Home Berita Dencun Upgrade: Peningkatan Ethereum yang bakal mengubah landskap DeFi.

Dencun Upgrade: Peningkatan Ethereum yang bakal mengubah landskap DeFi.

by Editor Kripto Harian
577 views 3 minutes
A+A-
Reset

Pada jam 9.55pm nanti, peningkatan Dencun akan diaktifkan pada mainnet Ethereum. Peristiwa penting ini bukan sahaja membuka peluang bagi Ethereum untuk menjadi blok rantai yang benar-benar boleh skala (scalable) suatu hari nanti tetapi bakal mengubah panorama DeFi.

Dencun melibatkan beberapa perubahan dalam kod Ethereum, tetapi perkara yang menjadi perbualan hangat dalam komuniti mata wang kripto ialah proto-danksharding, inovasi yang mampu mengurangkan lagi kos untuk transaksi yang dilaksanakan melalui penyelesian lapisan 2 (Layer 2, L2) seperti Arbitrum Rollup dan Optimism.

Walaupun Ethereum merupakan salah satu rangkaian yang paling selamat dan terbesar, ia turut mempunyai kekurangnnya, khususnya dari segi daya pemprosesan transaksi (transaction throughput) dan kos.

Dari sudut daya pemprosesan, mengikut L2Beat data, blok rantai ini mengendalikan 13.68 transaksi sesaat secara purata semalam. Kalau berbanding dengan 65,000 transaksi sesaat yang boleh dikendalikan oleh rangkaian pembayaran Visa, VisaNet (mengikut lembaran fakta yang dibekalkan oleh Visa, walaupun ramai yang skeptikal), kapasiti Ethereum boleh dikatakan amat terhad sekali.

Apabila rangkaian Ethereum sesak, pengguna-pengguna khususnya mereka yang perlu membuat transaksi segera, terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk memasukkan transaksi mereka ke dalam blok rantai. Caranya senang sahaja. Mereka boleh menawarkan tip yang tinggi kepada pengesah (validators) supaya transaksi mereka diberikan keutamaan. Tip ini dikenali sebagai bayaran prioriti (priority fee) manakala bayaran asas (base fee) merujuk kepada caj minimum yang ditetapkan oleh protokol yang harus dibayar dalam apa jua keadaan. Pendek kata, jumlah kos transaksi atau lebih dikenali sebagai “gas fee” = bayaran asas (base fee) + bayaran prioriti (priority fee).

“Gas” ialah komponen yang penting untuk rangkaian Ethereum. Ia berfungsi sebagai “bahan api” yang membolehkan Ethereum beroperasi, dengan cara yang sama seperti kereta memerlukan petrol (“gas” dalam bahasa Inggeris bermaksud fuel, iaitu bahan api).

Walaupun anda boleh mencadangkan jumlah yang anda sanggup bayar untuk melaksanakan transaksi anda, kebanyakan penyedia dompet kripto, secara automatik, akan mengesyorkan jumlah bayaran untuk mengelakkan kerumitan.

Dengan menggunakan analogi trafik, Ethereum dikatakan menghadapi cabaran “kesesakan lalu lintas” dan “tol yang mahal”.

Apakah cara yang berkesan untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas? Kongsi kereta? Ya. Idea yang sama boleh juga digunakan untuk menyelesaikan cabaran yang dihadapi Ethereum itu. Apa kata kita kumpulkan transaksi-transaksi dulu sebelum memasukkan transaksi-transaksi tersebut ke dalam rangkaian Ethereum? Dengan in, kesesakan dan kos dapat dikurangkan kerana tol turut dikongsi sesama penumpang. Penyelesaian yang mengaplikasikan idea “kongsi kereta” ini dipanggil Lapisan 2 (Layer 2, L2). Arbitrum Rollup, Optimism, zkSync, ialah antara L2 yang paling popular.

Sebagai contoh, kos untuk transaksi yang dilakukan melalui L2 jenis rollups adalah ~5-20x lebih murah daripada Ethereum (iaitu Lapisan 1, L1).

Walaupun L2 adalah lebih murah daripada Ethereum Mainnet, namun, kos itu boleh lagi dioptimumkan.

Menurut Ethereum.org, lebih 90% daripada kos yang dibayar oleh pengguna L2 jenis rollup adalah untuk menanggung kos penyimpanan data. Kos penyimpanan data boleh dikurangkan kalau data disimpan dalam bentuk sementara yang dipanggil blob dan akan dipadamkan daripada Ethereum apabila data itu tidak lagi diperlukan. Pendekatan ini dikenali sebagai Proto-Danksharding atau EIP-4844 dan merupakan sebahagian daripada Dencun Upgrade.

Pengendali nod & stakers mesti meningkatkan perisian mereka kepada keluaran yang disenaraikan dalam pengumuman Ethereum.org ini.

https://blog.ethereum.org/…/27/dencun-mainnet-announcement

Anda juga boleh menyertai strim langsung komuniti yang bermula pada 9pm nanti untuk mendapatkan kemas kini terkini peristiwa ini bersama dengan komuniti Ethereum dari seluruh dunia.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

You may also like

Leave a comment

Stay ahead in the crypto game with us! Get insightful news and analysis in Malay, plus expert English-Malay translation services for all your crypto content needs.

 

Don’t miss your chance to dominate the Malaysian crypto market. Translate your content now!

Editor's Choice

Latest

Warning:

The information on our website is not intended to be financial or investment advice. It is for informational and entertainment purposes only. You are encouraged to consult with a licensed or registered financial or investment advisor before making any investment decisions. Investing in cryptocurrency is a risky activity, and in the worst-case scenario, you could lose your entire investment and savings. If you don’t know what you’re doing,  it is then better for you to stay away from cryptocurrency.

Amaran:

Maklumat dalam laman web kami bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan tetapi untuk tujuan hiburan dan perkongsian maklumat sahaja. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan yang berlesen atau berdaftar sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam mata wang kripto ialah aktiviti berisiko, dan dalam kes yang paling teruk, anda boleh kehilangan keseluruhan pelaburan dan simpanan anda. Elakkan daripada melabur dalam mata wang kripto sama sekali jika anda tidak memahami risikonya.

All rights reserved. Hak cipta terpelihara 2023-2024 ©  KriptoHarian.my, a product of Kriptly Media PLT (LLP0028199-LGN) (formerly known as Discover Like Bornean PLT).

Terima kasih kerana berminat dengan artikel ini. Klik ya untuk membaca.
Baki kredit : 0
Bayaran balik hanya dibenarkan untuk kes yang dinyatakan dalam syarat penggunaan laman web kami. Adakah anda pasti ingin membatalkan langganan?
Your complete crypto content solution, from news to high-quality Malay translations, world's first.
-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00