Dalam tempoh empat hari akan datang, iaitu pada 16 Mac, sejumlah 1.11 bilion token Arbitrum ($ARB) akan dilepaskan. Pelepasan ini akan dikendalikan dalam bentuk “cliff” yang bermaksud semua token yang sebelum ini terkunci akan dilepaskan serentak, dan bukannya secara beransur-ansur dari semasa ke semasa. Pemilik token mungkin bertanya-tanya tentang implikasi acara ini terhadap harga $ARB.
Untuk pengetahuan anda, jumlah token yang akan dilepaskan adalah kira-kira 86.27% daripada jumlah bekalan token dalam edaran, iaitu 1.275 bilion token, mengikut CoinMarketCap, dan 11.1% daripada bekalan maximum 10 bilion token. Daripada jumlah itu, 673.50 milion token akan diedarkan kepada penasihat dan ahli projek manakala 438.25 milion token akan diberikan kepada pelabur.
Saat ini, Arbitrum berada di kedudukan 50 dari segi permodalan pasaran. Andaikan harga $ARB kekal sama (AS$1.99), mata wang kripto ini akan melonjak ke kedudukan 29 di antara Immutable ($IMX) dan Optimism ($OP).
Bagaimanapun, ramai pelabur membuat spekulasi pelepasan token berskala sebesar ini akan mencairkan pasaran $ARB dan mengakibatkan aset itu dianggap berlebihan, oleh itu “kurang bernilai”. Tambahan pula, mereka yang menerima token ini mungkin menjual token yang telah mereka terima di pasaran terbuka untuk menjana pendapatan. Dalam kedua-dua situasi itu, harga $ARB mungkin akan mengalami fluktuasi, dan dalam keadaan terburuk, harga tersebut mungkin akan merosot secara mendadak.
Namun, ada juga yang optimis dan berpendapat pelepasan token ini tidak akan memberi kesan yang signifikan terhadap harga aset ini kerana sudah diambil kira oleh pasaran (priced in) dan kerana Arbitrum merupakan projek yang kukuh.
Anda memiliki $ARB? Jom kongsi strategi anda!