Home Berita Multichain hilang keupayaan untuk beroperasi selepas CEO ditangkap polis. Minta GoDaddy menutup laman web.

Multichain hilang keupayaan untuk beroperasi selepas CEO ditangkap polis. Minta GoDaddy menutup laman web.

by Editor Kripto Harian
Published Last updated on 273 views 4 minutes
A+A-
Reset

Pasukan di sebalik projek yang sebelum ini boleh dikatakan antara projek kewangan kripto yang paling cerah masa depannya telah mengumumkan keputusan yang mengejutkan. Projek ini tidak lagi mampu beroperasi kerana dilanda tragedi yang paling tidak diingini.

Tragedi ini bermula dengan CEO Zhaojun ditangkap polis pada 21 Mei 2023 di rumahnya di negara Cina. Tidak lama kemudian, pada 7 Julai, mengikut data yang diberikan oleh DefiLlama aset sejumlah kira-kira RM 587 juta (USD 126 juta) dipindah keluar dari platform itu “secara tidak normal”.

Multichain dilancarkan dengan nama Anyswap pada Julai 2020 oleh Zhaojun dan Deju Qian. Entiti kewangan desentralisasi (decentralized finance, DeFi) ini kemudiannya dijenamakan semula menjadi Multichain.

Belajar tentang kewangan desentralisasi (decentralized finance, DeFi) melalui artikel kami ini.

Berikut merupakan garis masa yang diberikan oleh Multichain melalui platform sosial X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) mengenai peristiwa yang malang ini.

Pada 21 Mei 2023, ketua pegawai eksekutif Multichain Zhaojun telah ditahan oleh polis di China. Sejak itu, pasukan global Multichain tidak lagi dapat menghubungi CEO mereka. Atas sebab tertentu, pasukan itu telah menghubungi pengendali nod MPC (Multi-Party Computional nodes operators) platform itu. Berdasarkan pemahaman kami, platform itu mungkin memerlukan bantuan untuk menyelesaikan sesetengah isu teknikal yang kritis pada masa itu.

Malangnya, usaha itu sia-sia. Mereka mendapati kunci akses (operational access key) untuk pelayan (servers) nod MPC yang berkenaan sudah pun dibatalkan (oleh siapa?). Lebih-lebih lagi, CEO yang tidak tentu nasibnya itu merupakan satu-satunya pihak yang mempunyai akses kepada pelayan-pelayan tersebut.

Walaupun pasukan projek itu kemudiannya berjaya menghubungi keluarga Zhaojun, apa yang menantikan mereka ialah satu lagi berita yang buruk. Mereka diberitahu bahawa semua komputer, telefon, dompet perkakasan dan frasa mnemonik (mnemonic phrases) Zhaojun telah dirampas oleh pihak berkuasa China.

Untuk pengetahuan anda, frasa mnemonik dalam konteks mata wang kripto berfungsi lebih kurang sama dengan kata laluan. Perbezaannya, sekiranya anda kehilangan kata laluan ini, anda tidak akan dapat memulihkannya. Sesiapa yang memiliki frasa mnemonik anda akan berkebolehan untuk memiliki aset kripto yang “terikat” kepada frasa mnemonik itu.

Dengan ini, jelasnya semua dana yang disimpan dalam Multichain buat masa ini hanya dapat diakses oleh Zhaojun atau pihak berkuasa China.

Selepas mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk permintaan ahli keluarga Zhaojun, undang-undang tempatan dan juga nasihat peguam, pasukan Multichain membuat keputusan untuk merahsiakan insiden itu daripada orang ramai. Namun demikian, berdasarkan kajian kami, mereka sebenarnya pernah memberi amaran kepada pengguna mengenai gangguan perkhidmatan pada 25 Mei.

Beberapa hari kemudian, pasukan itu mengubah fikiran dan memutuskan untuk berterus terang dengan semua orang. Pengumuman yang menggemparkan komuniti kripto itu dibuat melalui akaun rasmi X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) Multichain.

