Website Terms of Use ("Terms")
Versi Bahasa Melayu | Revisions
Date first published: 9 July 2023
Syarat Penggunaan Laman Web ("Perjanjian", dengan huruf besar "P")
Versi asal Perjanjian ini adalah dalam bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau butiran yang tidak konsisten atau maklumat yang tidak lengkap, versi Perjanjian asal hendaklah sentiasa diutamakan. Harap maklum.
1. Definisi
1.1. Laman web kami merujuk kepada domain dalam talian kriptoharian.my.
1.2. KH merujuk kepada domain KriptoHarian.my atau Kripto Harian.
1.3. Kriptly merujuk kepada Kriptly Media PLT, iaitu Perkongsian Liabiliti Terhad dengan nombor pendaftaran LLP0028199-LG (sebelum ini dikenali sebagai Discover Like Bornean PLT).
1.4. TLT atau DLT bermaksud Teknologi Lejar Teragih atau Distributed Ledger Technology.
1.5. PLT bermaksud Perkongsian Liabiliti Terhad dalam konteks Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012, Malaysia.
1.6. Pengguna merujuk kepada individu atau entiti yang mengakses atau menggunakan laman web kami. Ini termasuk Pengguna Berdaftar. Anda, yang sedang membaca Perjanjian ini, ialah seorang Pengguna laman web kami.
1.7. Pengguna Berdaftar merujuk kepada individu atau entiti yang mempunyai akaun pengguna dengan laman web kami.
1.8. Pelanggan Biasa merujuk kepada individu atau entiti yang mendaftar dengan laman web kami untuk menerima informasi kemas kini, kandungan atau perkhidmatan tetap yang ditawarkan secara percuma oleh kami.
1.9. Pelanggan Premium merujuk kepada individu atau entiti yang membeli atau membayar untuk melanggan produk atau perkhidmatan kami.
1.10. Klien Langsung (KL) merujuk kepada individu atau entiti yang membuat pembayaran secara langsung kepada kami untuk menerima perkhidmatan yang khusus daripada kami. Sebagai contoh, apabila sebuah perniagaan membayar secara langsung kepada kami untuk mengiklan melalui laman web kami, maka ia ialah klien langsung kami.
1.11. Klien Tak Langsung (KTL) merujuk kepada individu atau entiti yang mengiklan melalui laman web kami dengan menggunakan program pengiklanan pihak ketiga yang khusus untuk tujuan tersebut, seperti Google AdSense. Klien Tak Langsung membuat pembayaran secara tidak langsung kepada kami.
1.12. Pengarang merujuk kepada individu atau entiti yang diterima secara rasmi dan diiktiraf oleh kami untuk menyumbang kandungan atau artikel profesional dalam laman web kami. Pengarang berperanan untuk menjana dan berkongsi pandangan, pengetahuan dan perspektif persendirian mereka. Pengguna yang memberi komen atau pandangannya tentang kandungan dalam laman web kami tidak kami anggap sebagai pengarang.
1.13. Kandungan merujuk kepada sebarang maklumat, bahan atau media yang dicipta, diterbitkan atau dikongsi dalam laman web kami. Ini termasuk teks, imej, video, rakaman audio, dokumen, artikel, dan juga komen.
1.14. Content Contributor Work Agreement (CCWA), iaitu Perjanjian Kerja Penyumbang Kandungan merujuk kepada perjanjian antara pengarang dan kami. Perjanjian ini biasanya ditulis dalam bahasa Inggeris sahaja.
1.15. Direct Client Commercial Agreement (DCCA), iaitu Perjanjian Komersial Klien Langsung merujuk kepada perjanjian komersial antara klien langsung dan kami. Perjanjian ini biasanya ditulis dalam bahasa Inggeris sahaja.
1.16. Content Usage Agreement (CUA) atau Perjanjian Penggunaan Kandungan (PPK) ialah perjanjian yang menggariskan terma, syarat dan peruntukan khusus tentang hak penggunaan kandungan yang dibeli daripada kami. Perjanjian ini biasanya ditulis dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
2. Persetujuan
Lama web ini dimiliki dan diselenggara oleh Kriptly. Dengan mengakses atau menggunakan laman web kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Perjanjian ini, serta sebarang garis panduan, dasar atau terma tambahan yang disebut dalam laman web kami. Perjanjian ini membentuk perjanjian sah yang mengikat antara anda dan Kriptly. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian Perjanjian ini, anda dinasihati untuk mengelak daripada menggunakan laman web kami sama sekali. Kerjasama anda amat kami hargai.
