Menurut laporan Decrypt, ikat jamin Do Kwon, iaitu pengasas Terraform Labs yang disaman atas tuduhan pemalsuan dokumen rasmi, telah dibatalkan.
Mahkamah Tinggi Montenegro di Podgorica telah membatalkan keputusan Mahkamah Rendah untuk membebaskan Do Kwon dan bekas ketua pegawai kewangannya Han Chong-joon dengan ikat jamin €400,000 ($436,000) masing-masing. Keputusan ini dibuat atas rayuan pihak pendakwa.
Kedua-dua lelaki itu telah didakwa menggunakan pasport negara Belgium dan Costa Rica yang palsu apabila cuba berlepas ke Dubai dari Podgorica. Mereka menegaskan bahawa pasport yang digunakan oleh mereka pasa masa itu adalah pasport yang sah.
Dalam masa yang sama, Do Kwon juga menghadapi kes mahkamah di Amerika Syarikat dan Korea Selatan.
Kes di Korea Selatan
Mahkamah Korea Selatan mengeluarkan waran tangkap terhadap Do Kwon pada September 2022 yang mendakwa dia telah melanggar undang-undang pasaran modal negara itu. Waran itu dikeluarkan empat bulan selepas kegagalan mata wang kripto stabil (stablecoin) Terraform Labs, UST. Kegagalan UST membawa kesan yang amat dahsyat terhadap industri mata wang kripto. Banyak perniagaan terkenal dalam dunia mata wang kripto terjejas atau muflis, termasuk Three Arrows Capital (3AC) dan Celsius Network.
Kes di Amerika Syarikat
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat mendakwa Terraform Labs PTE Ltd dan CEO Do Kwon mendalangi penipuan yang melibatkan mata wang kripto stabil (stablecoin) dan sekuriti aset kripto yang lain. Menurut kenyataan akhbar suruhajayan AS itu, “Terraform dan Do Kwon gagal memberikan pendedahan penuh, adil dan jujur kepada orang ramai seperti yang diperlukan untuk pelbagai sekuriti aset kripto, khususnya mengenai LUNA dan Terra USD.”
Pengerusi SEC Gary Gensler turut berkata “Kami juga mendakwa bahawa mereka melakukan penipuan dengan mengulangi kenyataan palsu dan mengelirukan untuk membina kepercayaan sebelum mengakibatkan kerugian besar kepada pelabur.”
Sokongan
Mengapa tidak membeli secawan kopi untuk pengarang ini?