarikh hukumannya.
Ketika volum perdagangan mata wang kripto melonjak ke tahap tertinggi kebelakangan ini (dalam tempoh 12 bulan), beberapa platform pertukaran kripto utama mengalami masalah gangguan, termasuk platform yang terbesar di Amerika Syarikat, Coinbase. Berikutan itu, ada pihak yang menyamakan Coinbase dengan Mt.Gox, platform pertukaran yang bangkrup suatu ketika dahulu.
Sementara itu, Binance beroperasi seperti biasa, yang sewajarnya memberikan keyakinan kepada pelabur untuk terus melabur dalam mata wang yang dikeluarkan oleh Binance, iaitu BNB, sambil menikmati yuran dagangan yang rendah dan peluang untuk mengambil bahagain dalam platform pelancaran token yang ditawarkan oleh Binance.
Data on-chain menunjukkan bahawa jumlah BNB yang didepositkan ke dalam aplikasi tak terpusat (Decentralized Apps, DApps) pada rangkaian BNB, yang kita kenali sebagai Total Value Locked (TVL), didapati jauh lebih kurang berbanding dengan yang direkodkan pada awal tahun 2023. Namun, TVL bukan satu-satunya penunjuk, khususnya kerana ada juga DApps yang tidak “memerlukan” deposit yang besar, seperti pasaran NFT dan yang semata-mata berkaitan dengan aktiviti pertukaran mata wang kripto.
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik, adalah bijak untuk kita turut menganalisa penunjuk-penunjuk yang lain, seperti volum DApps and bilangan alamat kripto aktif pada rangkaian itu.
Volum DApps (DApps volume) yang menilai jumlah pemindahan token merentas semua DApps pada rangkaian BNB (daripada dompet aktif unik, Unique Active Wallet) mencatat peningkatan sebanyak 41% (dalam tempoh 30 hari yang lepas). (Sumber: DappRadar)
Tambahan pula, bilangan alamat kripto aktif (active address) yang berinteraksi dengan DApps dalam rangkaian itu turut mencapai 5.6 juta. Peningkatan ini biasanya dikendalikan sebagai petunjuk bahawa rangkaian BNB berjaya menarik pengguna yang baru.
Artikel itu kemudiannya menyatakan walaupun analisis yang lebih teliti diperlukan untuk menilai sama ada BNB sesungguhnya bersedia untuk menuntut semula tahap AS$500, data awal ini nampak bullish.