3. Penafian
Maklumat atau kandungan yang boleh didapati dalam laman web kami bukanlah sebarang bentuk tawaran, pengesyoran atau arahan untuk membeli atau menjual produk atau instrumen kewangan atau mana-mana mata wang. Tambahan pula, sebarang informasi yang terkandung dalam laman web kami juga tidak boleh dikendalikan sebagai nasihat kewangan atau pelaburan. Ini adalah kerana kami tidak berlesen atau berdaftar untuk menawarkan atau memberikan sebarang nasihat atau perkhidmatan dalam hal itu. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan yang berlesen atau berdaftar sebelum membuat sebarang keputusan untuk melabur.
4. Syarat am
4.1. Tentang kami: Anda memahami bahawa laman web kami ini ialah satu platform dalam talian yang didedikasikan untuk berkongsi kandungan yang berkaitan dengan Teknologi Lejar Teragih (DLT), blok rantai dan mata wang kripto. Tujuan laman web kami adalah untuk mendidik dan menghibur sahaja. Kandungan dalam laman web kami mungkin ditawarkan secara percuma atau premium (pembayaran). Anda turut memahami bahawa laman web kami ini merupakan satu platform dalam talian yang membolehkan individu atau entiti mencapai matlamat pengiklanan mereka. Oleh itu, semasa menggunakan laman web kami, anda mungkin akan berinteraksi dengan iklan.
4.2. Penggunaan laman web kami: Anda bersetuju untuk menggunakan laman web kami semata-mata untuk tujuan yang sah dengan mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan.
4.3. Interaksi dengan laman web kami: Anda dilarang melakukan sebarang aktiviti yang boleh membahayakan atau mengganggu fungsi dan operasi laman web kami atau menjejaskan keselamatan atau integriti sistem kami.
4.4. Pendirian kami: Kami tidak mengesyorkan, menyokong atau tidak bersetuju dengan mana-mana mata wang kripto, kaedah dagangan atau platform dagangan, walaupun ia disebut dalam laman web kami.
4.5. Ketepatan maklumat: Kami berusaha untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini kepada anda. Namu begitu, kami tidak dapat menjamin kelengkapan, ketepatan atau kebolehpercayaan kandungan dalam laman web kami. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang anda hadapi kerana menggunakan maklumat atau informasi yang anda peroleh melalui laman web kami.
4.6. Fahami risiko pelaburan: Anda faham bahawa melabur dalam mata wang kripto ialah aktiviti berisiko. Dalam situasi yang paling teruk, anda boleh kehilangan keseluruhan pelaburan dan simpanan anda. Elakkan daripada melabur dalam mata wang kripto sama sekali jika anda tidak memahami risikonya.
4.7. Pautan pihak ketiga: Laman web kami mengandungi pautan pihak ketiga. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kandungan, laman web atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka.
4.8. Pandangan pengarang: Pandangan atau pendapat yang dikongsi oleh pengarang melalui laman web kami ialah pandangan persendirian mereka dan tidak semestinya mewakili pandangan atau pemahaman kami.
4.9. Kewajipan pengarang: Pengarang terikat dengan terma dan syarat Content Contributor Work Agreement (CCWA). Contohnya, kami bukan majikan atau penaja kepada pengarang. Selain itu, pengarang tidak dibenarkan mewakili kami dalam apa jua keadaan. Sila ambil perhatian bahawa CCWA ialah satu dokumen sulit yang boleh diakses secara eksklusif oleh pengarang sahaja. Pengarang dilarang sama sekali berkongsi atau mengedarkan dokumen itu dalam apa jua bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada tangkapan skrin, paparan fizikal, atau merakam gambar mana-mana bahagian, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada kami.
4.10. Klien langsung: Klien langsung terikat dengan terma dan syarat Direct Client Commercial Agreement (DCCA). Sila ambil perhatian bahawa DCCA ialah satu dokumen sulit yang boleh diakses secara eksklusif kepada klien langsung kami. Klien langsung dilarang sama sekali daripada berkongsi atau mengedarkan dokumen ini dalam apa jua bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada tangkapan skrin, paparan fizikal atau menangkap gambar mana-mana bahagian, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada kami.
