Home Berita Perhatian pemegang token $ARB: 1.11 bilion token $ARB akan dilepaskan ke pasaran. Strategi anda menentukan semuanya.

Perhatian pemegang token $ARB: 1.11 bilion token $ARB akan dilepaskan ke pasaran. Strategi anda menentukan semuanya.

by Editor Kripto Harian
407 views 1 minutes
A+A-
Reset

Dalam tempoh empat hari akan datang, iaitu pada 16 Mac, sejumlah 1.11 bilion token Arbitrum ($ARB) akan dilepaskan. Pelepasan ini akan dikendalikan dalam bentuk “cliff” yang bermaksud semua token yang sebelum ini terkunci akan dilepaskan serentak, dan bukannya secara beransur-ansur dari semasa ke semasa. Pemilik token mungkin bertanya-tanya tentang implikasi acara ini terhadap harga $ARB.

Untuk pengetahuan anda, jumlah token yang akan dilepaskan adalah kira-kira 86.27% daripada jumlah bekalan token dalam edaran,  iaitu 1.275 bilion token, mengikut CoinMarketCap, dan 11.1% daripada bekalan maximum 10 bilion token. Daripada jumlah itu, 673.50 milion token akan diedarkan kepada penasihat dan ahli projek manakala 438.25 milion token akan diberikan kepada pelabur.

Saat ini, Arbitrum berada di kedudukan 50 dari segi permodalan pasaran. Andaikan harga $ARB kekal sama (AS$1.99), mata wang kripto ini akan melonjak ke kedudukan 29 di antara Immutable ($IMX) dan Optimism ($OP).

Bagaimanapun, ramai pelabur membuat spekulasi pelepasan token berskala sebesar ini akan mencairkan pasaran $ARB dan mengakibatkan aset itu dianggap berlebihan, oleh itu “kurang bernilai”. Tambahan pula, mereka yang menerima token ini mungkin menjual token yang telah mereka terima di pasaran terbuka untuk menjana pendapatan. Dalam kedua-dua situasi itu, harga $ARB mungkin akan mengalami fluktuasi, dan dalam keadaan terburuk, harga tersebut mungkin akan merosot secara mendadak.

Namun, ada juga yang optimis dan berpendapat pelepasan token ini tidak akan memberi kesan yang signifikan terhadap harga aset ini kerana sudah diambil kira oleh pasaran (priced in) dan kerana Arbitrum merupakan projek yang kukuh.

Anda memiliki $ARB? Jom kongsi strategi anda!

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

You may also like

Leave a comment

Stay ahead in the crypto game with us! Get insightful news and analysis in Malay, plus expert English-Malay translation services for all your crypto content needs.

 

Don’t miss your chance to dominate the Malaysian crypto market. Translate your content now!

Editor's Choice

Latest

Warning:

The information on our website is not intended to be financial or investment advice. It is for informational and entertainment purposes only. You are encouraged to consult with a licensed or registered financial or investment advisor before making any investment decisions. Investing in cryptocurrency is a risky activity, and in the worst-case scenario, you could lose your entire investment and savings. If you don’t know what you’re doing,  it is then better for you to stay away from cryptocurrency.

Amaran:

Maklumat dalam laman web kami bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan tetapi untuk tujuan hiburan dan perkongsian maklumat sahaja. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan yang berlesen atau berdaftar sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam mata wang kripto ialah aktiviti berisiko, dan dalam kes yang paling teruk, anda boleh kehilangan keseluruhan pelaburan dan simpanan anda. Elakkan daripada melabur dalam mata wang kripto sama sekali jika anda tidak memahami risikonya.

All rights reserved. Hak cipta terpelihara 2023-2024 ©  KriptoHarian.my, a product of Kriptly Media PLT (LLP0028199-LGN) (formerly known as Discover Like Bornean PLT).

Terima kasih kerana berminat dengan artikel ini. Klik ya untuk membaca.
Baki kredit : 0
Bayaran balik hanya dibenarkan untuk kes yang dinyatakan dalam syarat penggunaan laman web kami. Adakah anda pasti ingin membatalkan langganan?
Your complete crypto content solution, from news to high-quality Malay translations, world's first.
-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00