Home Berita Dell menyertai majlis pentadbiran projek kripto yang sudah disokong oleh jenama-jenama terbesar di dunia. Hedera: Ucap Helo Kepada Masa Depan! #HBAR

Dell menyertai majlis pentadbiran projek kripto yang sudah disokong oleh jenama-jenama terbesar di dunia. Hedera: Ucap Helo Kepada Masa Depan! #HBAR

by Editor Kripto Harian
Published Last updated on 254 views 2 minutes
A+A-
Reset

Syarikat pengeluar komputer menjadi ahli Majlis Pentadbiran (governing council) untuk projek kripto gred perusahaan yang disokong oleh jenama-jenama antarabangsa yang terkenal di dunia, termasuk Google, Boeing, LG, IBM, University College London (UCL) dan bank yang terbesar di negara jiran kita Singapura, DBS Bank.

Pada 7 Februari 2023, Majlis Pentadbiran Hedera mengumumkan Dell Technologies menjadi syarikat terbaharu yang menyertai majlis tersebut untuk membantu organisasi-organisasi yang lain meneroka teknologi lejar teragih/tersebar (Distributed Ledger Technology, DLT).

Sebagai ahli aktif kepada Majlis dan rangkaian Hedera, Dell akan dapat memperoleh pengalaman melalui peluang yang disediakan oleh teknologi yang baharu ini secara langsung dengan menjalankan nod Hederanya sendiri, membangunkan aplikasi berasaskan Hedera untuk “persekitaran misi-kritikal yang sangat terdesentralisasi” (highly decentralized mission-critical environments) seperti pengkomputeran pinggir (edge computing) dan berkongsi penemuan secara terbuka untuk pembelajaran kolektif industri.

Penyertaan Dell dalam Majlis itu adalah sejajar dengan inisiatifnya yang lain yang memfokuskan pada penyahpusatan data seperti Project Alvarium, satu “Fabrik Keyakinan Data” (Data Confidence Fabric, DCF) yang mampu mengukur kepercayaan (trust) data.

Bill Miller, pengerusi bersama Jawatankuasa Keahlian untuk Majlis Pentadbiran Hedera, berkata, “Dell ialah peneraju global dalam bidang teknologi dan mempunyai jejak global yang luas. Seperti Hedera, Dell mempunyai inovasi dan skala pada terasnya. Wawasan dan pengalaman pengkomputeran Dell yang berdekad-dekad akan membawa lebih banyak kepakaran dan pemikiran yang inovatif kepada Majlis Pentadbiran Hedera.”

Sebagai salah satu penyedia infrastruktur yang paling penting di dunia, penyertaan Dell akan mengukuhkan lagi keupayaan Hedera untuk membantu pelanggan dalam transformasi digital mereka melalui aplikasi teknologi Web3 dan DLT (Distributed Ledger Technology).

Baru-baru ini, pada 17 Mei, COFRA Holding, syarikat yang berpangkalan di Switzerland turut menjadi ahli Majlis Pentadbiran Hedera.

Majlis Pentadbiran Hedera terdiri daripada tidak melebihi 39 organisasi yang mentadbir rangkaian Hedera. Setakat hari ini, 29 daripada 39 kerusi majlis pentadbiran tersebut telah ditentukan.

Presiden Hedera, Brett McDowell. Sumber foto: Akaun X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) Brett McDowell.

Untuk mereka yang berdagang, Hedera mempunyai mata wang kripto asli sendiri yang bernama HBAR (ℏ) dan boleh dijual beli melalui pertukaran mata wang kripto seperti Binance, Coinbase, dan Saucerswap. HBAR digunakan untuk membayar yuran transaksi dan juga digunakan untuk melindungi rangkaian daripada serangan melalui mekanisme “bukti pegangan” (proof-of-stake).

Penafian: Anda dinasihatkan untuk menerima bahawa pengarang artikel ini mungkin memiliki/membeli (long)/menjual (short) mana-mana atau semua aset yang disebut dalam artikel ini. Oleh itu, mereka mungkin berat sebelah apabila membuat kenyataan positif atau negatif tentang aset tersebut. Anda harus sentiasa melakukan penyelidikan bebas anda sendiri.

Sokongan

Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?

You may also like

Leave a comment

Stay ahead in the crypto game with us! Get insightful news and analysis in Malay, plus expert English-Malay translation services for all your crypto content needs.

 

Don’t miss your chance to dominate the Malaysian crypto market. Translate your content now!

Editor's Choice

Latest

Warning:

The information on our website is not intended to be financial or investment advice. It is for informational and entertainment purposes only. You are encouraged to consult with a licensed or registered financial or investment advisor before making any investment decisions. Investing in cryptocurrency is a risky activity, and in the worst-case scenario, you could lose your entire investment and savings. If you don’t know what you’re doing,  it is then better for you to stay away from cryptocurrency.

Amaran:

Maklumat dalam laman web kami bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan tetapi untuk tujuan hiburan dan perkongsian maklumat sahaja. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan yang berlesen atau berdaftar sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam mata wang kripto ialah aktiviti berisiko, dan dalam kes yang paling teruk, anda boleh kehilangan keseluruhan pelaburan dan simpanan anda. Elakkan daripada melabur dalam mata wang kripto sama sekali jika anda tidak memahami risikonya.

All rights reserved. Hak cipta terpelihara 2023-2024 ©  KriptoHarian.my, a product of Kriptly Media PLT (LLP0028199-LGN) (formerly known as Discover Like Bornean PLT).

Terima kasih kerana berminat dengan artikel ini. Klik ya untuk membaca.
Baki kredit : 0
Bayaran balik hanya dibenarkan untuk kes yang dinyatakan dalam syarat penggunaan laman web kami. Adakah anda pasti ingin membatalkan langganan?
Your complete crypto content solution, from news to high-quality Malay translations, world's first.
-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00