Home Berita Peristiwa 2021: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ambil tindakan penguatkuasaan terhadap Binance kerana beroperasi secara haram di Malaysia

Peristiwa 2021: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ambil tindakan penguatkuasaan terhadap Binance kerana beroperasi secara haram di Malaysia

by Editor Kripto Harian
Published Last updated on 326 views 2 minutes
A+A-
Reset

Pada 30 Julai 2021, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Binance kerana mengendalikan bursa aset digital (Digital Asset Exchange, DAX) secara haram di Malaysia.

Menurut kenyataan akhbar SC, SC telah mengeluarkan satu celaan awam terhadap Binance kerana terus beroperasi secara haram di Malaysia walaupun telah dimasukkan ke dalam Senarai Peringatan Pelabur SC pada bulan Julai 2020.

Tangkapan skrin senarai peringatan pelabur SC yang menunjukkan Binance dalam senarai.

Sehubungan ini, celaan awam telah dikeluarkan terhadap Binance Holdings Limited (didaftarkan di Kepulauan Cayman), Ketua Pegawai Eksekutifnya Zhao Changpeng, serta tiga entiti Binance yang lain, iaitu Binance Digital Limited (didaftarkan di UK), Binance UAB (didaftarkan di Lithuania) dan Binance Asia Services Pte Ltd (didaftarkan di Singapura).

Keempat-empat entiti Binance itu turut diperintahkan oleh SC untuk:

a) menyahupayakan laman web Binance (www.binance.com) dan aplikasi mudah alih di Malaysia dalam tempoh 14 hari bekerja dari 26 Julai 2021;
b) segera menghentikan semua aktiviti media dan pemasaran, termasuk mengedarkan, menerbitkan atau menghantar iklan dan/atau bahan pemasaran lain, sama ada melalui e-mel atau sebagainya, kepada pelabur Malaysia; dan
c) segera menghalang pelabur Malaysia daripada mengakses kumpulan Telegram Binance.

Zhao, selaku CEO Binance Holdings Limited, juga telah diperintahkan secara khusus untuk memastikan bahawa arahan di atas dilaksanakan.

Tindak balas Binance

Beberapa minggu kemudian, pada 13 Ogos 2021, Binance mengumumkan bahawa mereka akan menyekat penawaran produk di Malaysia. Menurut pengumuman itu, memandangkan Binance sentiasa menilai tawaran produk dan perkhidmatannya untuk kekal mematuhi peraturan tempatan, mereka akan menghentikan produk dan tawaran berikut di Malaysia.
• Pasangan dagangan MYR (MYR trading pairs)
• Pilihan pembayaran MYR (MYR payment options)
• Aplikasi peniaga P2P (P2P merchant applications)

MX Global menerima modal daripada Binance

Tidak lama selepas itu, platform pertukaran mata wang kripto yang berdaftar dengan SC, MX Global Sdn Bhd, mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh modal daripada Binance.

Sumber foto: Profil Linkedin Datuk Fadzli Shah

Menurut berita yang diterbitkan oleh theedgemalaysia.com, MX Global memaklumkan bahawa Binance telah membuat pelaburan ekuiti dalam syarikat itu. Selain itu, ketua pegawai eksekutif (CEO) MX Global, Datuk Fadzli Shah turut menyatakan bahawa kumpulan fintech itu berhasrat untuk menjadi platform mudah tunai (liquidity) pilihan untuk pelabur aset digital atau mata wang kripto dan juga untuk pengeluar token tempatan dan antarabangsa.

Seperti yang dijangkakan, kerjasama ini antara Binance dan MX Global dialu-alukan oleh komuniti mata wang kripto di Malaysia.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

You may also like

Leave a comment

Stay ahead in the crypto game with us! Get insightful news and analysis in Malay, plus expert English-Malay translation services for all your crypto content needs.

 

Don’t miss your chance to dominate the Malaysian crypto market. Translate your content now!

Editor's Choice

Latest

Warning:

The information on our website is not intended to be financial or investment advice. It is for informational and entertainment purposes only. You are encouraged to consult with a licensed or registered financial or investment advisor before making any investment decisions. Investing in cryptocurrency is a risky activity, and in the worst-case scenario, you could lose your entire investment and savings. If you don’t know what you’re doing,  it is then better for you to stay away from cryptocurrency.

Amaran:

Maklumat dalam laman web kami bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan tetapi untuk tujuan hiburan dan perkongsian maklumat sahaja. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan yang berlesen atau berdaftar sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam mata wang kripto ialah aktiviti berisiko, dan dalam kes yang paling teruk, anda boleh kehilangan keseluruhan pelaburan dan simpanan anda. Elakkan daripada melabur dalam mata wang kripto sama sekali jika anda tidak memahami risikonya.

All rights reserved. Hak cipta terpelihara 2023-2024 ©  KriptoHarian.my, a product of Kriptly Media PLT (LLP0028199-LGN) (formerly known as Discover Like Bornean PLT).

Terima kasih kerana berminat dengan artikel ini. Klik ya untuk membaca.
Baki kredit : 0
Bayaran balik hanya dibenarkan untuk kes yang dinyatakan dalam syarat penggunaan laman web kami. Adakah anda pasti ingin membatalkan langganan?
Your complete crypto content solution, from news to high-quality Malay translations, world's first.
-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00