4.11. Keaslian kandungan: Walapun pasukan editorial kami akan menyemak kandungan yang diserahkan untuk memastikan keasliannya, pengarang tetap pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan kandungan yang diserahkan oleh mereka adalah asli. Mereka juga harus mendapatkan kebenaran daripada pihak yang berkenaan untuk menggunakan isi kandungan pihak ketiga yang bakal diterbitkan dalam laman web kami.
4.12. Kandungan yang dilarang: Anda dilarang menyiarkan atau berkongsi sebarang kandungan yang termasuk kenyataan berunsur fitnah, lucah, tidak sesuai, diskriminasi, berkenaan dengan isu perkauman sensitif, kebencian, bermotif politik atau palsu. Selain itu, anda tidak boleh berkongsi sebarang bahan yang mengelirukan, menipu, melanggar hak individu, atau berpotensi untuk mencetuskan kekacauan sosial dalam negara kita.
4.13. Pemantauan kandungan: Kami berhak untuk memantau dan mengawal kandungan yang dijana oleh pengguna. Isi kandugan yang kami anggap tidak sesuai atau melanggar mana-mana syarat Perjanjian ini akan diubah suai atau dipadamkan.
4.14. Hak kami atas kandungan pengguna: Kami tidak menuntut hak milik untuk sebarang isi kandungan yang dijana oleh pengguna kami. Pengguna mengekalkan hak atas kandungan yang dicipta oleh mereka. Walau bagaimanapun, dengan menyiarkan atau berkongsi kandungan itu melalui laman web kami, anda mengizinkan kami untuk menggunakan, memaparkan, mengedar, dan mengubah suai kandungan itu untuk sebarang tujuan yang kami anggap sesuai. Hak penggunaan ini adalah eksklusif, ditawarkan kepada kami secara percuma, dan sah digunakan di mana-mana tempat di seluruh dunia. Melainkan dipersetujui sebaliknya, sebarang imbuhan atau pampasan yang kami terima dengan melaksanakan hak itu tidak akan dikongsi atau diedarkan kepada pemilik kandungan. Kandungan yang dihasilkan oleh pengarang adalah tertakluk kepada terma dan syarat khusus yang diberikan dalam CCWA.
4.15. Rujukan dan kandungan pihak ketiga: Kami berusaha sedaya upaya untuk memberikan atribusi dan pengiktirafan yang sewajarnya kepada sumber atau kandungan pihak ketiga. Kami tidak menuntut hak milik untuk kandungan pihak ketiga.
4.16. Perisian, sumber dan perkhidmatan: Perisian, sumber atau perkhidmatan yang digunakan oleh laman web kami adalah tertakluk pada lesen, syarat penggunaan atau perjanjian yang disediakan oleh pembekal atau penciptanya. Kami tidak menuntut hak milik atas perisian, sumber atau perkhidmatan tersebut.
4.17. Harta intelek: Anda memahami bahawa kandungan laman web kami dilindungi oleh hak cipta, termasuk Akta Hak Cipta Malaysia 1987.
4.18. Hak untuk menggunakan kandungan laman web kami: Pelanggan premium atau klien langsung kami yang membeli hak untuk menggunakan kandungan laman web kami harus mematuhi syarat penggunaan yang digariskan dalam Content Usage Agreement (CUA) atau Perjanjian Penggunaan Kandungan (PPK).
4.19. Melaporkan kes plagiarisme dan pelanggaran hak harta intelek: Kami menggalakkan pengguna kami, termasuk pengarang untuk melaporkan sebarang kes yang disyaki plagiarisme atau pelanggaran hak harta intelek kepada pasukan editorial kami melalui support@kriptoharian.my. Laporan itu hendaklah mengandungi bukti dan sumber terperinci untuk menyokong dakwaan tersebut. Semua laporan akan dilayan dengan sulit. Tindakan yang sewajarnya akan diambil selepas penyiasatan selesai.
4.20. Privasi anda: Dengan menggunakan laman web kami, anda bersetuju dengan pengumpulan dan pengendalian maklumat peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi laman web kami. Notis Privasi laman web kami yang boleh diakses oleh orang ramai itu memberikan butiran tentang cara kami mengendalikan data peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010. Kami mengekalkan hak untuk mengubah suai atau mengemas kini terma yang diberikan dalam Notis Privasi pada bila-bila masa tanpa notis kepada anda.
