Home Berita KuCoin dan pengasasnya dilabelkan dengan pelbagai dakwaan – dari kesalahan jenayah hingga operasi tanpa lesen. Apakah yang membelenggu platform dagangan kripto popular ini?

KuCoin dan pengasasnya dilabelkan dengan pelbagai dakwaan – dari kesalahan jenayah hingga operasi tanpa lesen. Apakah yang membelenggu platform dagangan kripto popular ini?

by Editor Kripto Harian
517 views 2 minutes
A+A-
Reset

KuCoin dikatakan aktif mencari pelanggan dari Amerika Syarikat untuk platform dagangan spot dan niaga hadapannya, menjadikannya tertakluk kepada undang-undang negara tersebut.

FLASHDOT LIMITED, dahulunya dikenali sebagai “Phoenixfin Limited,” PEKEN GLOBAL LIMITED, dan PHOENIXFIN PRIVATE LIMITED merupakan tiga entiti yang bersama-sama menjalankan perniagaan secara kolektif sebagai pertukaran mata wang kripto global KuCoin.

Berdasarkan siaran akhbar Pejabat Peguam A.S. untuk Daerah Selatan New York (SDNY), pertukaran mata wang kripto global terkemuka itu dan dua orang pengasasnya didakwa melakukan kesalahan jenayah di bawah Akta Rahsia Bank dan kesalahan pemindahan wang tanpa lesen.

Pada masa yang sama, Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (The Commodity Futures Trading Commission, CFTC) negara itu turut memfailkan tindakan penguatkuasaan sivil (bukan jenayah) terhadap KuCoin kerana melanggar Akta Pertukaran Komoditi (CEA) dan peraturan CFTC.

Pendek kata, KuCoin dan dua orang pengasasnya yang merupakan warganegara China, iaitu Chun Gan and Ke Tang menghadapi pertuduhan berikut:

Berkomplot untuk mengendalikan perniagaan pemindahan wang tanpa lesen: mengendalikan KuCoin sebagai perkhidmatan pemindahan wang tanpa mendapatkan lesen yang diperlukan daripada kerajaan AS, secara khusus, daripada Rangkaian Penguatkuasaan Jenayah Kewangan (FinCEN).

Berkomplot untuk melanggar Akta Rahsia Bank: Akta tersebut memerlukan institusi kewangan melaksanakan program pencegahan pengubahan wang haram (AML). Tuduhan tersebut mendakwa bahawa KuCoin bersubahat dengan sengaja gagal mengekalkan program AML yang mencukupi, termasuk:

Tidak mempunyai program Kenali Pelanggan Anda (KYC) yang betul untuk mengesahkan identiti pelanggan.

Tidak memfailkan Laporan Aktiviti Mencurigakan (SAR) seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Mengendalikan bursa derivatif aset digital haram:  Walaupun KuCoin tidak berdaftar dengan CFTC, individu yang mengenal pasti diri mereka sebagai pelanggan A.S. tetap dibenarkan untuk berdagang niaga hadapan, melakukan swaps, membiayai transaksi komoditi dan meminjam untuk melakukan transaksi (leveraj dan margin), yang jelasnya telah melanggar Akta Pertukaran Komoditi (CEA) dan peraturan CFTC. KuCoin turut dikatakan gagal mengenakan sebarang sekatan alamat IP untuk menghalang pelanggan A.S. daripada berdagang komoditi atau mengambil kira teknologi yang biasa digunakan seperti rangkaian peribadi maya (VPN) yang berpotensi memintas sekatan alamat IP.

Perlu diperhatikan bahawa sifat tuduhan yang dikenakan kepada KuCoin oleh kedua-dua agensi adalah berbeza. Manakala pejabat peguam mendakwa bahawa KuCoin telah melakukan kesalahan jenayah dengan memudahkan pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganasan, CFTC sebaliknya memberi tumpuan kepada operasi KuCoin tanpa lesen.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

Leave a comment

Stay ahead in the crypto game with us! Get insightful news and analysis in Malay, plus expert English-Malay translation services for all your crypto content needs.

 

Don’t miss your chance to dominate the Malaysian crypto market. Translate your content now!

Editor's Choice

Latest

Warning:

The information on our website is not intended to be financial or investment advice. It is for informational and entertainment purposes only. You are encouraged to consult with a licensed or registered financial or investment advisor before making any investment decisions. Investing in cryptocurrency is a risky activity, and in the worst-case scenario, you could lose your entire investment and savings. If you don’t know what you’re doing,  it is then better for you to stay away from cryptocurrency.

Amaran:

Maklumat dalam laman web kami bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan tetapi untuk tujuan hiburan dan perkongsian maklumat sahaja. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan yang berlesen atau berdaftar sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam mata wang kripto ialah aktiviti berisiko, dan dalam kes yang paling teruk, anda boleh kehilangan keseluruhan pelaburan dan simpanan anda. Elakkan daripada melabur dalam mata wang kripto sama sekali jika anda tidak memahami risikonya.

All rights reserved. Hak cipta terpelihara 2023-2024 ©  KriptoHarian.my, a product of Kriptly Media PLT (LLP0028199-LGN) (formerly known as Discover Like Bornean PLT).

Terima kasih kerana berminat dengan artikel ini. Klik ya untuk membaca.
Baki kredit : 0
Bayaran balik hanya dibenarkan untuk kes yang dinyatakan dalam syarat penggunaan laman web kami. Adakah anda pasti ingin membatalkan langganan?
Your complete crypto content solution, from news to high-quality Malay translations, world's first.
-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00