Fetch.ai, SingularityNET, dan Ocean Protocol berpadu tenaga membentuk persekutuan intelek AI dengan jenama The Superintelligence Alliance, mencadangkan satu token universal untuk ketiga-tiga projek. $ASI

Fetch.ai mengumumkan semalam bahawa mereka berhasrat untuk bergabung dengan SingularityNET dan Ocean Protocol untuk menjadikan pakatan itu pemain bebas terbesar dalam penyelidikan dan pembangunan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI).

Pakatan yang bertekad mendominasi pasaran Kecerdasan Buatan Super (Artificial Superintelligence, ASI) ini diberi nama Superintelligence Alliance dan akan menggunakan satu token AI universal yang dikenali sebagai token Artificial Superintelligence, $ASI.

Untuk pengetahuan anda, Kecerdasan Buatan Super merujuk kepada sistem AI yang dibangunkan dengan kecerdasan yang mampu mendahului keupayaan manusia.

Walau bagaimanapun, cadangan ini masih tertakluk kepada pengundian komuniti projek masing-masing melaui cadangan tadbir urus (governance proposal). Pengundian dijangka bermula pada 2hb April dan tamat pada 16 April (7 April untuk Fetch.ai).

Kalau anda memiliki $FET

$FET yang disimpan dalam bursa kripto terpusat (CEX) akan secara automatik ditukar kepada $ASI. Dalam kes ini, tiada tindakan diperlukan daripada anda. Bagi $FET yang tidak disimpan dalam CEX, ia boleh ditukar kepada $ASI pada nisbah 1:1. Dengan kata lain, jika anda memiliki 10,000 $FET, anda akan memiliki 10,000 $ASI selepas pertukaran.

Mekanisme pertukaran token akan dibuat tersedia dalam beberapa minggu akan datang. Pakatan ini berjanji untuk menyediakan mekanisme pertukaran token selama-lamanya bagi membolehkan anda menukar token $FET anda kepada token $ASI tanpa sebarang risiko FX atau pertukaran.

Kalau anda memiliki $OCEAN atau $AGIX

$OCEAN atau $AGIX yang disimpan dalam bursa kripto terpusat (CEX) akan ditukar secara automatik kepada $ASI pada kadar tetap 0.433226 $ASI untuk setiap $OCEAN dan 0.433350 $ASI untuk setiap $AGIX. Tiada tindakan diperlukan daripada anda dalam hal ini.

Bagi $OCEAN atau $AGIX yang tidak disimpan dalam CEX, ia juga boleh ditukar kepada $ASI pada kadar yang sama, iaitu 0.433226 $ASI untuk setiap $OCEAN dan 0.433350 $ASI untuk setiap $AGIX. Mekanisme pertukaran token akan dibuat tersedia dalam beberapa minggu akan datang.

Pakatan ini berjanji untuk menyediakan mekanisme pertukaran token selama-lamanya untuk membolehkan anda menukar token $OCEAN dan $AGIX kepada $ASI tanpa risiko FX atau pertukaran.

Walau bagaimanapun, disarankan agar anda tidak menghantar token $OCEAN dan $AGIX ke CEX selepas proses pertukaran dalam CEX selesai, kecuali dibenarkan oleh CEX anda. Mereka tidak dapat menjamin bahawa token $OCEAN dan $AGIX anda masih boleh ditukar kepada $ASI pada masa tersebut. Anda dinasihatkan untuk mengikuti notis dan pengumuman yang dikeluarkan oleh CEX anda mengenai perkara ini.

Mekanisme pertukaran token

Semua token $FET akan dinamakan semula kepada $ASI dengan jumlah token kekal sama.

Selain itu, sebanyak 1.48 bilion token $ASI akan dicipta. Daripada jumlah tersebut, 867 juta token akan diperuntukkan kepada $AGIX dan 611 juta untuk $OCEAN. Dengan ini, jumlah keseluruhan bekalan token $ASI adalah kira-kira 2.63 bilion.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

Related articles

Coinbase Derivatives: Membuka pintu ke arah niaga hadapan berleveraj untuk Dogecoin, Litecoin, dan Bitcoin Cash!

KuCoin dan pengasasnya dilabelkan dengan pelbagai dakwaan – dari kesalahan jenayah hingga operasi tanpa lesen. Apakah yang membelenggu platform dagangan kripto popular ini?

Top up dengan gaya! Grab di Singapura kini terima top up e-dompet GrabPay dengan mata wang kripto.