4.21. Gabungan (affiliation) dan pengiklanan: Laman web kami mungkin memaparkan bahan pengiklanan yang diperoleh sama ada daripada klien langsung kami atau melalui program pengiklanan pihak ketiga seperti Google AdSense. Melainkan dinyatakan sebaliknya, kami tidak boleh dianggap sebagai rakan kongsi perniagaan atau gabungan mereka. Dengan mengklik mana-mana bahan pengiklanan dalam laman web kami, anda memahami bahawa anda akan dibawa ke laman web pihak ketiga yang tidak berkenaan dengan kami. Kami tidak mempunyai kuasa atau kawalan atas interaksi anda dengan mereka. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak bertanggungjawab atas sebarang produk atau perkhidmatan yang diiklankan dalam laman web kami.
4.22. Perjanjian Penggunaan Kandungan (PPK): Sebelum membeli hak untuk menggunakan kandungan laman web kami, anda telah membaca dan bersetuju dengan Perjanjian Penggunaan Kandungan.
4.23. Bayaran balik: Bayaran balik, sama ada sepenuhnya, sebahagian atau prorata, tidak dibenarkan sama sekali melainkan untuk kes-kes tertentu yang dibenarkan dalam Perjanjian ini.
4.24. Bayaran balik mengikut tempoh gangguan dibenarkan untuk kes gangguan perkhidmatan lebih daripada 3 hari kalendar dan kembali normal dalam tempoh 30 hari kalendar, dan hanya jika gangguan itu adalah akibat daripada isu yang disebabkan oleh pihak kami sahaja. Amaun bayaran balik akan ditentukan berdasarkan tempoh pengebilan perkhidmatan yang berkenaan. Sebagai contoh, seorang pelanggan premium kami telah membayar RM 10 untuk membeli pas akses bulanan dan bilnya dijelaskan untuk tempoh setahun, iaitu 12 bulan. Andaikan tempoh pengebilan bermula pada 1 Januari dan gangguan perkhidmatan bermula pada 18 Julai dan berakhir selepas 4 hari, dia layak mendapat bayaran balik sejumlah RM10, iaitu untuk bulan Julai sahaja. Jika perkhidmatan itu kembali normal pada 2 Ogos, dia layak mendapat bayaran balik sejumlah RM20, iaitu untuk bulan Julai dan Ogos. Bagi kedua-dua kes itu, permintaan untuk bayaran balik baki untuk bulan-bulan berikutnya tidak akan diterima.
4.25. Bayaran balik baki dibenarkan untuk kes gangguan perkhidmatan lebih daripada 3 hari kalendar dan melebihi tempoh 30 hari kalendar, dan hanya jika gangguan itu adalah akibat daripada isu yang disebabkan oleh pihak kami sahaja. Dengan menggunakan contoh sama yang diberikan di atas, jika gangguan perkhidmatan bermula pada 18 Julai dan gagal dipulihkan selepas 30 hari kalendar, pelanggan premium itu berhak mendapat bayaran balik untuk baki bagi bulan-bulan berikutnya. Permintaan itu harus dikemukakan kepada kami melalui support@kriptoharian.my. Jika dia tidak mengemukakan permintaan bertulis untuk bayaran balik baki, kami akan menganggap bahawa dia kekal berminat dengan perkhidmatan kami untuk bulan-bulan yang seterusnya. Dalam kes sedemikian, dia akan berhak menerima bayaran balik mengikut tempoh gangguan. Untuk klien langsuang, permintaan itu harus dikemukakan kepada kami melalui alamat e-mel yang berbeza, iaitu iklan@kriptoharian.my.
4.26. Proses bayaran balik: Mereka yang berhak menerima bayaran balik akan menerima e-mel daripada kami yang meminta butiran untuk membenarkan pemprosesan bayaran balik. Jika kami tidak menerima maklumat yang diperlukan dalam tempoh 30 hari kalendar dan tidak melebihi 60 hari kalendar, proses tersebut akan ditamatkan. Dalam keadaan sedemikian, anda perlu memulakan semula proses itu dengan menulis kepada kami melalui support@kriptoharian.my dan dengan hormatnya, kami meminta supaya caj transaksi ditanggung oleh anda. Untuk klien langsung, permintaan itu harus dikemukakan kepada kami melalui alamat e-mel yang berbeza, iaitu iklan@kriptoharian.my. Jika kami tidak menerima maklumat yang diperlukan untuk pemprosesan bayaran balik dalam tempoh 60 hari kalendar, fail untuk kes bayaran balik berkenaan akan ditutup untuk selama-lamanya. Dalam kes sedemikian, permintaan untuk bayaran balik akan ditolak.
