Home Berita JPMorgan: Permintaan runcit untuk bitcoin dijangka tinggi menjelang “halving” 2024.

JPMorgan: Permintaan runcit untuk bitcoin dijangka tinggi menjelang “halving” 2024.

by Editor Kripto Harian
Published Last updated on 164 views 1 minutes
A+A-
Reset

“Halving” yang berlaku pada tahun 2016 dan 2020 diikuti dengan kenaikan harga Bitcoin, menurut pemerhatian JPMorgan. Oleh itu, bank itu percaya kemungkinan besar permintaan daripada pelabur runcit untuk Bitcoin dijangka tinggi menjelang Bitcoin “halving” yang akan berlaku pada April 2024.

Selain itu, kos pengeluaran Bitcoin yang seringkali dikaitkan dengan “harga minimum” mata wang kripto itu turut dijangka akan naik ke kira-kira $40,000.

Nilai Bitcoin adalah sekitar USD 26,444 (RM 122,136) pada hari ini (8 Jun 2023).

Apakah “halving”?

Secara ringkasnya, blok rantai ialah rantaian transaksi mata wang kripto yang disimpan dalam struktur data yang dipanggil blok.

Setiap komputer yang mengambil bahagian dalam rangkaian akan menyimpan satu salinan blok rantai yang dikemas kini dari semasa ke semasa.

Semua transaksi baru akan ditambahkan ke dalam blok rantai melalui blok yang baru dicipta.

Proses pembentukan blok baru ini dikenali sebagai perlombongan. Perlombongan, dalam konteks Bitcoin, juga ialah proses yang mencipta atau memasukkan Bitcoin baru ke dalam peredaran.

Pelombong yang berjaya melombong blok baru berhak untuk menerima Bitcoin sebagai ganjaran. Setiap empat tahun, ganjaran ini akan dikurangkan separuh. Peristiwa ini dipanggil “halving.”

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

You may also like

Leave a comment

Stay ahead in the crypto game with us! Get insightful news and analysis in Malay, plus expert English-Malay translation services for all your crypto content needs.

 

Don’t miss your chance to dominate the Malaysian crypto market. Translate your content now!

Editor's Choice

Latest

Warning:

The information on our website is not intended to be financial or investment advice. It is for informational and entertainment purposes only. You are encouraged to consult with a licensed or registered financial or investment advisor before making any investment decisions. Investing in cryptocurrency is a risky activity, and in the worst-case scenario, you could lose your entire investment and savings. If you don’t know what you’re doing,  it is then better for you to stay away from cryptocurrency.

Amaran:

Maklumat dalam laman web kami bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan tetapi untuk tujuan hiburan dan perkongsian maklumat sahaja. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan yang berlesen atau berdaftar sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam mata wang kripto ialah aktiviti berisiko, dan dalam kes yang paling teruk, anda boleh kehilangan keseluruhan pelaburan dan simpanan anda. Elakkan daripada melabur dalam mata wang kripto sama sekali jika anda tidak memahami risikonya.

All rights reserved. Hak cipta terpelihara 2023-2024 ©  KriptoHarian.my, a product of Kriptly Media PLT (LLP0028199-LGN) (formerly known as Discover Like Bornean PLT).

Terima kasih kerana berminat dengan artikel ini. Klik ya untuk membaca.
Baki kredit : 0
Bayaran balik hanya dibenarkan untuk kes yang dinyatakan dalam syarat penggunaan laman web kami. Adakah anda pasti ingin membatalkan langganan?
Your complete crypto content solution, from news to high-quality Malay translations, world's first.
-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00