StashAway, sebuah platform pelaburan yang mempunyai kehadiran di negara kita dan Singapura, membolehkan pelabur bertauliah melabur dalam mata wang kripto. Namun, berita buruknya, tawaran ini hanya terbuka bagi platform di Singapura. Kami mendapati bahawa tawaran ini tidak tersedia kepada pengguna platform Malaysia.
“Pelabur Bertauliah” merujuk kepada individu yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Kewangan Singapura (Monetary Authority of Singapore, MAS).
Sebenarnya, tawaran ini telah tersedia sejak Mac 2022 melalui StashAway Reserve, perkhidmatan yang dikatakan memberikan akses kepada pelaburan swasta gred institusi eksklusif dan penasihat kekayaan.
Pelanggan Reserve dibenarkan untuk mendedahkan portfolio Pelaburan Am mereka dengan peruntukan 1 hingga 12% kepada Bitcoin dan Ethereum melalui 2 ETF gred institusi. Menurut StashAway, mereka memilih Bitcoin dan Ethereum kerana kedua-duanya ialah aset digital yang sangat cair dan diterima pakai secara meluas.
StashAway turut mengatakan bahawa penyelidikan mereka menunjukkan potensi pertumbuhan jangka panjang dalam teknologi blok rantai. Soalan kami kepada StashAway, bila Malaysia?
