Coinbase Derivatives: Membuka pintu ke arah niaga hadapan berleveraj untuk Dogecoin, Litecoin, dan Bitcoin Cash!

Coinbase Derivatives telah memfailkan permohonan kepada Suruhanjaya Dagangan Komoditi dan Niaga Hadapan AS (CFTC) untuk menawarkan produk niaga hadapan Dogecoin, Litecoin, dan Bitcoin Cash pada 7 Mac. Berita ini dikongsi buat pertama kali oleh seorang pengguna platform sosial X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) pada 21 Mar, yang kemudiannya turut disahkan oleh akaun X rasmi untuk Coinbase Institutional.

Industri kripto memandang Suruhanjaya Dagangan Komoditi dan Niaga Hadapan AS (CFTC) sebagai pengawal selia yang lebih mesra kripto berbanding dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa negara itu, yang dikatakan bermusuhan terhadap industri kripto dan melancarkan tindakan penguatkuasaan yang bertubi-tubi terhadapnya.

Untuk mengelakkan kekeliruan, Coinbase Exchange tidak sama dengan Coinbase Derivatives atau Coinbase Derivatives Exchange.  

Coinbase Derivatives Exchange merupakan bursa niaga hadapan yang berlesen dan adalah untuk pelabur institusi dan pedagang yang berpengalaman. Ini bermakna pelabur runcit, yang biasanya merujuk kepada individu harian yang melabur dengan dana peribadi mereka, mungkin mempunyai akses terhad bergantung kepada lokasi mereka.

Menurut Coinbase Institutional, Coinbase Derivatives akan melancarkan kontrak niaga hadapan berleveraj dan dikawal CFTC untuk Bitcoin Cash, Dogecoin dan Litecoin pada bulan April nanti.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

Related articles

Fetch.ai, SingularityNET, dan Ocean Protocol berpadu tenaga membentuk persekutuan intelek AI dengan jenama The Superintelligence Alliance, mencadangkan satu token universal untuk ketiga-tiga projek. $ASI

KuCoin dan pengasasnya dilabelkan dengan pelbagai dakwaan – dari kesalahan jenayah hingga operasi tanpa lesen. Apakah yang membelenggu platform dagangan kripto popular ini?

Top up dengan gaya! Grab di Singapura kini terima top up e-dompet GrabPay dengan mata wang kripto.