4.27. Pengarang tidak layak untuk bayaran balik: Pada masa ini, pengarang tidak layak untuk bayaran balik kerana pengarang tidak perlu membayar untuk menjadi pengarang dalam platform kami.
4.28. Pemulihan dana: Jika kami memulangkan sejumlah wang yang berlebihan kepada anda, wang itu harus dipulangkan kepada kami. Kami akan menanggung caj transaksi yang terlibat dalam proses itu. Begitu juga, jika anda memindahkan sejumlah wang yang berlebihan kepada kami, kami akan memulangkan wang itu kepada anda. Anda akan menanggung sebarang perbelanjaan yang berkaitan dengan transaksi itu.
4.29. Saluran komunikasi: Anda bertanggungjawab untuk menambah alamat e-mel kami, iaitu support@kriptoharian.my (untuk pengguna berdaftar, pelanggan biasa, pelanggan premium dan klien langsung) dan iklan@kriptoharian.my (untuk klien langsung sahaja), ke senarai penghantar selamat klien e-mel anda. Jika tidak, anda mungkin tidak dapat menerima informasi atau komunikasi penting daripada kami. Kami tidak harus dipertanggungjawabkan untuk sebarang akibat yang timbul daripada itu.
4.30. Perihal ganti rugi: Anda bersetuju bahawa sebarang kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan laman web kami akan ditanggung oleh anda sahaja dan bukan pihak kami. Anda juga akan memastikan bahawa pihak kami, termasuk pengarah, pekerja, pegawai pematuhan, dan rakan kongsi perniagaan tidak perlu menanggung sebarang tuntutan, ganti rugi, kerugian, liabiliti, kos dan perbelanjaan (termasuk yuran peguam yang munasabah).
4.31. Ketersediaan laman web kami: Kami tidak dapat menjamin bahawa laman web kami, termasuk perkhidmatan yang disediakan oleh kami akan sentiasa tersedia kerana kami mungkin mengalami gangguan atau isu yang disebabkan oleh faktor-faktor yang berkaitan dengan perkakasan, perisian, sumber atau pembekal perhidmatan laman web kami.
4.32. Penamatan perjanjian: Sekiranya anda didapati melanggar mana-mana syarat dalam Perjanjian ini, kami berhak untuk menamatkan akses anda ke laman web atau perkhidmatan kami tanpa menanggung sebarang liabiliti. Selain itu, kami berhak untuk mengubah suai atau menamatkan laman web, perkhidmatan, atau Perjanjian ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Sekiranya penamatan ini adalah atas keputusan pihak kami sahaja, maka kami akan berkomunikasi secara bertulis kepada anda untuk memulakan proses bayaran balik baki, jika berkenaan.
4.33. Undang-undang yang mentadbir: Perjanjian ini akan dikawal oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini, atau penggunaan laman web kami oleh anda akan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
4.34. Kemas kini Perjanjian: Kami berhak untuk mengubah suai atau mengemas kini Perjanjian ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Tarikh penerbitan: 9 Julai 2023
Revisions
Terms published.
1. Minor correction of formatting.
2. The following terms are added to clause 4.14:
(EN) Content generated by Authors are subject to the specific terms and conditions given in the CCWA.
(BM) Kandungan yang dihasilkan oleh pengarang adalah tertakluk kepada terma dan syarat khusus yang diberikan dalam CCWA.
3. The following terms in clause 4.14 are updated:
(EN)(Obsolete) You grant us a non-exclusive...
(EN)(Updated) You grant us an exclusive...
(BM)(Obsolete) Hak penggunaan ini adalah tidak eksklusif.
(BM)(Updated) Hak penggunaan ini adalah eksklusif.
4. Change of wording “menolak” to “tidak bersetuju dengan” in clause 4.4. (BM version).
Change of business name from Discover Like Bornean PLT to Kriptly Media PLT.