Pada 4 Jun, keluarga Zhaojun berjaya log masuk ke pelayan nod MPC melalui komputernya. Soalannya, bukankah semua komputer Zhaojun telah dirampas polis? Yang menyusahkan, jurutera Multichain diperlukan hadir di rumah CEO mereka dan menggunakan komputer itu untuk menyelesaikan isu teknikal yang dihadapi platform itu.

Dalam tempoh itu, pasukan projek itu diberitahu bahawa CEO mereka akan dilepaskan tidak lama lagi. Mereka diminta untuk meneruskan operasi seperti biasa. Namun, tiada maklumat mengenai kes itu didedahkan kepada mereka. Yang boleh dipastikan, keluarga Zhaojun dan peguam sedang berunding dengan pihak polis.

Kemuncak peristiwa itu berlaku pada 7 Julai apabila sejumlah besar aset platform itu dipindah ke alamat kripto asing yang tidak dikenali. Menurut kakak/adik perempuan Zhaojun, maklumat log masuk dari sebuah alamat IP yang berasal dari Kunming (nama tempat di China) telah dikenal pasti. Mungkinkah ini alamat yang dikawal oleh pihak penguatkuasaan China?

Dua hari kemudian, pasukan projek itu dimaklumkan oleh kakak/adik perempuan Zhaojun bahawa dia telah memindahkan baki aset yang masih tertinggal dalam Multichain ke alamat kripto yang dikawal olehnya sebagai langkah pencegahan.

Pada 13 Julai, menurut maklumat yang diberikan oleh keluarga Zhaojun, polis telah menahan kakak/adik perempuan Zhaojun. Kini, orang hubungan utama itu juga tidak lagi dapat dihubungi. Status aset di bawah jagaannya tidak diketahui.

Keadaan nampaknya sudah tidak terkawal. Tanpa pilihan yang lain, pasukan yang selama ini berjuang bersendirian itu terpaksa membuat keputusan yang paling tidak diingini. Multichain akan berhenti beroperasi. Laman web DeFi itu perlu ditutup serta merta. Masalahnya, mereka tiada akses untuk menutup laman web dan terpaksa meminta bantuan GoDaddy. GoDaddy merupakan salah satu penyedia pengehosan web (web hosting) dan pendaftar domain (domain registrar) yang terkenal. Kami tidak pasti skop perkhidmatan GoDaddy untuk MultiChain.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

You may also like

Leave a comment

Stay ahead in the crypto game with us! Get insightful news and analysis in Malay, plus expert English-Malay translation services for all your crypto content needs.

 

Don’t miss your chance to dominate the Malaysian crypto market. Translate your content now!

Editor's Choice

Latest

Warning:

The information on our website is not intended to be financial or investment advice. It is for informational and entertainment purposes only. You are encouraged to consult with a licensed or registered financial or investment advisor before making any investment decisions. Investing in cryptocurrency is a risky activity, and in the worst-case scenario, you could lose your entire investment and savings. If you don’t know what you’re doing,  it is then better for you to stay away from cryptocurrency.

Amaran:

Maklumat dalam laman web kami bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan tetapi untuk tujuan hiburan dan perkongsian maklumat sahaja. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan yang berlesen atau berdaftar sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam mata wang kripto ialah aktiviti berisiko, dan dalam kes yang paling teruk, anda boleh kehilangan keseluruhan pelaburan dan simpanan anda. Elakkan daripada melabur dalam mata wang kripto sama sekali jika anda tidak memahami risikonya.

All rights reserved. Hak cipta terpelihara 2023-2024 ©  KriptoHarian.my, a product of Kriptly Media PLT (LLP0028199-LGN) (formerly known as Discover Like Bornean PLT).

Terima kasih kerana berminat dengan artikel ini. Klik ya untuk membaca.
Baki kredit : 0
Bayaran balik hanya dibenarkan untuk kes yang dinyatakan dalam syarat penggunaan laman web kami. Adakah anda pasti ingin membatalkan langganan?
Your complete crypto content solution, from news to high-quality Malay translations, world's first.
-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00